Chereads / SUMPAH SANG ULAR / Chapter 1 - SUMPAH SANG ULAR BAB 1

SUMPAH SANG ULAR

Youra_Aeri
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 45.9k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - SUMPAH SANG ULAR BAB 1

Shahril dan dua lagi rakannya keluar memburu ke hutan. Mereka hanya memburu ayam hutan memandangkan isteri Shahril sedang mengandung anak pertama dan mengidam akan daging ayam hutan. Shahril terpaksa pergi mencari walaupun datuknya menghalang.

"Aku sudah bilang sama kau, jangan sesekali kau injakkan kaki kau ke sana. Aku menghalang ada sebabnya, Shahril. Bukan saja-saja" kata-kata datuknya terngiang-ngiang di telinganya.

"Saya hanya pergi sehari semalam sahaja. Bukannya lama Tok. Usahlah bimbang. Fadil dan Kiran juga pergi sama. Esok pagi juga saya pulang Tok" kata Shahril pula cuba menyakinkan. Jaring dan juga senapang patah sudah dicapai lalu di letak ke atas bahu.

"Isterimu itu sedang hamil. Jikalau ada apa-apa yang berlaku kepadanya bagaimana. Ini pantang larang orang tua. Janganlah kau langgar dan ingkar. Takut terkena tulah nantinya. Anak kau juga yang menjadi mangsa" Datuknya masih lagi berusaha menghalang namun sia-sia. Cucunya itu terlalu degil untuk menerima nasihat dan teguran.

"Shahril pergi dulu Tok" ujar Shahril meminta izin. Kasut getah berwarna hitam disarung ke kaki dan bermulalah perjalanan mereka menuju ke hutan.

Ketika dalam perjalanan, Fadil membuka bicara. Dia tiba-tiba sahaja teringat sebuah cerita lama. Mahu dikatakan dongeng sepertinya cerita itu seakan-akan benar.

"Kenapa muka kau ketat begitu, Fadil? Kau takutkah?" Soal Shahril apabila dia melihat teman baiknya termenung sejak mereka bertolak dari rumahnya.

"Aku ada satu cerita ni. Tapi pastinya kau sudah pun tahu itu cerita apa kann?" Ujar Fadil sambil tersengih-sengih.

"Cerita apa? Kau tak pernah cerita apa-apa kepada aku".

"Ah.. itu. Cerita dongeng. Kau sudah lupa agaknya. Orang-orang tua dulu sering bercerita tentang ular gergasi yang memakan manusia. Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam hutan pasti tidak bertemu jalan keluar. Sama ada dia sesat atau pun mati di baham ular." Kata Kiran pula.

"Itu cuma dongengan. Bukannya benar. Ini sudah tahun 2019. Bukannya zaman tok nenek kita lagi. Mana ada ular gergasi. Jangan mengarutlah. Aku tak percaya" ujar Shahril sambil menyedut rokok daun yang dikepitnya dari tadi.

"Kata nenek aku, itu ular jadi-jadian. Asalnya dia seorang manusia. Perempuan. Tapi cacat. Seluruh keluarganya mati dibunuh. Dan perempuan itu pula tiba-tiba sahaja menghilang tanpa khabar berita. Nenek aku bilang, ada orang kampung yang terserempak dengan perempuan itu tapi di dalam hutan sana. Yang lebih aneh, separuh tubuhnya menyerupai sang ular." Cerita Fadil panjang lebar.

"Tak logiklah. Aku takkan percaya. Sudahlah.. kita teruskan sahaja perjalanan kita sementara hari masih pagi. Sampai di sana kita bina khemah dan buat unggun api" Shahril menyedut lagi rokok daunnya.

Ketika di rumah..

Wati sibuk membasuh dulang di pelantar. Pelantar itu dibuat dari buluh yang dibelah dua. Di bina tinggi sedikit dari atas tanah. Di situ lah tempat wati atau ibu mertuanya, Makcik Montel membasuh pinggan mangkuk atau mencuci baju jika malas mahu ke sungai. Untung, Shahril sudah membuat satu perigi untuk kemudahan mereka anak beranak.

"Ke mana laki kau pergi, Wati? Subuh-subuh sudah keluar membawa senapang dan jaring." Tanya Makcik Montel.

"Ke hutan tangkap ayam, mak. Ini ha, anak dalam perut Wati teringin sangat mahu makan daging ayam hutan" ujar Wati jujur.

"Kan datukmu sudah melarang. Mengapa degil tidak mahu dengar. Kalau terjadi apa-apa bagaimana? Hidup kita jadi binasa Wati oi" leter Makcik Montel.

"Itu semua dongenglah mak. Jangan percaya cerita karut marut begitu. Wati tak sangka mak boleh percaya cerita begitu" balas Wati pula.

Makcik Montel terus beredar dari situ. Telinganya panas berdesing bila anak menantunya langsung tidak mahu dengar akan kata-katanya.

"Sudah zaman canggih begini tetap saja percaya pada cerita dongengan. Mana ada manusia separuh ular. Karut!"

Di pangkin..

Makcik Montel datang menghampiri Tok Jusoh yang sedang asyik menggulung rokok daunnya tanpa menyedari kedatangan wanita itu.

"Bapak, di susul Shahril di sana. Kan bahaya. Kalau terjadi apa-apa, kita juga yang susah nantinya. Montel takut Pak.." luah Makcik Montel. Wajahnya berkerut.

"Apa lagi yang perlu aku buat? Anak jantan mu terlalu degil untuk dinasihati. Biarlah, biar dia menyaksikan sendiri makhluk itu di hadapan mata. Pasti dia akan serik juga nanti. Berdoa sahajalah, moga Shahril dan teman-temannya selamat pergi dan juga pulang.

"Huh! Bapak ini. Di sana bahaya. Bapak lupa apa yang terjadi pada anaknya si Mahmud, dia masuk ke hutan tapi tidak pulang-pulang. Tahu-tahu sudah mati. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan ular. Ular berbisa Pak. Tubuhnya juga berlendir"

Datuk Jusoh memberhentikan gulungannya. Masakan dia tidak ingat. Dia yang menemui mayat anak Mahmud yang sudah mereput. Dia mengenali mayat itu berdasarkan pakaian yang dipakai pada waktu anak Mahmud dan juga beberapa rakannya datang menemuinya untuk meminta izin masuk ke dalam hutan. Walaupun sudah di beri amaran keras, mereka tetap berdegil untuk ke sana. Rakan-rakannya juga ada yang masih belum ditemui sehingga sekarang dan ada ditemui hanya separuh badan. Ada juga hanya tinggal tangan, atau kaki atau kepala.

"Apa yang bapak fikirkan?" Soal Makcik Montel.

Datuk Jusoh hanya mendiamkan diri. Kelihatannya sedang nemikirkan sesuatu.

***

Setelah khemah di didirikan dan unggun api di nyalakan, mereka bertiga berehat sebentar untuk lepaskan lelah. Suasana tengah hari ketika ini redup dan berangin membuatkan mata mereka ingin terpejam.

"Nyaman tempat ini. Sejuk. Lagi bagus ada tasik di depan tu. Senang lah kita mau menangkap ikan jika lapar" ujar Fadil. Kiran pula sudah enak dibuai mimpi.

"Praakkkk!"

Shahril dan Fadil segera bangun. Telinga mereka menangkap satu bunyi. Seolah-olah ada benda besar yang jatuh.

"Apa tu?" Tanya Fadil yang sudah ketakutan.

"Ssshhhhhhh..diam" arah Shahril. Matanya tepat merenung ke satu tempat.

"Sssssss....sssssss" mereka terlihat kelibat sesuatu yang menjalar di celah-celah pohon yang sudah mereput, namun tidak dapat di pastikan apa.

Bersambung