Chereads / Mr.seducer / Chapter 4 - ( Bab 4 )

Chapter 4 - ( Bab 4 )

"Encik!" Aku melaung sedikit memanggil lelaki itu

"Encik baju hitam!"

Ehh mamat ni pekak ke apa? Kelihatan lelaki itu memandang ke arah sekelilingnya. Mencari punca mana datangnya suara aku.

"Encik!"

Aku berhenti berjalan di hadapannya. Tertunduk-tunduk aku membetulkan nafas. Huh penat.

"Awak panggil saye ke?" Soalan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan aku mendongak memandangnya.

Ehh tak lah. Saya panggil baby dalam kandungan akak tu. Nak aje aku jawap macam tu.

"Ya. Saya nak bercakap sikit dengan encik."

"Eh kenapa? Saya tak kenal awak lah. Lagipun saya busy ni. Ada hal."

"Alah, kejap lah. Saya desperado ni."

"Awak nak jadikan saya ni bakal suami express awak ke apa ni? Suka hati nenek awak je."

Zapp. Aku bagi jelingan maut sekali. Apa? Ingat aku ni tak ada orang nak ke sampai kena cari suami express?

"Bukan lah. Saya nak beli bagasi ni dekat encik."

"What!"

Aku jauhkan sedikit jarak aku dengan dia. Amboi suara, bukan main kuat. Sakit telinga aku ni haa. Rasanya dah cair taik telinga ni.

"Saya dah beli pastu suka-suka awak aje nak."

Lelaki itu menundukkan sedikit wajahnya memandang aku. Erkk, baru aku perasan yang dia ni boleh tahan tingginya. Aku tak tau lah sama ada aku yang terlampau pendek atau dia yang terlebih galah.

Tapi tengok dari gaya sekarang ni, macam aku aje yang pendek. Dia punya tinggi kira ok lah. Aku ni pun paras dada dia aje. Pendek bukan?

"Hello miss? Dengar tak apa saya cakap ni?" Lelaki itu memetik jari runcing nya di depan aku. Tertelan air liur sekejap aku tengok tangan nya itu. Even dia baru petik jari, sudah terserlah sexy veins dia. Belum dia tunjuk bicep, sixpack semua tu.

Mahu aku nangis dua minggu. Aipp stop Hani.

"Err...awak cakap apa?"

Dia hanya memutarkan bebola matanya ke atas. Walaupun lelaki itu memakai cermin mata hitam, tapi aku tau mata dia menunjukkan yang dia malas nak layan aku.

Aku kisah apa, yang pasti aku nak bagasi tu. Aku memandang sekeliling. Mana Syira?

Shoes. Budak tu mesti tinggalkan aku. Tau sangat lah dengan peragai Syira tu. Huh.

"Saya cakap saya tak akan jual bagasi ni dekat awak. Dah lah, malas lah layan awak ni. Buang masa."

Lelaki itu memusingkan badannya dan mula melangkah pergi. Aku mengekorinya. Tidak lama selepas itu, dia berhenti berjalan.

"Awak ni kenapa ikut saya?!"

Suara lelaki itu kedengaran sedikit kuat, menampakkan yang dia rimas dengan aku.

"Saya nak beli bagasi tu lah! Bukan nya suruh encik bagi free!"

Pantas aku menutup mulut. Adeh, terkeluar suara yang sama ton pula. Membuntang mata lelaki itu memandang aku.

"Awak naikkan suara awak depan saya!?"

Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitam nya dan diletakkan di dalam kolar.

Terpegun aku seketika. Kini, baru aku nampak penuh muka dia. Sepasang mata hitam pekat dia memandang aku tajam. Walaupun itu typical mata orang Melayu, tapi aku tau dia ada kacukan. Sebab muka dia pun tak nampak macam Melayu seratus peratus.

Macam ada mix.. French.

Eh ya allah.. macam mana aku tak perasan lelaki ni ada lagi dekat depan aku sekarang ni. Aduh kau Hani, itulah pergi usya anak teruna orang kenapa. Aku mengetuk kepala sendiri.

Dia hanya memandang aku pelik.

"Eh pelik lah awak ni. Awak OKU ke? Or orang gila? Bila saya cakap, awak diam. Pastu ni ketuk-ketuk kepala sendiri pula kenapa? Kalau awak otak tak betul, please jangan ganggu saya."

Lelaki itu pergi ke kereta sport hitamnya. Aku pun berlari ke arahnya.

"Tolonglah encik,saya betul-betul nak bagasi ni. Saya sanggup bayar berapa aje yang encik minta."

Aku separuh merayu.

Lelaki itu diam seketika. Kemudian dia pandang aku atas bawah. Aku sudah gelabah. Dah kenapa dia pandang macam tu.

Lama juga dia tenung aku. Kalau itu pisau, rasanya dah tertembus kut dekat hati aku. Auchh.

"Akan dipertimbangkan. Give me your phone number."

Aku sudah ternganga. Punya lama dia tenung aku, boleh dia kata akan dipertimbangkan? Siap mintak number Telefon lagi tu.

Dia mula mengeluarkan iPhone x nya yang berwarna hitam. Kemudian dihulurkan kepada aku.

Aku teragak-agak untuk menyambut.

"Cepat bagi Kalau awak nak bagasi ni." Pantas aku mendongak memandangnya. Haih, main ugut pula. Aku tembak dengan panahan cinta aku nantu tau lah. Eh eh menyempat. Hahaha.

Pantas aku memasukkan nombor Telefon aku. Aku diam sekejap memikirkan nama apa yang patut diletak. Hani ke Daerina.

Letak lah nama Hani. Pendek sikit.

Aku memulangkan iPhone nya itu. Dia memandang skrin Telefon nya buat sesaat.

"Hani.."

Nama aku meniti di bibir merah nya itu. Mungkin dia nak rasa macan mana nama tu bila disebut. Melihat bibirnya itu, aku terpegun kali kedua. Sangat cantik.. dan sexy.

Nampak sangat dia bukan perokok.

Ouh stop Hani.

"Love my lips already?"

"Huh?"

Aku ternganga seketika. Apa dia kata? What? Seriously? Kantoi dah aku mengusya dia punya bibir. Aku sudah merah menahan malu manakala dia hanya tersenyum sinis. Bibirnaya dibasahkan. Erkk.

"I know I'm the sexiest man you have ever seen, but please don't drop your jaw because of me."

"And by the way, nice to meet you Hani. Even kita punya pertemuan ni macam err you know what i mean. And about bagasi ni, lemme think first. Apa-apa saya call. Maybe awak boleh jadi something yang berguna untuk saya nanti. Bye. See you."

Dengan kenyitan di mata, pantas dia menerobos masuk ke dalam kereta mewahnya. Belum sempat aku mencerna kata-kata dia tadi, tingkap kereta dia turunkan.

"By the way, nama saya Dariel Lutfan."