Lepas aje aku balik dari Pavilion hari tu, terpaksa lah menipu umi aku kata yang Syira terpaksa balik ke kampung so aku tak dapat ambil bagasi tu.
Nasib baik umi percaya. Dan sejak hari tu, tak ada pun Dariel Lutfan tu call aku. Haih, rasa menyesal pun ada bagi dia nombor Telefon aku.
Dariel Lutfan. Sedap pula nama tu. Sudah aku agak dia mesti ada mix.
"Adik!"
Aku melangkah ke arah pintu. Tombol aku pulas. Muka along aku pandang dengan muka bosan
"Haa nak apa?"
"Amboi garang bukan main erkk."
Along aku mencubit kedua-dua pipi aku. Pantas aku menepis. Tidak suka orang memegang pipi aku. Tau lah gebu
"Straight to the point please."
"Ni."
Along aku menunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Mata aku automatic mengecil benda itu.
Ticket pergi Amsterdam!!!
"Oyemji! Seriously Along?!"
Aku memandang along aku dengan muka terkejut. Dalam hati excited juga.
"Yupp serious. Along tau adik along ni suka travel. So, along beli ticket ni. Untuk tiga orang." Kening aku ternaik sedikit. Tiga orang? Siapa lagi dua? Macam tau-tau apa yang ada di dilam kotak fikiranku, Along memberitahu.
"Adik, Along dan Angah."
"Huwaa! Bestnya! Bila Angah nak balik?"
Aku sudah terkinja-kinja di depan pintu. Along hanya melepaskan tawa sebelum menjawap soalan aku.
"Lusa dia balik. Tiga hari selepas tu, baru kita pergi."
Terus aku memeluk Along aku. Sumpah aku cakap, aku makin sayang dengan abang sulung aku ni. Hahaha
"Tapi--"
"Tapi?"
"Adik tak ada bagasi"
"Tapi hari tu bukan ke--"
"Ok shuh! Diam. Meh adik cerita."
*********************************************
Aku dan Along berlegar-legar di dalam mall itu sambil memegang ice cream cornetto.
"Nampak macam sedap kan makanan kat situ?" Aku memandang ke arah sebuah restoran masakan kampung. Walaupun aku duduk di bandar, tapi selera aku more to masakan kampung.
Sebabnya sejak aku balik kampung dua tahun lepas, nenek aku selalu masakkan makanan kampung. Ikan goreng,pucuk ubi masak lemak dan sambal belacan nenek memang the best!
"Kalau lapar cakap aje lah lapar.Tak payah berkias-kias."
Aku hanya mampu menayang sengih. Memang tengah lapar pun. Along menarik aku masuk ke dalam restoran itu. Pantas aku mencari meja kosong. Selepas mengambil order, kami berbual kosong.
"Ada nak beli apa-apa lagi tak?"
"Kenapa tanya? Along nak belanja ke?"
"Adik rasa?"
"Okay cun lah, memang banyak benda adik nak beli."
"Agak dah. Nyampah." Along membuat gaya flip hair versi lelaki. Aku hanya ketawa. Comel pula Along aku ni. Tengok adik dia lah. heh.
"Nyampah nyampah pun adik mu jua. apa salahnya along habiskan duit along untuk adik? Along kan kaya. Ngehngeh."
"Habis, asyik belanja adik, macam mana along nak simpan duit untuk kahwin?"
"Along nak kahwin?"
Aku memandang along. Muka dia jelas gelabah. Haih, dah ada yang berpunya ke?
"Eh tak lah mana ada. Jodoh pun belum jumpa." Along berdeham kemudiannya.
"Eleh nak tipu adik lah tu. Bagitahu umi." Aku mengugut. Bibir dicebikkan.
"Alah jangan lah."
"Kalau tak nak umi dengan abah tau, bagitahu adik dulu siapa perempuan tu."
Along menggosok belakang lehernya. Aku menahan ketawa.
"Ok fine."
"Along kenal dia dah lama. Baru-baru ni yang Along pergi travel tu dengan dia lah.".
"What?!"
"Hish, ni yang malas nak cerita ni. Along belum habis cerita, adik lah jerit."
"Okok adik diam. Sambung please." Aku mengangkat tangan. Gaya seperti orang bersumpah
"Along pergi sana sebab temankan dia melawat ayah dia. Ayah dia terpaksa ditempat di hospital luar negara. So Along pergi sana bukan sebab suka-suka. Along temankan dia sebab dia dah tak ada siapa-siapa. Ibu dia dah lama meninggal, semasa kemalangan when she was 15."
Aku menekup mulut. Allahu
"Kesianya."
"Yeah, sebab tu Along rasa nak jadikan dia isteri. Baik aje orangnya. Sejuk mata memandang."
Aku mengangguk. Bertuju dengan keputusan Alongku itu. Aku tak pernah meragui keputusan Along. Sebab Along bukan nya jenis yang suka aci redah. Mesti dia dah kenal hati budi perempuan itu.
********
Umi menatang dulang bersama jag air dan beberapa buah gelas lalu dibawa ke meja makan.
Malam ini, lengkap keluarga aku. Ada Abah,Umi, Along, Angah dan aku. Dah lama rasanya tak dapat merasa makan bersama macam ini.
Iyalah semua busy dengan kehidupan sendiri sekarang ni. Along dengan menolong abah menguruskan syarikat guaman kami, Angah dengan kerja engineering nya dan aku heh hanyalah budak university yang mengambil bidang fesyen dan tengah cuti semester sekarang ni.
Umi pernah mengesyorkan aku supaya mengambil bidang kedoktoran atau sengkatan dengan nya, tapi aku tak minat. Aku aje sorang yang ganjil dalam keluarga ni, Aku je tiba-tiba melencong ke dunia lain. Heh
"Tambah lah lagi Angah."
Umi mempelawa Angah aku. Bukan main kuat lagi dia makan. Gaya macam baru keluar dari gua. Tak payah lah aku tanya sendiri kata Angah sebab nanti mesti Along ada tanya. Kitaorang memang ada chemistry. Heh
"Kau baru keluar dari gua ke ngah?"
Haa see? Hahaha.
"Haah. Gua yang bernama office."
Aku hanya melepaskan tawa.
"Jadi ke Angah nak buka syarikat engineering sendiri?"
Aku hanya membuka topik lain. Aku dan umi hanya diam, setia menjadi pendengar. Tiga jejaka dalam keluarga aku ni kalau dah buka bab office ni, terdiam lah aku dengan umi yang memang zero pasal benda ni semua.
"InsyaAllah jadi abah. Tunggu prosedur yang last sekali, then next month macam tu boleh tengok building."
Abah hanya mengangguk perlahan. Aku juga. Kemudiannya, abah bertanya pula tentang profit, apa semua tu entah aku tak faham.
Tiba-tiba umi aku mencelah.
"Along dah dapat ke boxer Calvin Klein dari adik?"
Aku yang saat itu sedang meneguk air, apa lagi, tersembur lah depan semua. Nasib baik tempat duduk di depan aku ini kosong. Kalau ada Along atau Angah, alamatnya aku tak dibagi minum.
"Calvin Klein?"
Serentak suara macho abah, Along dan Angah bertanya. Yang paling tak boleh blah Along lah. Gaya macam biawak kena langgar kenapa?
"Mana ada Alon.."
Pantas aku menjegilkan biji mata.
"Oo ada ada, Along dah pakai dah pun."
Fuhh Along siap dia auta lagi cerita tu. Hengkau rasa?
"Boxer apa ni adik?"
Abah mula memberi perhatian kepada aku. Aku hanya tersengih kambing kacukan cimpanzi. End up umi yang memberitahu. Angguk sahaja Abah dan Angah.
***********
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu penuh dengan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Perlahan aku menarik bagasi mencari tempat duduk sementara menunggu Along membeli topup
Aku duduk bersandar di sebuah kerusi. Lepas aje Angah melabuhkan punggung di sebelah aku, terus aku lentokkan kepalaku di bahunya. Lama dah tak manja-manja dengan teruna sorang ni. Selain Along, aku juga rapat dengan Angah. Mungkin sebab aku tiada adik beradik perempuan yang lain, jadi sebab itulah aku rapat dengan diorang. Mereka lah abang, mereka lah kakak.
"Manja." Angah mengerling aku sekilas. Tapi, tangan nya menarik aku rapat ke arahnya.
"Macam tak biasa. Angah tu dah lah busy memanjang. Sejak tinggal rumah sendiri, jarang dah balik rumah." Kataku. Mulut sedikit cebik. Itulah hidup seketul lelaki bersama Dyan Harith. Pergi office, buat kerja, balik rumah sendiri, tidur. Pergi office, buat kerja, balik rumah sendiri, tidur. Bukan tau nak jenguk aku, umi dengan abah ke apa. Haish
"Bunyi ayat macam tak puas hati je."
"Ye lah, adik mana tak puas hati kalau abang kesayangan dia yang lagi sorang ni tak reti nak balik?"
"Mana ada tak reti balik. Angah busy ok."
"Huh ye lah tu."
Along datang kemudia nya.
"Dah jom."
Aku terus bangun. Excited. Tangan aku tepuk-tepuk kuat. Nasib orang kat KLIA ni tak kisah. Hahaha.
"Sudah. Tak payah tepuk sangat."
"Alah." Aku mencebik. Angah hanya ketawa kecil melihat bibir aku memuncung. Mungkin ada rupa itik pulang petang kut.
*********
Duduk berjam-jam dalam flight memang memenatkan. Terliur lentok aku merenggangkan badan. Sakit belakang pun ada.
Along dan Angah menarik bagasi. Heh. Bagus kan ada abang? Hahaha.
Amsterdam Airport Schiphol itu memang banyak pelancong dan luas. Tak alert, boleh sesat
Nasib baik lah Along dengan Angah selalu melancong. Mereka lah jadi guide aku hari ni. Hehe.
Kami bertiga memang berkongsi minat yang sama. Baik Along, Angah mahupun aku, semua suka travel. Aku dulu teringin nak jadi penulis blogger. Tapi minat aku lepas SPM lebih cenderung ke dunia fesyen. Aku harap one day aku ada jenama fashion show aku sendiri. Best bukan?
Mata aku melilau memandang sekeliling. Kaki masih laju mengekori kedua-dua abang aku. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada suatu susuk tubuh yang baru keluar dari salah satu café di situ.
Macam kenal. Aku kecilkan mata melihat lelaki itu yang segak memakai uniform putih. Pilot.
Mata aku tertancap pula pada bagasi yang ditarik olehnya. Kemudian, naik semula ke wajahnya. Aku terkaku di situ.
Dia juga sedang merenung aku. Cermin mata hitam yang dipakainya tadi sudah di kolar uniform. Pantas otak aku memproses. Cuba mengingat kembali siapa lelaki itu.
Melihat rambut dan mata lelaki itu, terus aku ternganga. Jumpa lagi.
Dariel Lutfan!