Hari kelima berada di Amsterdam, rasa bertambah semangat aku nak pergi jalan-jalan.
"Along, Angah! Jom shopping!"
Aku menari-nari di hadapan mereka yang ketika itu sedang menonton televisyen.
"Adik pergi lah, Along dengan Angah penat. Lagipun, kami dah pernah pergi Amsterdam, Jadi, kami dah puas berjalan."
Aku hanya mencebik, Macam-macam. Aku rasa kalau aku diberi peluang lagi untuk datang kesini, rasanya masih tak puas berjalan.
"Tak bestnya jalan sorang-sorang." Aku menghempaskan badanku di atas sofa, walaupun sudah sedikit sebanyak aku pandai bawa diri dekat negara orang, tapi nak berteman juga.
"Dariel dah balik Malaysia ehh?" Soalan daripada Angah itu membuatkan aku terus duduk tegak.
"Kenapa pula dia balik Malaysia?" Aku menaikkan kening ku sebelah.
"Lah, adik awek dia, tak kan tak tau?"
"Adik bukan awek dia lah!" Aku menghentak kan kaki.
Tak nak Dariel Lutfan! Dia annoying.
"Tak kisah lah, yang pastinya you guys nampak cute, Auch." Angah ketawa mengusik, Along pun turut ketawa. Aku sudah mendengus kasar.
"Benci lah macam ni." Aku terus masuk ke dalam bilik. Rasa tiada mood lah pula nak berjalan hari ni.
'wahai bilik, hari ni dikau lah menjadi peneman aku.'
Kenapa dia balik Malaysia? Soalan itu tergiang di kepalaku.
Aku membuka aplikasi WhatsApp. Nama Dariel Lutfan dicari. Nak mesej, tapi tak berani.
Eh kenapa pula aku nak mesej dia?
Aku menggeleng kepala, sewel kau Hani Daerina. Dia tak ada kaitan dengan kau pun. Aku melihat chat lama kami, tiada lagi balasan darinya, Dia bagi aku bluetick.
Even dia boleh dikategorikan stranger dalam hidup aku, tapi hati tetap sakit juga kalau kena bluetick, Tak guna.
Aku mencampak telefon ke katil. Aku berbaring menghadap siling, termenung di siang hari. Lama juga aku berkeadaan macam itu. Pandangan aku jatuh kepada Telefon di sebelah semula.
Kalau aku chat sekali takpe kut? Tak rasa yang aku ni perigi mencari timba kan.? HAHAHA.
"Ah, chat je lah."
Aku mula menaip tulis kemudian padam.
Tulis dan sesaat selepas itu padam semula.
Tulis lagi. Tapi padam juga.
Aku menarik nafas dan dihembus perlahan, Hani, kau boleh, Aku menaip semula dan butang send ditekan.
*Dariel. Along dengan Angah tanya. Awak dah tak ada kat Amsterdam ke?*
Bantai lah Hani. Menipu pun menipu lah.
Aku mencampak telefon ke atas katil kembali. Aku menekup muka dengan bantal.
Tak tau malu betul kau ni Hani. Selalunya lelaki Yang chat aku, ini aku pula yang chat lelaki.
Seminit. Dua minit. Tiga minit. Tiada balasan. Aku melihat skrin, dia online!
Cis! Bukan tau nak baca aku punya chat ke apa.
Aku terdiam sekejap, Err, kenapa pula dia kena balas mesej aku kan? Aku pun kenapa mesej dia? Aku nak tanya dia pergi mana je. Tak salah kut.
Tapi jap, Along dengan Angah kan tau, kenapa aku tak tanya diorang? Aku mengetuk kepala sendiri. Eh kejap, tapi nanti aku yang kena usik. Hish tak boleh jadi ni, Boleh mental aku macam ni.
Telefonku berbunyi, Menandakan ada mesej masuk. Pantas aplikasi WhatsApp aku buka. Harap lah syira yang mesej.
Melihat nama first yang terpapar, Aku hampir menjerit. Huwaa! Dariel Lutfan!
Terketar-ketar aku menekan namanya. Aku berani kerat batang pisang yang balasan dia nanti mampu membuatkan aku speechless.
*Along dengan Angah yang tanya or awak?*
Aku terngaga. Kan aku dah kata. Aku mesti speechless punya.
Gila kau Dariel. Aku berfikir sesaat sebelum membalas.
*Kenapa pula saya yang tanya? Tak ada maknanya.*
Cepat sahaja aku mendapat balasan. Auch, dia tunggu chat aku ke macam mana? Renung lah skrin telefon kau tu Dariel Lutfan oii. Hakhak!
*Don't lie to me. You're not a perfect liar.*
Ayat dia. Kalau sehari tak annoying tak boleh ehh? Mungkin hari dia tak lengkap kalau tak jadi annoying.
*Apa-apa aje lah. Cepat lah jawap soalan saya.*
Mata aku terbuntang. Alamak salah ayat! Tapi, dah terlambat, dia dah baca. Sepatutnya ayat aku 'cepat lah jawap soalan Along dengan Angah saya.' wei, nak nangis.
*Gotcha! Awak yang tanya. Bukan Along dengan Angah awak.*
Aku termalu sendiri, aku rasa pipi aku sepink buah naga.
Eh tak ada lah gurau je.
Aku sudah tidak tahu ingin membalas apa. Jadi aku hanya bluetick. Nak balas dendam pula. Muahahaha.
Tapi Dariel di sana tengah typing. Berdebar aku menunggu
*I'm a pilot, remember? Saya ada dekat Amsterdam just for 3 days. Now, saya ada flight balik ke Malaysia.*
Ouh. Hanya itu yang mampu aku kata. Aku mengetuk kepala lagi. Sepatutnya kau tak payah tanya Hani. Dah sah-sah dia pilot, bukan nya dia datang sini nak melancong ke apa. Kenapa lah aku tak teringat benda ni? Padahal hari tu, aku sendiri nampak dia pakai uniform pilot.
*Okey. Have a safe flight*
*Do you miss me?*
*Huh? Kenapa pula saya nak rindu awak?*
*Sebab perempuan jarang mesej lelaki*
Perempuan yang dia maksudkan tu aku lah! Hskskshsks.
*Habis, kalau saya mesej abang-abang saya, maksudnya saya rindu diorang lah?*
*Ye lah, kenapa? Awak tak pernah rindu abang-abang awak? Saya orang pertama yang awak rindu?*
Aku mengetuk dahi. Ya ampun manusia ni.
"Dariel Lutfan. Mohon jangan perasan, awak tu annoying tau tak? So jangan nak expect lebih.*
Aku melihat dia menaip lagi
Hmm dia kata dia ada flight, elok je balas chat aku ni.
*So, kalau saya tak annoying and i show you my other side, maksud nya awak akan rindu saya?*
Aku terdiam, aku tanya soalan tu dekat aku sendiri, aku akan rindu dia?
*Ermmm tak?*
*Awak memang tak reti sembunyikan perasaan awak kan?*
Keningku terjongket, apa maksud soalan dia
*Kenapa pula awak tanya macam tu?*
*You chat me first, let me be your reminder. Hari tu awak sendiri kata kita boleh bawa haluan masing-masing. Saya sendiri dah bagi bluetick dekat awak, but then, you choose to not to, awak rindu saya. Sebab tu awak chat, why? Am i too tempting sampaikan you can't get over of me? Hmm Hani Daerina?*
Seketul Dariel Lutfan mampu membuatkan aku rasa nak menangis. Aku tak mampu jawap soalan dia sebab aku sendiri tiada jawapan kenapa aku buat semua ni.
*You miss me. It's really obvious.*
*Stop lah.*
*Why? Malu?*
Macam mana dia tau?
*Mana ada.*
*Tipu.*
*Awak ni Kalau tak annoying tak sah kan?"
*Kalau awak nak tau, saya annoying dengan awak je.*
What!!?
*Like seriously Dariel? So maksudnya awak benci saya?*
*Ada saya cakap macam tu? Kenapa tanya? Awak takut saya benci awak?*
Ya Allah, benci nya aku dengan orang yang jawap soalan dengan soalan ni.
*Tak lah.*
*Then?*
*Tak ada apa-apa lah. Saya ngantuk nak tidur.*
*Awak malu. Saya tau. Hani. Hani. Kalau saya tunjuk perangai annoying saya ni pun awak dah jadi macam ni. Agaknya kalau saya tunjuk red side saya, awak boleh pengsan kut.*
Aku memutarkan bebola mata ke atas. Riaknya. Dari hari tu lagi red side, red side. Tunjuk nya tak nak juga. Eii nyampah.
Aku teringin juga nak tau red side seorang Dariel Lutfan macam mana.
*Red side awak macam mana?
Like seriously Hani Daerina?
*Curious huh?*
*Not really*
*Good then. Awak bukan isteri saya untuk saya bagitau macam mana red side saya *
Dengan itu, tiada lagi balasan. Dia dah tak online. Aku memandang ayat terakhirnya itu 'Bukan isteri saya.'
Dariel Lutfan dah ada isteri??!!!!
Nak nangis boleh?
Eii bodoh nya kau Hani Daerina! Dia dah ada isteri. Sepatutnya kau tengok muka dia pun dah tau yang dia tu berpunya. Muka handsome macam tu, gaya macam model mesti ada yang sangkut punya. Kalau tak ada isteri pun, tunang. Tak ada tunang maybe girlfriend.
Eii Hani sengal! Aku memukul-mukul bantal dan tilam. Tak tau lah nak nangis ke apa. Yang pastinya aku meraung sekarang ni. Nasib baik aku tekup muka dengan bantal.
Tidak lama selepas itu, aku turun dari katil. Aku betul-betul kena tenangkan fikiran ni. Laju aku bersiap dan keluar dari hotel. Daripada aku fikir pasal Dariel, lagi baik aku cari idea untuk assignment aku yang akan datang.
Apa orang kata? Ilham. Nak jadi fashion designer, otak harus sentiasa ada idea. Tak kan product yang dibuat nak sama dengan orang lain kan? Mesti yang lain daripada yang lain.
Aku mencari cafe yang sesuai dengan mood aku. Terus aku melukis beberapa design baju baru. Memandang cuti semester hampir habis, terpaksa lah aku struggle balik.
-------------------------
To Be Continued