Chereads / Mr.seducer / Chapter 7 - ( Bab 7 )

Chapter 7 - ( Bab 7 )

Pemandangan di Amsterdam itu sangat cantik. Tak puas aku melihatnya. Oleh sebab itu, aku mengajak Along dengan Angah keluar berjalan. Walaupun penat duduk berjam-jam di dalam flight, tapi itu tak mematahkan semangat travel aku. Tambahan pula Amsterdam adalah salah satu negara yang ada dalam checklist aku.

Nasib baik jugak Along dengan Angah dah biasa travel. Jadi mereka berdua tak ada masalah untuk bawa aku berjalan.

"Nak churos."

Aku mengetuk-ngetuk perlahan lengan Along dengan Angah. Ralit juga mereka berdua bershopping sakan sampai lupa aku tengah lapar sekarang ni. Makanan is one of my priority. Heh.

"Churos? Mana kenyang."

Angah menggeleng kepala. Tidak setuju dengan apa yang aku nak makan. Bibir aku cebik kan. Habis, tak kan nak makan sambal belacan dengan pucuk ubi rebus kut?

"Jom pergi depan tu. Kat situ ada restoran makanan Singapore. Halal lagi."

Angah menunjuk ke arah sebuah restoran.

"Mana Angah tau?"

Aku bertanya sambil berjalan beriringin dengan abang-abang aku itu

"I'm one of the travellers, remember? Angah dah pernah sampai sini."

"Ouh." Aku hanya mengganguk. Iya tak ya juga.

Saat aku masuk ke dalam restoran itu, ternganga sekejap mulutku. Mewah nya. Mesti mahal..

Aku menarik-narik hujung baju Along yang ada disebelah. Angah sudah jalan mendahului kami untuk mencari meja kosong.

"Mahal ke Along makanan kat sini?" Aku berbisik sedikit di telinga Along.

"InsyaAllah tak. Kalau mahal sekalipun, I'm a lawyer and your second brother is an engineer. And he's going to be the owner of his own syarikat. So why not?"

Pftt ayat Along penuh dengan keriakkan.

Kami kemudian nya duduk di meja kosong yang terletak disebelah kanan restoran. Sedikit terlindung dan boleh melihat keadaan di luar restoran melalui dinding kaca restoran itu.

Aku melihat menu. Fuhh nasib baik ada makanan Melayu. Aku memilih laksa, ice lemon tea, dan sepotong kek red velvet sebagai pencuci mulut. Aku tak berapa minat kek red velvet sebenarnya, sebab I'm more to kek yang merasaskan coklat. Tapi entah kenapa tekak rasa nak benda lain selain perisa cokalt hari ni.

Along hanya memilih satay. Angah memilih spaghetti. Bila aku tanya kenapa makan sikit, kata diet. Jaga badan. Huh, typical dua ketul lelaki bernama Dyler hadden dan Dyan Harith.

********

Aku bersandar di sebuah bangku panjang di taman itu. Perut sebu selepas melantak tadi. Perut aku tepuk perlahan. Terasa sakit perut lah pula.

"Along! Angah! Jom balik hotel!"

Ake melaung memanggil mereka berdua. Diorang kalau dah dapat bergambar, memang lupa aku. Tau lah pandai dalam bab-bab photographer ni enn..

"Lah, awalnya. Tadi adik yang beria nak jalan-jalan." Angah melihat jam di tangan. Kemudian, sambung mengambil gambar dengan kamera CANON nya.

"Perut ni tiba-tiba memulas lah. Nak pergi tandas."

"Lah, kat sini ada tandas awam lah."

"Mana?"

"Jom Along tunjuk. Angah tunggu sini."

Aku dan Along berjalan beriringin ke tandas awam di situ. Fuhh nasib baik. Along tunggu di luar dan aku masuk ke dalam.

Tidak lama selepas itu, aku keluar dari tandas. Semasa ingin pergi ke Angah semula, ada orang menjual ice cream. Aku yang memang hantu ice cream menyuruh Along untuk belanja aku.

"Cornetto "

"Ok."

Along memberi beberapa not duit kertas itu kepada penjual tersebut. Bahagia muka aku dapat ice cream.

Dari kejauhan lagi aku dan Along dapat melihat Angah. Yang sedang bercakap dengan seseorang. Aku tak pasti pula siapa lelaki itu sebab dia membelakangi aku. Lelaki itu kemudian pergi tanpa sempat aku melihat siapa dia selepas berjabat tangan dengan Angah aku.

"Siapa tu?" Along bertanya. Angah cuma tersenyum penuh makna.

"Just a friend of mine. Dia kat sini tiga hari aje. So, dia ajak kita dinner malam ni. Mind to go?"

"Yeah sure."

"Err.. perlu ke adik ikut?" Aku mencelah. Rasanya tak perlu kut aku ikut memandang itu kawan Angah. Lelaki pula tu. Mesti awkward nanti.

"Yes. Adik orang yang wajib kena ikut. Kalau Angah dengan Along tak pergi pun tak pe sebenarnya. Tapi, dia suruh ikut sekali. So, why not?"

Keningku ternaik sedikit. Eh kenapa pula aku yang kena wajib ikut ni? Setau aku, aku mana ada kawan lelaki kat sini.

"Siapa lelaki tu?" Aku bertanya penuh musykil. Tak kan lah kawan Angah nak jumpa aku.

"Just you see." Angah menjawap sambil tersengih sumbing. Ni yang menyampah ni. Kang aku mogok tak nak ikut, tau lah.

*********

Aku hanya melihat Along dengan Angah berlegar-legar di ruang tamu.

"Kau nampak Along punya ripped jeans tak ngah?"

"Tak. Angah punya beannie Along pakai ke?"

"Nope. Adik, ada nampak Along punya kasut sneakers?"

"Kat rak kasut lah. Tak kan dekat mesin basuh. Tadi Along pakai kan, pastu letak situ,dah lupa ke?" Aku hanya memutarkan bebola mata ke atas. Pelik-pelik perangai manusia dalam bilik malam ni.

"Adik tak bersiap lagi ni kenapa?"

Aku hanya duduk selamba di atas sofa. Dan selamba juga aku menjawab.

"Malas nak ikut."

Terjengil biji mata Angah. Aku menahan tawa. Tapi sumpah, aku memang malas nak ikut.

"Tak ada tak ada. Adik kena ikut jugak. Baik pergi bersiap sekarang sebelum Angah heret."

Aku hanya menjelirkan lidah dan berlari masuk ke dalan bilik lalu dikunci. Tubuh aku baringkan di atas katil. Best ni kalau tidur.

"Buka pintu ni dik."

Aku hanya diam tidak menjawab. Mata sudah mula kuyu. Belum sempat terlelap terus, muka Angah ada di depan pintu.

"Macam mana angah masuk?"

"Kunci pendua. Pergi lah bersiap."

"Angah tunggu dekat luar. Lepas 25minit adik tak keluar lagi, you'll stay here until i tell you to go out. And if i said no, i really mean it. Tak kisah lah adik rasa terkurung ke apa. You know me very well, don't you?"

Dengar itu, angah keluar dari bilik. Suara dia membuatkan bulu roma aku menaik. Cepat-cepat aku bangun daripada perbaringan dan bersiap. Kalau aku tak keluar, memang aku kena duduk dalam bilik aje lah. Tiada istilah travel lagi dah. Angah kalau cakap, dia akan betul-betul buat.

**********

Restoran yang kelihatan mewah itu aku pandang dengan muka bosan. Dalam 10minit juga kami tunggu kawan Angah tu, tapi tak sampai-sampai. Aku paling menyampah orang yang tak datang on time ni. Sudah lah perut aku lapar. Dari tadi berbunyi. Sabar lah wahai perut, Along tak bagi order lagi.

"Adik nak balik lah macam ni."

"Adik." Suara Angah agak keras. Huh, bencinya. Aku meletakkan kepala di atas meja. Rasa nak tidur kat sini pun ada.

"Adik, cuba duduk elok-elok." Suara Angah kedengaran lagi.

"Diam. Adik tak nak cakap dengan Angah. Adik mogok tak nak cakap dengan Angah."

Along sudah ketawa kecil. Suka lah tu tengok pergaduhan yang tak berapa nak manja ni.

"Ada ke orang yang mogok tak nak cakap dengan orang buat macam tu?"

"Buat apa?" Aku mengangkat kepala memandang Along yang duduk dihadapan aku. Angah di sebelah dia aku abaikan.

"Ye lah, adik mogok tak nak cakap dengan Angah, pastu boleh pula adik bagitahu dekat Angah yang adik mogok dengan dia."

Haa kan? Apa-apa je lah. Aku kembali meletakkan kepala di atas meja. Suka buat aku macam ni. Tau lah aku perempuan, anak bongsu. Suka hati je buli. Mentang-mentang Along dengan Angah jarak umur tak berapa beza, suka-suki aje nak kenakan aku. Menyampah.

"Sorry lambat. Ada hal tadi."

Suara itu membuatkan aku kaku. Tak berani mengangkat muka. Sekarang ni, satu benda aje yang aku harapkan. Aku harap yang tiba-tiba ada orang bagi aku pil tidur.

"Tak pe. Kami pun tak ada lah lama mana tunggu."

Aku mencebik. Tipu. Tak lama apa jadahnya. Nak dekat setengah jam dah.

"Adik. Tetamu dah sampai ni."

Aku masih lagi diam. Mata aku pejamkan. Pura-pura tidur.

"Biar aje dia tu. Ngada." Suara Angah sangat membuatkan aku rasa nak hempuk kepala dia dengan kerusi.

Kedengaran suara lelaki itu ketawa halus. Sangat macho di telinga aku. Gelak pun seksi.

Eh gila kau Hani. Aku mengetuk kepala aku.

"Haa kenapa pula ketuk kepala sendiri tu?" Suara Angah lagi. Kenapa ehh malam ni Angah tiba-tiba suka menyakat aku? Setau aku Angah jenis yang 'strict yet protective'. Dia jarang sakat-sakat orang ni. Setau aku Along je macam tu.peli

Kedengaran suara itu ketawa lagi.

"Tak pe. Dia mengantuk lah tu."

Haah. Memang. Pandai pun. Dah tu, tak tau nak duduk, order

"Eh duduk lah."suara Along mempelawa. Kedengaran tapak kasut lelaki itu berjalan. Aku terasa masa depan aku macam gelap sekejap.

"Hye Hani." Lelaki itu menyapa dengan senyuman penuh makna di bibirnya

Cis,bagi perempuan lain,itu mungkin senyuman pencair, tapi bagi aku, itu senyuman maut.

"Dah bangun?"

Aku memutarkan bebola mata aku ke atas.

Makin ditenung, makin handsome pula Dariel Lutfan ni. Aku hampir sahaja ternganga apabila dia membasahkan bibirnya. Kalau ternganga tadi, rasanya boleh leleh air liur.

Take a note Hani. Dia memang suka basahkan bibir dia.

"Encik buat apa kat sini?" Aku bertanya perlahan. Berbisik lah kononnya. Padahal aku rasa Along dengan Angah boleh dengar.

"I'm doing what i have planned before."

Terus aku menelan air liur. So, ini salah satu daripadanya lah?

Ok, we'll see.

"Tak tau nak order ke? Adik lapar."

Aku memutarkan bebola mata ke atas.

"Ya right."

Aku mengambil order sebanyak yang mungkin

Kisah apa aku? Aku lapar. Rasanya aku seorang sahaja dah pilih 4 jenis makanan. Itu pun banyak.

Aku mula menjamah makan aku. Langsung tidak mempelawa orang sebelah. Kalau umi ada mahu berpijar peha aku kena cubit.

"Calm down adik, makan elok-elok macam manusia lah, bukan macam beast." Suara Angah menegur

What did he said?

Dariel Lutfan di sebelah sudah tergelak.

"Tak lawak lah Angah!" Aku menghentak kaki perlahan. Kenapa malam ni aku yang jadi mangsa?

Aku mengambil air di hadapan aku dan diteguk laju. Cuba menyejukkan hati yang tengah panas

"Err.. miss. Itu air saya."

"Huh?"

"Huh?" Aku memandang Dariel Lutfan di sebelah. Keningku ternaik sedikit.

Sudah separuh daripada airnya aku tegur. Ouh shoes. Aku meletak kembali gelas tersebut.

"Sorry."

"It's okey. I don't mind sharing anyway"

Ouh my Allah!

"Nak panggil apa ye? Dariel Lutfan?" Angah bertanya

"Mana-mana pun boleh, rial,lut,paan"

Aku mencebik bibir.

"Ifan nama macam indon je. Paan?

"Adik." Angah menjeling aku tajam. Datang dah perangai lama dia. Aku hanya mengendahkan saja. Dariel di sebelah pun aku anggap macam tak wujub

"Kalau macam tu, awak tak kisah kalau saya suruh awak panggil saya abang?"

Hampir sahaja aku tersembur di muka Dariel. Nasib sempat telan. Kalau tidak, membazir air saja. Selamba badak sumbu dia aje cakap macam tu.

"Then? Awak ada cadangan untuk nama panggilan saya" tanya Darien Lutfan

"Entah lah encik. Saya bukannya tukang jaga nama encik. Try lah search Google."

"Err adik and Dariel, nak tanya. Korang dah kenal berapa lama"?

Suara Along mencelah. Aku ingin membuka mulut. Tapi,badak sumbu sebelah aku ini dah bagitahu dulu. Auta pula tu.

"Dah lama. She had crush on me. Tapi tak nak mengaku"

Ternganga sekejap mulut aku. Geram dengan ayatnya, aku memijak kaki dia di bawah meja.

"Kenapa? Kenapa?" Serentak Along dengan Angah menyoal bila Dariel mengadu sakit

"Nothing." Dariel menjawab sepatah

"Along dengan Angah janga--"

"Sayang, bagitahu aje lah benda betul."

Ya tuhan, kenapa aku perlu jumpa dengan orang macam ni? Kenapa dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni aku kenal dia

"Bagitahu apa ni?" Kening Angah ternaik sedikit. Bagitu juga Along

"We're dating."

"WHAT?!?" Serentak suara Along dengan Angah bersatu. Terkejut dengan pernyataan itu. Jangankan mereka. Aku pun terkejut.

"Seriously Adik? Kenapa tak bagitahu Along dengan Angah?"

"Mana ad--"

"Dia takut Along dengan Angah dia marah"

Dariel Lutfan memandang aku dengan senyuman menggoda. Apa? Ingat aku tergoda lah?

Ok tipu je. Aku tergoda sebenarnya.

Argh tak penting semua tu, yang penting sekarang ni kenapa dengan Dariel.

"Eii mana adik--"

Again, belum sempat aku habiskan ayat, laju sahaja Dariel Lutfan memotong. Lidah singa ke apa mamat ni?

"Sayang."

"Eii apa encik ni? Sayang-sayang bagai." Aku mula bertanya

Sambil berjalan, otak ligat memikirkan motif Dariel Lutfan mengajak mereka makan malam.

Aku tau dia mesti ada agenda. Sebab, aku rasa dia bukannya kenal dengan Along dengan Angah

Lagipun, perangai dia pelik malam ni. Siap gelak-gelak lagi. Bukan ke masa mula-mula dia susah nk senyum

Hari ini lain pula karakternya. Aku menggeleng kepala, membuang segala perkara yang ada kaitan dengan lelaki itu.

Berjalan tanpa arah tuju. Selama beberpa minit ini, akhirnya aku berhenti di sebuah perhentian bas.

Err kat mana ni? Rasanya ini bukan jalan ke hotel. Sunyi je. Rasa seram lah pula. Aku memeluk sling bagku. Telefon aku keluarkan. Rasa menyesal aku keluar dari restoran tadi.

Aku cuba mendail nombor Telefon Along. Tapi tak dapat. Begitu juga Angah. Masa beginilah tiada line. Ya Allah, apa aku nak buat ni?

Aku memandang sekeliling. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang lalu di jalan raya di situ. Aku melihat jam di tangan. Baru pukul 11 malam. Tak kan orang Amsterdam dah tidur kut?

"Hey beautiful. Alone?"

Suara seorang lelaki membuatkan aku menoleh ke arahnya. Seorang lelaki mabuk yang terhuyung-hayang cuba mendekati aku. Pantas aku menjarakan diri. Belum sempat pergi jauh, tangan aku ditarik.

"Let me go!"

"Hell no!"

Mata aku mula berair. Kalau aku kena rogol macam mana? Lelaki itu tersenyum jahat. Dia cuba menarik tudung yang aku pakai di kepalaku. Tapi tidak berjaya.

Dia cuba menarik lengan baju aku pula, kini lebih kuat sehingga menyebabkan baju di bahagian bahuku sedikit terkoyak.

"Don't you dare to touch her. She's mine!"

Aku memandang empunya suara. Dariel Lutfan!

"Dariel! Tolong saya!"

Dariel menarik tangan aku dari genggaman lelaki itu. Terus lelaki itu lari apabila menerima pandangan tajam dari Dariel.

"Ingatkan nak lawan balik, tapi boleh pula lari. Baru aje saya nak tunjuk kan saya punya skill. Apa daa."

Aku memijak kasut Dariel. Bahunya aku pukul dengan sling bagku. Tak cukup dengan itu. Dadanya aku tumbuk. Kalau ikutkan hati, nak saja aku hempuk mamat ni. Sebab dia lah, aku lari sampai sini.

"Apa awak ni pukul-pukul saya? Kalau sakit, ok lah juga. Ini tak ada effect pun."

Lagi lah aku pijak dan tumbuk dada dia berkali-kali apabila dia cakap macam tu.

"Sebab awak lah saya lari dari restoran tu tau tak? Lepas tu boleh awak tunjuk muka tak bersalah awak tu? Tak gentleman langsung!"

"Kalau saya tak gentleman, saya tak tolong awak sayang oii."

"Gentlemen jadah menda macam tu."

Haa kan dah keluar ayat tak berapa lady-like macam tu.

"Apa-apa je lah. Bahagian mana yang koyak tadi tu?"

Dia memegang lenganku. Ditilik dari atas ke bawak. Dia ingin memegang bahu aku, tapi cepat aku tepis.

"Tak payah lah pegang-pegang. Koyak kat bahu aje. Boleh tutup dengan tudung."

Aku menjeling dia tajam. Dia hanya mengangkat sebelah bahu. Aku kemudiannya membetulkan tudung aku yang sedikit kusut.

"Nak balik ke?" Dia bertanya selepas aku mula berjalan pergi darinya. Aku memandang dia semula dan menunjukkan muka menyampah.

"Tak lah. Nak pergi club."

Dengan itu, aku terus berlalu pergi. Eh jap. Jalan nak pergi hotel mana? Aku berdiri statik di situ. Nak lalu mana ni?

"Need help miss?"

"Yes. May i know where's the--"

Aku memandang empunya suara. Lah, ingatkan mamat saleh mana yang baik hati nak tolong aku, dia rupanya.

"Encik ni ikut saya ke apa?"

"Eii, dari kita jumpa hari tu awak panggil saya encik. Saya terasa tua, tahu?"

"Tak tahu. Dan tak nak tau."

Aku memusingkan badan semula. Jalan dihadapan aku pandang. Lorong sebelah kanan ke kiri?

"Err encik?" Aku memanggil Dariel Lutfan. Dia sudah tiada di belakang aku.

"Encik!?" Aku memanggil lagi sekali. Tiada sahutan. Dia bunian ke apa tiba-tiba lesap macam tu aje.

"Ermm Dariel Lutfan?"

"Haa pandai pun panggil nama!"

"Huwaa hantu!!!"

Aku menjerit sambil menutup mata. Mana tak takutnya, tiba-tiba aje keluar dari sebalik pokok. Kedengaran Dariel ketawa.

Shit.

"Eii encik--"

"Dariel."

"Encik juga.".

"Encik"

"Ok. Balik sendiri." Dariel Lutfan berpusing membelakang aku dan berjalan pergi.

Alamak. Tak kan nak balik sorang-sorang.

"Encik, teman--''

"Eh silap. Dariel, temankan lah saya balik." Dariel berpatah balik dan terus memegang hujung lengan bajuku.

"Jom. This way."

Huh, kena panggil nama jugak. Nyampah.

Dalam perjalan tu. Baik aku mahupun daril, kami hanya diam. Tak tahu nak berbual tentang apa. Awkward.

Rasanya kalau kat kampung nenek, sunyi macam ni ada bunyi cengkerik, tapi sekarang ni tak ada bunyi langsung.

"Dariel. Kenapa awak buat macam tu?"

"Macam tu apa?"

"Kenapa awak jumpa abang-abang saya and invited us for dinner?"

Dariel diam sesaat sebelum membalas.

"Awak dah tak nak beli bagasi tu?"

"Huh?" Keningku ternaik. Aku ada cakap pasal bagasi ke tadi? Tak ada kan?

"Bagasi tu, awak nak beli dari saya lagi ke?"

Aku menggeleng kepala. Tak perlu. Umi pun sudah tau yang sebenarnya bagasi tu dah hilang. Tertukar dengan orang lain i mean.

Sehari sebelum aku berangkat ke Amsterdam, umi main redah aje masuk bilik aku. Nak tengok aku kemas baju. End up kantoi aku guna bagasi lain. Lepastu terpaksa lah aku cerita hal sebenar.

Nasib baik hari tu umi baru dapat gaji. Tak jadi dia nak marah. Pelajar sekolah menengah tu pun mungkin baik-baik belaka hari tu. Hahaha.

"Tak nak. Awak guna je lah bagasi tu."

"Ok."

Selepa itu, keadaan kembali sunyi kenapa aku rasa macam lama sangat perjalanan ke hotel ni?

"Dariel, awak tak jawap lagi soalan saya."

Dariel memandang aku dengan muka macam baru habis mengelamun.

"Awak tanya apa?"

"Kenapa awak ajak along, angah dan saya dinner? Motif?"

Aku berhenti berjalan. Nasib ketika itu dan-dan kitaorang sampai kat taman mana entah, jadi aku terus duduk di salah satu bangku di situ. Tiada niat untuk balik ke hotel. Dariel melihat aku dengan sebelah kening terjungkit.

"Duduk kejap. Banyak saya nak tanya awak."

Dariel pandang aku lamA sebelum duduk di sebelah aku. Tidak terlalu jauh, tidak terlalu dekat.

"Jawap lah soalan saya. Jangan diam."

"Hmm. Saja saya ajak. Suka-suka."

"Suka-suka?"

"Ya."

"Kenapa saya rasa jawapan yang keluar

Dari mulut awak lain daripada jawapan yang ada dalam kepala awak?"

Aku duduk bersila menghadap Dariel. Terpaku aku seketika. Look at him.

Just wow.

Muka dia hanya dihiasi dengan cahaya lampu jalan, membuatkan muka dia, erghh i don't know how to describe it. But, it's perfect.

"Sebab mulut saya gatal nak bagi jawapan tu."

Suara Dariel membuatkan kau kembali ke alam nyata. Aku berdeham membetulkan suara.