Chereads / Mr.seducer / Chapter 6 - ( Bab 6 )

Chapter 6 - ( Bab 6 )

Aku seperti hilang punca. Direnung oleh seorang lelaki seperti ini membuatkan aku rasa lain. Mungkin sebab aku tak pernah ditenung oleh lelaki sebelum ni.

Alu mula bermain dengan hujung baju aku. Mulut tak tau nak kata apa. Kelibat Along dan Angah sudah tidak kelihatan.

Along Angah? Teringat itu terus aku melihat sekeliling. Ya Allah, mana diorang? Aku mula gelabah. Dariel Lutfan yang masih merenung aku itu aku abaikan. Berpusing-pusing aku mencari mereka berdua. Bukan jauh pun aku pergi, pusing dekat tempat yang sama je. Mana nak jumpa?

Tiba-tiba, ada satu tangan memegang tangan aku. Drastik aku memandang gerangan tersebut.

"Ikut saya."

Suara dia. Beku. Tiada langsung intonasi peramah, membuatkan aku hanya mengikut sahaja langkah dia.

"Err. Nak pergi mana ni encik?"

Dia hanya diam.

Aku cuba menarik tangan aku dari genggaman dia. Tapi, dia makin kuatkan pegangan..

"Encik, saya nak car--"

"Diam."

Terus aku terdiam. Hek eleh mamat ni apehal suruh aku diam?

"Ish, tepi lah. Saya nak cari--"

"Saya kata diam."

Dia merenung aku tajam. Aku mendengus perlahan. Ya Allah sumpah aku menyampah. Akhirnya aku ikut apa yang dia kata. Memandangkan dari gaya dia yang macam tak ada agenda tersendiri, jadi aku terus mengikuti langkah dia sehinggalah aku dengan dia berada di luar lapangan tersebut.

"Now, call lah orang yang awak nak cari tu."

"Huh?" Keningku ternaik. Masih tak dapat menangkap maksud ayat dia sebentar tadi. Dia aku lihat hanya memutarkan bebola mata ke atas.

Eleh tau lah mata lawa kan.

"Awak ni, lepas tenung saya tadi memang blur ke apa?"

Terus aku ternganga. What did he said?

"I'm sorry?"

Aku mendongak dia. Dia juga turut memandang ke arahku. Jelas terukis senyuman sinis di bibir merahnya. Mungkin dalam hati sedang menggelakkan diri aku yang hanya tinggi separas dada dia.

"CALL.ORANG.YANG.AWAK.NAK.CARI.TADI. saya tak ada masa nak tunggu dengan awak kat sini. And disebabkan awak jadi macam ni sebab tenung saya yang kacak ni tadi, jadi saya tolong awak sampai sini aje. Jangan fikir awak tu lawa ke special ke or whatever."

Like seriously? Ya Allah manusia dari planet mana lah yang aku jumpa ni?

"Hello encik,saya tak suruh pun encik tolong saya. Kalau encik tak ada pun, saya boleh survive."

"Ouh really? Habis kenapa tadi saya tengok macam orang hilang anak? Dari jauh saya tengok awak pun, saya tau awak tak tau nak buat apa. First time travel ke apa? Lain kali kalau tak reti survive, tak payah travel. Duduk rumah."

Mohon seseorang bagi aku bagasi. Aku nak hempuk muka lelaki ni yang sesedap Maggie kari dia aje cakap macam tu.

"Eh menyampah lah dengan encik ni. Apa? Ingat encik tu hebat sangat ke jadi pilot? Suka hati encik je cakap macam tu." Aku berpusing membelakangkan nya pantas iphone aku keluarkan dari sling bag. Nasib baik bateri penuh dan topup aku dah isi siap-siap.

Aku melihat skrin Telefon. 45 missed calls. Semuanya dari Along dengan Angah. Ya ampun macam mana tak boleh dengar ni? Ouh patutlah. Aku silent.

Nombor Along aku dail.

"Hello? Along dengan Angah kat mana?"

"Luar airport?" Mata aku meliar melihat kawasan itu. Di seberang jalan kelihatan Along dengan Angah. Ya tuhan, kenapa aku tak perasan masa keluar tadi?

"Dah nampak dah nampak. Ok jap. Bye." Aku mematikan panggilan. Aku memandang ke belakang. Ingatkan lelaki tadi sudah pergi, rupanya dia masih lagi di situ. Cuma tadi dia berdiri, kini dia duduk di atas bagasinya sendiri dengan tangan disilangkan ke dada. Dan matanya merenung aku.

Aku menelan air liur. Nasib baik aku memakai tudung, kalau tidak aku rasa dia dah nampak tekak aku bergerak-gerak.

Aku memandang dia buat kali terakhir sebelum berlalu dari pandangan dia, aku menarik nafas lega. Along dan Angah aku hampiri.

"Adik ni ke mana?" Suara Along laju bertanya. Cemas bukan main.

"Sorry. Adik ada terjumpa kawan lama tadi. Tak sempat nak kejar Along dengan Angah. Laju sangat."

Along dan Angah manarik nafas berat.

"Sorry. Kami dah biasa jalan macam tu dekat airport. Lagi pula airport yang busy macam tu."

"Eh tak pe lah. Lupakan aje lah. Adik pun dah ada depan mata Along dengan Angah ni"

Aku tersenyum.

"Lain kali jangan leka sangat dengan kawan tu."

Aku hanya mengangguk kan kepala. Kami kemudian nya masuk ke dalam teksi.

"By the way, lelaki yang pakai baju pilot tadi tu ke kawan adik?"

Terus aku terbatuk-batuk. Aduh Soalan.

"Err haah. Macam mana Angah boleh nampak?"

"Masa adik keluar dari airport tu kami dah nampak. Angah nak panggil tapi adik dengan lelaki tu. Tak jadi lah. kami tengok dari jauh je."

"Ouh."

Hanya itu yang terkeluar dari peti suara aku.

"Macam handsome."

Memang handsome pun. Aku mengiyakan di dalam hati. Tapi perangai ya ampun, kalah alien.

"Nampak boleh lah kenalkan dia dengan kami."

"Err boleh boleh." Aku tersenyum simpul. Senyum yang dibuat-buat. Apa kejadah nak kenalkan dia dekat Along dengan Angah sedangkan aku sendiri belum betul-betul kenal dia

Aku memandang skrin Telefon ku yang menyala. Mesej WhatsApp dari nombor yang tak dikenali aku baca dalam hati.

( I do really hate people who don't appreciate other people's kindness.)

Ouh shoes. Melalui mesej itu sahaja aku sudah dapat mengagak siapa pengirimnya. Terketar-ketar aku menaip balasan.

( I'm really sorry. Thank you anyway. )

Aku menekan emoji love pada akhir ayat itu. Bukan niat aku ingin menggatal ke apa, tapi memang typical aku macam tu. Suka bagi emoji love.

( Apologies are not accepted. )

Aku membaca perlahan. Tangan ingin menaip, tapi laju sahaja orang di sana menghantar mesej yang lain.

( Actually, saya selalu memaafkan orang lain, but in this case, i don't think i want to forgive you act awak masih ada banyak perkara yang belum diselesaikan dengan saya. Just you see honey. You really have no idea about what i can do to you. )

Aku menelan air liur. Ayat-ayat dia menyeramkan. Aku tidak tahu nak balas apa. End up, aku bagi bluetick. Termenung jauh aku kemudian nya. Entah-entah dia pembunuh upahan. Tak pun perogol bersiri. People nowadays ni bukan boleh percaya sangat. Kerja pilot, tapi sebenarnya penjahat. Mana tau.

Aip Hani, apa fikir macam tu? Aku menampar perlahan pipi aku sendiri. Please, jangan fikir bukan-bukan. Mustahil lah pilot handsome macam Darien tu orang jahat.

Aku memandang skrin Telefon lagi. Berkali-kali aku membaca mesej dari Dariel Lutfan itu. Tiada lagi titipan mesej yang baharu. Last seen pun dia hide.

Aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba, aku mendapat idea. Tersengih penuh makna aku melihat aku melihat mesej tadi.

Kemudian, tangan aku mula menaip di atas keyboard.

( Ouh really? Well, I'm just so excited to know what you have planned for me. )

Lantas, aku menutup data. Aku tersenyum sinis. Tak sabar menunggu balasan daripada Darien Lutfan.