Rohan dan Aryan keluar makan tengah hari bersama-sama di sebuah restoran yang selalu disinggah oleh Aryan dan Rakesh kerana makanan dia restoran tersebut sedap hingga menjilat jari. Setelah sampai di sana Rohan berasa gembira dan tenang apabila melihat suasana sekeliling restoran tersebut dihias dengan tema alam sekitar. Aryan dapat merasakan yang Rohan amat menyukai restoran ini dan mereka berdua duduk di meja bulat dihias dengan bunga orkid.
"I nak dry chilli chicken with lemon juice" Rohan memberitahu sambil menghulurkan menu dekat pak ciknya.
" Saya nak Kam Heong chicken dengan jus tembikai" pesan Aryan dan memulangkan menu kembali kepada pelayan itu.
Pesanan mereka tiba ke meja mereka selepas 10 minit dan mereka berdua mula makan dengan wajah yang gembira.
"Oh ya, pak cik I ada satu soalan. Semalam I ternampak ada bilik dah macam lama tak buka dalam rumah Rohan and I buka tengok bilik itu kosonglah pulak. Pak cik tahu apa-apa pasal itu?" tanya Rohan sambil lap mulutnya.
Pertanyaan Rohan membuat Aryan pening kerana ini sesuatu diluar jangkaannya. Dia membiarkan Rohan duduk dirumah itu dengan yakin bahawa Rohan bukanlah seorang suka siasat-menyiasat. Lebih-lebih lagi dalam waktu dia kehilangan ingatan macam ini Rohan tidak sepatutnya pergi serbu bilik itu.
"Ish ada bilik macam itu ke? Pak cik mana tau.. Itu kan rumah Rohan. Hanya Rohan je lah yang tahu. Haa.. Kita dah siap makan ini jom balik ke pejabat," balas Aryan sambil bangun dan menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.
"Pak cik dah lupa ke? Bukan ke Kita sepatutnya pergi ke tempat Rohan kena accident? Dah jom lah pak cik lepas bayar kita gerak", tegur Rohan dan jalan menghala ke keretanya. Bukan ini yang dinantikan oleh Aryan dan dia siap menghantar whatsapp ke Rakesh tentang ke mana mereka hendak pergi sekejap lagi.
Rakesh berasa gementar apabila melihat WhatsApp dari ayahnya dan dia membuat keputusan untuk pergi ke sana. Manakala Aryan dan Rohan tiba di lokasi dimana dirinya mengalami kemalangan yang dahsyat itu. Apabila melihat tempat itu Rohan berasa seram sejuk seperti yang dia rasa pada malam semalam.
" Pak cik... Macam mana I boleh accident di sini?" tanya Rohan sambil bersandar di atas pintu kereta tetapi matanya melihat jalan raya itu.
"Entahlah Rohan.. Hmm.. Pak cik pun tak pasti sangat sebab saya pun dengar dari orang yang lihat kejadian ini. Mereka kata kereta Rohan dilanggar oleh dua buah trak dan semasa kemalangan ini ada sebuah lagi kereta terlibat tapi... Malang betul orangnya dah meninggal dunia selepas beberapa bulan", jawab Aryan sambil menghembus nafas dengan perlahan-lahan.
"Siapa orang itu Pak cik?" tanya Rohan sambil membuka pintu kereta.
Soalan Rohan mula membuatkan Aryan jadi risau sangat dan dia menipu Rohan bahawa dia tidak kenal siapa mangsa tersebut.