Chereads / Cinta yang Tersembunyi / Chapter 18 - Bab 18

Chapter 18 - Bab 18

Rohan menghala ke pantry dan dengan tidak sengaja dia terdengar perbualan Naina melalui telefon bersama seseorang " Jangan risau.. I will take care of all this. Dia tak akan perasan yang I ini sebenarnya memerhatikan dia dan lagi satu hanya I seorang yang boleh bantu dia dalam hal-hal pejabat."

Rohan berasa keliru apabila mendengar perbualan si Naina dan berasa tidak sedap hati. Rohan membatalkan hasratnya untuk meminum Cappuccino kegemarannya dan menuju ke bilik dan dia melihat pak ciknya terlelap di atas sofa. Rohan cuba mengejutkan Aryan.

" Maaf Rohan, pak cik tertidur. Maklumlah kena jaga bini dan baru tadi pak cik balik selepas jumpa kawan kemudian Rohan pula hubungi pak cik. Aah.. Kalau Rohan tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan boleh pak cik pulang?" tanya Aryan sambil menguap untuk menunjukkan yang dirinya sangat penat supaya Rohan benarkan dia balik dan ini juga merupakan taktiknya untuk elak daripada jawab soalan Rohan.

" Kalau macam itu biar I hantarkan pak cik balik. Ermm.. Pak cik... Are you sure about Naina? Dia memanh qualified ke for this position?" tanya Rohan sambil mencari kunci keretanya untuk menghantar Aryan pulang ke rumah dan Aryan pula mencuba sedaya upaya untuk menghalang Rohan menghantarnya pulang.

"Ehhh... Tak apalah Rohan. Pak cik boleh balik sendiri lagipun pak cik nk singgah rumah kawan sekejap sebelum balik.. Ada benda penting. Dan pasal Naina itu pula Rohan tak perlu memeningkan kepala kerana dia memang qualified and berpengalaman tinggi." balas Aryan.

" Kalau macam itu... Ok lah pak cik. Hah.. sebelum pak cik balik I nak pak cik call P. A yang ada dekat rumah saya itu dan batalkan servisnya. "Rohan mengarahkan Aryan.

" P. A dekat rumah? " tanya Aryan dengan nada yang keliru. Setahu Aryan dia upah 1 P. A sahaja iaitu Naina dan siapa pula P. A yang duduk di rumah Rohan ini.

" Alaa... Si.. "sebelum Rohan menyebut nama Shailaputri, Aryan menerima panggilan dari Shoba dan Aryan minta diri daripada Rohan tetapi dia berfikir tentang P. A yang Rohan tak sempat sebut nama. Kalau lah Shoba tidak menelefonnya untuk menemani ke klinik sudahpasti dia tahu siapa yang pandai-pandai menyamar sebagai P. A Rohan itu.

Latest chapters

Related Books

Popular novel hashtag