Chereads / Cinta yang Tersembunyi / Chapter 17 - Bab 17

Chapter 17 - Bab 17

Selepas bertemu dengan Rama, Aryan bergegas ke bilik pejabat Rohan dan membuka pintu tanpa mengetuk.

"Oh my god!!! Pak cik kenapa tak ketuk pintu? Nasib baik jantung I masih kuat." terkejut Roban sampai tertumpah air kopi yang sedang diminum.

"Maaf Rohan, pak cik tak sengaja. Pak cik ingat Rohan ada apa-apa masalah sebab itu saya tergesa-gesa tadi." jawab Aryan sambil menolong Rohan mengelap air kopi yang tumpah itu.

Setelah bersihkan meja Rohan mengajak Aryan duduk untuk membincangkan tentang perkara yang bermain di dalam fikirannya.

" Pak cik..... Sejak I keluar dari hospital.. Orang yang I kenal dan boleh percaya adalah pak cik seorang tapi saya nak tahu dimana kedua-dua ibubapa I? Siapa kawan-kawan Rohan? Sebab I tengok dalam rumah tiada apa-apa info pasal diri I" tanya Rohan.

Seperti yang disangkakan oleh Aryan, Rohan mula bersoal tentang kehidupannya dengan dia.

"Rohan, secara jujurnya ibubapa Rohan sudah meninggal dunia semasa awak masih kecil lagi dan pak cik yang membesarkan dan sekolahkan Rohan. Tentang kawan pula, awak memang menpunyai ramai kawan tetapi semuannya kelakuan tidak baik dan mereka tinggalkan Rohan macam itu saja bila awak kemalangan . Hanya Pak cik yang jaga awak. "Aryan menjawab soalan Rohan dengan tenang tanpa memikir dengan panjang dan cara Aryan menjawab buatkan hati Rohan rasa nak gugur apabila mendengar yang dirinya itu adalah anak yatim.

" Jadi... I ini anak yatim lah pak cik? Terima kasih.. Sebab sudi tolong saya dalam apa jua keadaan." jawab Rohan sambil menyembunyikan rasa sesdihnya.

"Tidak Rohan... Since saya ada.. Awak bukan anak yatim. Rohan saya faham apa yang awak rasa dan tengah lalui sekarang. Saya tahu bahawa semua yang sedang terjadi kepada awak seolah-olah macam mimpi dan tidak boleh bezakan yang mana realiti." Aryan cuba memujuk perasaan Rohan supaya dia tidak beremosi.

" Not that.. jadi orang yang I nampak itu mungkin kawan I yang dulu agaknya,"balas Rohan sambil melihat pemandangan luar dari tingkap biliknya itu.

" Orang mana?? Dekat mana Rohan? "tanya Aryan dengan perasaan cemas dan gementar.

" Hmm.. Masa kita pergi tengok tempat kejadian Rohan ternampak seorang lelaki bersembuyi di belakang pokok dan perhatikan kita berdua. Pada mulanya Rohan anggap orang itu mungkin orang yang jahat.. Tapi sekarang rasa mungkin kawan I yang lama. Nevermind, pak cik if you don't mind boleh tak stay sini sekejap.. I nak refresh." pinta Rohan sambil membuka pintu.

Aryan mengangguk atas permintaan Rohan kerana dia faham yang Rohan memerlukan ruang untuk bersendiri sebentar supaya dia emosinya tidak diganggu dan ini yang dinantikan oleh Aryan dan anaknya Rakesh supaya Rohan mempercayai tentang apa yang diceritakan oleh mereka.