Chereads / Cinta yang Tersembunyi / Chapter 16 - Bab 16

Chapter 16 - Bab 16

Di dalam minda Rohan ada satu sahaja perkara yang bermain iaitu kena cari informasi tentang lelaki yang memerhatikan dia dengan pak cik Aryan dan juga halau Shailaputri dari rumah itu. Setelah sampai di bilik pejabatnya, Rohan menghubungi Aryan "Hai, pak cik sibuk ke?"

"Hai Rohan, tak adalah. Pak cik dekat rumah je ini. Ada apa ini?" Aryan membohong dengan Rohan bahawa dia berada di rumah padahal dia bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari memorial Shaila.

"Oh begitu, kalau pak cik tak sibuk boleh lah kita jumpa di pejabat nanti. I ada beberapa perkara yang nak bincang bersama pak cik." tanya Rohan.

"Ya ke Rohan? Nanti saya bagitahu ye."

Mereka berdua memtuskan talian dan Aryan memberitahu dengan Rakesh tentang permintaan Rohan tadi.

"Ayah sure ke nak pergi ini? Jangan-jangan dia dah tahu pasal kita." Rakesh mula berasa panik dan dia tidak senang hati untuk izinkan ayahnya pergi berjumpa Rohan.

"Rakesh...Ini mesti benda remeh tentang kerja. Awak jangan lupa yang si Rohan itu belum dapat ingatannya. Sekarang dia terpaksa percaya dengan cerita yang kita bagitahu dekat dia. Unless kalau dia dah recover.. baru cerita sebenar akan berlaku." jawab Aryan sambil hembus nafas dengan panjang.

Sebenarnya Aryan dan Rakesh cuba menyembunyikan identiti siapa Rohan demi keselamatan mereka. Mereka tidak mahu Rohan mendapat ingatannya kembali dan disebabkan itu mereka upah Naina untuk pantaunya di pejabat.

"Tak apalah, dropkan ayah di pejabat Rohan dan kalau Shoba tanya cakaplah yang saya pergi jumpa kawan lama." perintah Aryan.

" Ayah... hmmm baiklah."jawab Rakesh dan hentikan keretanya di luar pagar syarikat Rohan.

Semasa tergesa-gesa pergi jumpa Rohan, Aryan terlanggar pengawal keselamatan yang bertegur dengan Rohan semasa dia masuk ke pejabat selepas keluar dari hospital.

"Maaf Encik! Eh...Encik Aryan?" terkejut Rama.

"Rama awak masih ada disini lagi? Bukan awak...", Aryan terkejut setelah melihat Rama.

"Jangan risau, memang benar puan besar ambil keputusan untuk memecat saya tapi sebelum pecat dia kan ditimpa kemalangan. Jadi cadangan memecat saya terus tak jadi dan saya terkejut juga bila tuan besar tidak kenal diri saya semasa join balik kerja."jawab Rama.

"Baguslah Rama. Kekalkan macam ini dan pastikan rancangan kita sebelum ini berjaya."Aryan mengarahkan Rama dan masuk ke dalam pejabat.

Rama merupakan orang suruhan Aryan sejak Yash masih hidup. Aryan yang mengesyorkan Rama untuk bekerja di sini. Pada awalnya, Rama memang setia terhadap kerjanya tetapi dia terpaksa menunduk kepada arahan Aryan atas sebab-sebab tertentu dan sejak dari hari itu Rama menjadi orang suruhan Aryan dan juga Rakesh.