Chereads / Cinta yang Tersembunyi / Chapter 15 - Bab 15

Chapter 15 - Bab 15

"Huawaaaaaa.... adui ngantuknya," Rohan bangun sambil menguap dan melihat jam menunjukkan pukul 9pagi.

"Dah 9 pagi? Hmm...kenapalah hidup ini perlu pergi kerja.. malasnya." bisik Rohan dalam hati dan pergi mandi.

Aryan dan Rakesh pergi menziarah memorial Shaila dan mereka pergi ke tempat tersebut tanpa pengetahuan Shoba dan juga Rohan. Aryan masih boleh bernafas lega kerana dia yakin bahawa Naina akan uruskan Rohan di pejabat.

Rohan mula berasa lapar dan dia menuju ke dapur untuk mencari makanan. Tiba-tiba dirinya disergah oleh suara Shaila"Kalau tahu masak boleh lah masuk dapur. Cubalah lihat meja dekat ruang tamu itu dulu. Orang dah beli makanan dah."

"Amboi mulut itu jaga sikit ya. You dah lupa ke yang I ini siapa bagi you? Tak sampai 1 minit I boleh pecat you tau!" gertak Rohan.

"You nak pecat I? In your dreams sebab pak cik Aryan tak akan pecat I atas beberapa terms and condition." jawab Shaila dengan selamba sambil menghidangkan makanan untuk dirinya dan juga untuk Rohan.

Rohan melihat diatas pinggannya ada nasi lemak bersambal ayam kepak. Rohan mula terliur dan menjamah nasi lemak itu tanpa menghiraukan pertikaiannya dengan Shaila sebentar tadi. Setelah habis makan sampai licin pinggan dia tolak pinggannya dekat Shaila dan menyuruh dia cuci dengan bersih.

"Eh you tau tak yang you ini sebenarnya macam pembantu rumah. Hahaha kesiannya lah perempuan ini belum tahu niat pak cik Aryan. Eh Shaila, pak cik upah you atas nama P. A untuk uruskan kerja di rumah. Dah lepas bersihkan dapur you cuci semua baju-baju I sampai bersih."Rohan mengarahkan Shailaputri dan keluar pergi ke kerja.

" Ayah.. rasa-rasanya betul ke Shaila terbunuh dalam kemalangan itu? "tanya Rakesh.

" Hoi! Apa maksud awak ini? Awak ingat Shaila hidup ke? Bukan ke kita berdua yang kebumikan dia."jawab Aryab dengan suara yang lantang.

" Ayah bukan itu yang I maksudkan... Cuma Rakesh tak dapat terima yang Shaila dah tak ada. Dialah segalanya bagi untuk I."jawab Rakesh sambil mengelap air matanya kerana terkenangkan Shaila.

" Mungkin takdir tak menyebelahi Shaila. Walaupun bukan masa dia tapi takdir Rakesh... We cannot change the fate."

Mereka berdua beredar dari memorial Shaila.