Tiba-tiba Rohan teringat dekat Shailaputri yang berada di rumah. Rohan pelik kenapa perlu ada P. A dekat rumah dan juga di pejabat.
"Si Shaila itu ada di rumah... Hmm dia makan ke tak ni? Ehh, kenapa I fikir pasal dia ni lantak dia lah makan ke tak. Lagi bagus jika dia lari." bisik Rohan dalam hatinya sambil bersandar atas kerusi mewah di dalam biliknya itu dan dengan tidak sedar Rohan tidur dengan nyenyak.
" Rohann!!!!!"
Rohan bangun terkejut selepas dengar jeritan itu dan melihat Shailaputri ada di depan matanya. Rohan menggosok kedua-dua matanya sebab dia tidak percaya bahawa manusia yang berada dihadapannya adalah Shailaputri. Selepas melihat dengan teliti Rohan jerit sebab terkejut"Shaila!!!!! Apa... Apa you buat dekat sini? Bukan ke you sepatutnya ada di rumah," nafas Rohan tercungap-cungap dan mencari air untuk minum.
" You sedar tak sekarang pukul berapa. 10pm!!! Puas I cari you and call you. Rupa-rupanya you tidur dekat sini. Eh, you tak takut ke tidur sorang dalam pejabat? Kebanyakkan pejabat kalau dah malam berhantu tau!" Shaila cuba menakutkan Rohan. Rohan yang masih trauma mula minum air dengan cepat dan tenangkan dirinya supaya otaknya berfungsi.
" Mengarut! Awak sendiri dah bangunkan I macam hantu nak cuba takutkan I pula dengar cerita merepek. Dah jom balik! "gertak Rohan untuk menyembunyikan rasa takutnya itu. Sebenarnya Rohan benar-benar takut sejak kejadian malam semalam tambahan pula dengan cara Shailaputri bangunkan dia di pejabat.
Selepas tiba di rumah, Rohan menyegarkan dirinya dan tidak sabar untuk baring diatas katil manakala Shaila pula berada di ruang tamu dan menunggu Rohan. Setelah bersiap Rohan baring diatas katil dan melelapkan matanya untuk mimpi yang indah. Shaila dapat rasakan bahawa Rohan mungkin sudah tidur dan dia naik ke atas untuk menjenguk Rohan. Dengan perlahan-lahan Shaila membuka pintu bilik Rohan dan dia melihat Rohan tidur dengan nyenyak dan berdengkur.
"You know Rohan that I will never let you go no matter in what situation we are. I akan jaga you supaya tiada siapa-siapa yang cederakan you. Mungkin buat masa sekarang you under amnesia and tak kenal I siapa sebenarnya but trust me.. Once you dah sedar you know who you are and who I am"bisik Shailaputri dalam hati dan selimutkan Rohan.