25 hari kemudian, tinggal 5 hari lagi mereka berdua akan berhenti lepas dapat gaji jika itu kemahuan Jimin untuk mereka menjauhkan member-membernya. Jimin akhir-akhir ni dia berkelakuan aneh bagi Min soo dan Min young tetapi ada sesuatu menarik perhatiannya, salah satu di antara Min soo dan Min young, tak pasti mana satunya sehingga kini masih misteri untuk diketahui dalam masa ini.
"Maafkan aku Jimin..Tolonglah jangan berkelakuan macam ni" rayu Min soo berbisik disamping telinga Jimin yang duduk di tempat solekan "tak apa-apa" jawab Jimin tidak beri perhatian kepadanya, melihat kejadian itu Jungkook tersedar dengan kelakuan Jimin dan Min soo yang berada di belakangnya. seolah-olah ada sesuatu diantara mereka berdua.
Min young pun ternampak Jungkook memandang ke arah Min soo dan Jimin ketika dia mahu memberi keperluannya. "Jungkook? apa dia cemburu?" bisik hati Min young. "Nuna!" panggil seseorang yang berada di belakangnya.
"Oh Jhope!" jawab Min soo tersenyum kecil. "Apa kamu baik-baik? macamana dengan kerja kamu harini?" tanya Jhope dengan senyuman manisnya. "Aku dengan Min young berkerja dengan baik seperti biasanya" jawab Min soo dengan yakin.
"Nuna.. jom sertai sekali dengan kami makan malam kat restoran disimpang kedai sarbaneka itu" tiba-tiba Suga mengajak mereka berdua. "Haa...itu.." Min soo memandang ke arah Jimin dan Jimin menangguk-angguk perlahan, mereka berdua terkejut dengan kelakuan Jimin membenarkannya.
"Baiklah kami ikut!" jawab Min soo teruja sambil mengengam tangan Min young. di simpang kedai sarbaneka? kedai yang selalu Jimin singgah tu?.
Di Restoran,
Mereka pun menikmati makan malam setelah beberapa minit mereka semua memesan makanan yang diingini mereka. "Nuna! macamana makanan harini.... sedap?" tanya RM mengilap mulutnya "Syukurlah semua sedap-sedap saja" jawab Min soo dengan ramah dan Min young hanya menangguk-anggukkan kepalanya saja.
"kamu punya teman lelaki tak?" tanya V secara tiba-tiba, Jhope menyiku V. Min soo memandang ke arah Jungkook "Aku ada tapi dia tinggal di gangnam, jadi susah nak berjumpa" jawab Min soo dengan kesal, cuba menipu Jungkook agar tidak mencintainya seperti ditetap dalam peraturan bagi berkerja sebagai manager. Min young terkejut dengan jawapannya, sepatutnya Min soo bercakap benar tapi dia tahu mungkin ada sesuatu berlaku antara Min soo dan member BTS.
Min soo melihat sekeliling, banyak orang menikmati makanan di restoran ini, tetapi matanya tertarik pada seseorang yang mirip ayahnya, dia mengecilkan mata untuk cuba mengecamnya dan terkejut melihat anak seseorang yang dia kenal sebelum ni, "Itu Jung woo! Itu benar memang ayah!" jerit Min soo dalam hatinya, melihat keluarga baru ayahnya begitu bahagia hingga mampu makan di restoran mewah menyebabkan dendamnya semakin mendalam, tidak seperti kehidupan keluarganya sebelum ni, "Tunggu lah ayah, aku pasti akan membalas dendam demi kebahagiaan mamaku" bisik hati Min soo.
Setelah mereka selesai makan malam, mereka pun masuk dalam van masing-masing kecuali Min soo dan Min young, "Eh kalian tak naik ke?" tanya RM dengan hairan.
"Sebenarnya tempat ini selalu kami singgah ketika pulang, jadi kami akan balik lalu sini" ujar Min soo merujuk jalan menuju rumahnya.
"Oh yaka..kalau macam tu hati-hati pulang ok?" RM memberi nasihat kepada mereka berdua. "Baiklah!" jawab Min soo dan Min young serentak sambil memandang satu sama lain.
Van BTS pun menuju di lebuh raya, Jimin masih memandang mereka berdua dari luar tingkap van, semakin jauh dari pandangannya, "Kenapa aku masih risau pasal mereka? aku betul-betul mahu meluahkan perasaanku salah satu antara mereka berdua" bisik hati Jimin lalu memejamkan matanya untuk bersabar. Jungkook melihat kelakuan hyungnya yang berada di sebelahnya seolah-olah hyungnya mempunyai hati untuk Min soo, wanita yang dicintainya.
"Min soo-ah...kenapa kamu menipu pasal kekasih?" tanya Min young dari tadi tak faham dengan jawapan Min soo. "haa...tu...maafkan aku Min young pasal ni, aku sengaja rahsiakan satu perkara dari kamu" kata Min soo mengengam tangan Min young.
"Apa yang kamu rahsiakan?" tanya Min young. Setelah beberapa minit Min soo menceritakan yang pernah berlaku di antara Min soo dengan Jungkook tempoh hari, Min young merasa kesian kepada kawannya terpaksa melalui semua itu demi untuk mencari duit dengan hasil usaha titik peluhnya, dia tiba-tiba teringat sesuatu berlaku di restoran tadi, "Tadi aku nampak seseorang betul-betul mirip ayahmu" kata Min young dan Min soo menangguk-angguk kepala, "Itu benar memang ayah aku" ujar Min soo cuba menahan tangisan dan Min young terkejut. "Pasti dendam kamu semakin besar" kata Min young sambil memeluk Min soo.
Di rumah Min soo, Min soo melihat pandangan langit di luar tingkap biliknya. "Aku harap aku dapat membuat keluarga baru ayah menderita lebih teruk dari kami, keluarga kami berpecah belah bagaikan kacang lupakan kulitnya" kata Min soo berseorangan, Puan Oh terdengar suara anaknya lalu memeluk anaknya dari belakang, "Nak...jangan menangis, mama rasa kamu pasti boleh melakukannya untuk mama, mama akan sentiasa menyokong usaha kamu nak..." kata Puan Oh mencium dahi Min soo.
"Mama...tadi Min soo ternampak ayah di restoran mewah semasa kawan-kawanku mengajak makan malam, mereka benar-benar kelihatan bahagia bersama ayah" kata Min soo.Air mata ibunya hampir mengalir "Maafkan mama nak...mama tak patut berkahwin dengan ayah kamu" jawab Puan Oh dengan serba salah.
"Kenapa cakap macam tu mama, mama tak salah hanya ayah yang bersalah kerana abaikan keluarga kita selama ni kalau mama tak kahwin dengan ayah, pasti saya bukan anakmu yang kamu sayangi selama ni" kata Min soo dengan jelasnya. tangan si ibu mengilap air matanya, cepat melegakan hati seorang anak dalam pelukan ibunya.
"Mama....macamana keadaan abang dengan kakak?" tanya Min soo ingin tahu tentang abang dan kakaknya. "Mama juga tak tahu macamana keadaan mereka, apa kata kamu mencari mereka pada hari cuti kamu esok?" kata Puan Oh, Min soo tersenyum lebar mendengar rancangan ibunya.
Keesokan harinya, cuaca sangat baik dan sejuk dipagi hari, Min soo duduk di sebuah pondok berdekatan taman permainan sedang menuggu seseorang. "Min soo!" jerit Min young dari jauh, Min soo pun menoleh belakang, "Hey! kenapa kamu lambat ha?!" marah Min soo.
"Alolo..Min soo-ah, kamu memanggil aku untuk misi tapi misi mencari abang dengan kakak kamu?" tanya Min young ingin tahu."Iya... Kita akan pergi mencari di mana mereka, mungkin tak jauh dari bandar ni" kata Min sooo dengan yakinnya.
selama pencarian abang dan kakak Min soo, mereka berdua keletihan dan berteduh di depan kedai makan bulgogi, "Haa~ aku sangat dahaga... kita masih belum jumpa mereka" Min young terlihat sangat letih sambil membuka penutup tin minuman.
"Tapi aku sangat pelik kenapa mereka tidak berhubung dengan aku dan ibuku" ujar Min soo berfikir sesuatu yang pelik berlaku kepada abang dan kakaknya."Betul juga, kalau masih berhubung pasti mereka memberi alamat mereka tapi mereka seolah-olah melarikan diri dari rumah tanpa risaukan orang tua sendiri" kata Min young dengan jelasnya.
"Aku rasa kita patut cari alamat ayahku, mungkin tu dapat bertemu mereka" kata Min soo. "Kenapa? kamu ada rasa sesuatu yang mereka rahsiakan kamu?" tanya Min young, memandang wajah Min soo seperti risaukan sesuatu. "Jika itu benar perasaan aku" kata Min soo mengengam tangannya.
selama beberapa jam mereka mencari sekitar bandar seoul namun masih belum dijumpai alamat ayahnya, "Min soo...aku penat lahh!" Min young keletihan lalu duduk di bangku disekeliling lintasan penjalan kaki. Min soo hanya mendiamkan diri, tiba-tiba dia teringat sesuatu lalu mengambil telefonnya dari poket baju sejuknya. "Hello? kamu ada di mana?" tanya Min soo.
"Eh Min soo? kenapa kamu telefon ni?" kata seseorang. "Kenapa kamu takut aku akan dedahkan identiti kamu? aku tidak akan lakukan!" kata Min soo. "Ok lah kalau macam tu, aku percaya kamu. apa kamu nak sebenarnya?" tanya seseorang dengan suara perlahan.
"Aku nak kamu carikan alamat ayahku" jawab Min soo. "Apa?! kenapa kamu mahu tu? ada masalah?". "Jangan banyak tanya, cepat lah sikit! aku memang ada masalah pun!" ujar Min soo lalu menutup telefonnya.
"Siapa dia?" tanya Min young hairan selepas melihat kelakuannya pelik seperti dia menjaga rahsia identiti seseorang dengan ketat. "Nanti aku bagitahu sebab sekarang bukan masa yang sesuai" jawab Min soo tersenyum. tiba-tiba telefon Min soo menerima mesej.
"Alamat dah dapat.. Min young?" Min soo hairan melihat Min young berdiri didepan restoran seolah-olah terjumpa bekas kekasihnya, Min soo cuba mendekati tapi Min young menyedari bayangan Min soo cuba mendekati lalu menarik tangan Min soo pergi dari situ. Seseorang itu dari tadi memerhatikan mereka berdua.
Tiba di tempat tinggal Ayah Min soo,agak besar rumah ayahnya seperti rumah orang kaya, tak macam keadaan keluarganya yang miskin dulu, Min soo dan Min young bersembunyi disebalik tembok pagar rumah ayah Min soo untuk memerhatikan gerak-geri keluarga ayahnya namun tak nampak kerana temboknya tinggi dan Min soo mengambil kesempatan untuk membuat rancangan masuk dalam rumah tu malam nanti.
"Kamu dah gila ke nak kena masuk dalam rumah tu?" tanya Min young tak puas hati dengan rancangan Min soo. "Rancangan ni akan berjalan lancar jika berhati-hati dengan sekeliling dalam rumah tu tapi kamu yang patut berhati-hati!" kata Min soo memberi isyarat kepada Min young, Min young hanya membuat muka pura-pura tak dengar.
"Aku akan tolong kamu sebab rancangan kamu buat ni sama dengan perangai aku kalau jumpa ayah aku" jawab Min young tersenyum, Min soo terkejut mendengar kata-kata Min young yang satu-satunya kawan perlu hargai sampai bila-bila kerana ia tidak lah mudah untuk mencari kawan yang serupa dengan perangai kita atau memahami satu sama lain.
"Min soo? pukul berapa kita kena masuk dalam rumah tu?" tanya Min young. "Kita kena tunggu keadaan sesuai kalau tak, maybe tak perlu masuk rumah tu." jawab Min soo dengan yakin, Min young menganguk-angguk tanda faham akan situasi itu nanti.
Melihat 2 adik beradik turun dari kereta yang baru sahaja sampai dihadapan rumah ayah Min soo, Min soo cuba memerhatikan 2 beradik itu dan terkejut, anak-anak ayahnya masih kecil terutamanya anak angkat ayah sebaya dengan Min soo tetapi 2 beradik tu macam pernah dikenali,rupa mereka seperti abang dan kakaknya.
"Tak mungkin lah, abang dengan kakakku sangat benci dengan ayah!" Bisik hatinya. "Kita kena masuk juga, aku nak tengok apa yang terjadi depan mataku." kata Min soo "Min soo?" Min young cuba menyakinkan supaya jangan bertindak melulu masuk dalam rumah itu. Min soo faham tetapi dia tidak mengendahkan rayuan Min young. "Jika kamu tak nak masuk, tak apa-apa.. biar aku masuk seorang diri."jawab Min soo. "Tidak! aku akan ikut masuk." Min young mengengam erat tangan Min soo supaya masuk bersamanya.
Pukul 2 pagi, Min soo dan Min young sengaja memulakan rancangan lewat malam selepas semua orang tidur itu memudahkan rancangan tidak diganggu oleh orang sekeliling di taman perumahan disitu. mereka berdua memakai pakaian hitam dan bertopeng mulut akan tidak mudah dilihat. "Kita masuk melalui pintu belakang" Min soo memberi arahan. mereka pun memanjat tembok pagar itu. setelah mereka membuka pintu belakang dengan berhati-hati. "Jom kita masuk cepat sebelum seseorang sedar" kata Min soo dengan perlahan. mereka pun menaik tangga ke atas dengan perlahan.
"Kita kena periksa bilik 2 beradik tu" kata Min soo memberi arahan, langkah demi langkah mereka menjumpai pintu ditepi mereka, mendengarkan TV sedang menyala di ruang tamu di bilik itu, Min soo memberi arahan agar menunggu di luar bilik untuk memastikan seseorang tidak menyedari kehadiran mereka. Min soo pun cuba mendekati seseorang itu yang berada di sofa sedang tidur didepan TV, ternyata ada 2 orang ditempat yang sama. tiba-tiba dia memijak sesuatu lalu mengambilnya "Ini keychin aku yang beri pada kakak. jangan-jangan.." Min soo perlahan-lahan mendekati salah seorang yang tidur di sofa itu dan Min soo terkejut dengan mata terbeliak lalu memeriksa seseorang lagi dan Min soo sekali lagi terkejut "Mereka abang dan kakakku rupanya!" bisik Min soo dalam hatinya lalu meninggalkan ruang tamu. "Min young? jom pergi dari sini.." Min soo menarik tangan Min young tanpa menjelaskan apa-apa yang terjadi.