Chereads / Sebuah Takdir ( BTS ) / Chapter 9 - Membalas Dendam

Chapter 9 - Membalas Dendam

Selepas seminggu mereka bercuti di pulau Jeju, Min soo, Min young dan Jihye sedang menikmati sarapan yang dimasak oleh ibu Min soo, sudah 2 hari Min young dan Jihye menetap di rumah Min soo untuk melepak, nonton movie, bershopping dan macam-macam lagi aktiviti mereka yang mereka ingin lakukan bersama kawan.

"Anak-anak ini..nampak senorok lagi lepas pergi bercuti ke pulau Jeju" teruja Puan Oh tersengih melihat gelagat mereka. "Ya mama...senorok sangat...nanti kami mahu pergi bercuti ke Busan pula" Min soo membuat muka comel.

"Pergilah...asalkan kamu bertiga bahagia..maafkan mama kerana tak dapat ikut, kamu pergilah dengan kawan-kawan kamu" kata Puan Oh teruja membelai rambut mereka bertiga. Mereka mengangguk-angguk sambil menikmati makanan didepan mereka.

Mereka bertiga bersiar-siar sekitar bandar Seoul, pagi yang indah di musim Salji. Min young berhenti seketika, Min soo tersedar Min young terlepas dari belakang, "Min young? apa kamu buat disitu?" tanya Min soo menarik tangan Jihye lalu pergi ke arah Min young.

"Lihat tu!" jawab Min young dan mereka berdua tergumam. "Wahh...Cafe baru buka ke?" Min soo melihat papan cafe itu. "Jom kita tangok dulu..." ajak Jihye menarik tangan 2 orang kawannya untuk singgah. "Wahh...cantik tempat ni" senyum Jihye melihat sekeliling cafe itu.

"Min soo...kamu mungkin akan terkejut.." kata Min young menunjuk ke arah beberapa orang duduk di satu meja. "Tu BTS!...Jangan sampai mereka nampak kita disini" ujar Min soo perlahan menarik kedua kawannya.

"Eh kenapa....kamu..." Min young cuba menanyakan apa yang terjadi namun kata-katanya tak dapat dijelaskan kerana menarik mereka dengan kuat. Salah satu Member BTS tersedar dengan kejadian itu.

"Hei! kamu ni asyik-asyik suruh lari.." marah Min young nafasnya tergesa-gesa. "Kenapa kamu lari? bukan ke kamu berdua manager mereka?" tanya Jihye kehairanan. "Maafkan aku...aku pun tak tahu apa yang aku dah buat" kata Min soo keliru, Min young mendengar kata-kata itu membuatkan dirinya merasa geram kerana penat melari tanpa alasan.

"Nuna!" jerit seseorang dari jauh. mereka terkejut mendengar panggilan seseorang yang mereka kenal, mereka pun menoleh ke arah suara itu.

Rupa-rupanya Jimin yang memanggil mereka, "Jimin?! kenapa kamu keluar?" tanya Min soo. "Nanti berita akan tersebar" kata Min young masih lagi mengingat peringatan Pengarah mereka.

"Nuna...aku..." belum sempat Jimin bercakap, Min soo mula bersuara. "Jangan cakap apa-apa...nanti situasi jadi teruk nanti" jelas Min soo menangkat jari telunjuknya ke mulut nya. "Jom kita pergi sekarang.." kata Min young dengan perlahan dan mereka pun berlalu pergi, Jimin kelihatan sangat kecewa dengan kelakuan mereka namun Jimin sangat memahami situasi akan terjadi nanti.

"Jimin-shi! kamu pergi mana tadi?" tanya RM. "Aku...." Jimin terdiam. "Sudahlah..tak payah tanya dia lah sebab dia dah tak macam dulu, menyusahkan ja.." sindir Seokjin kecewa. semua Membernya turut tersedar dengannya. Jimin hendak bercakap, member-membernya bangun dari kerusi berlalu pergi meninggalkan Jimin. V pula kelihatan tak sanggup meninggalkan kawannya, ingin menjemput pulang ke Van mereka tapi, Jungkook sedar V akan membawa Jimin ke Van mereka, Jungkook memegang bahu V berlalu pergi dari Jimin.

Di dalam Van besar, Semua member BTS berasa bersalah dengan kelakuan mereka pada Jimin, Jimin tak pernah melakukan hal yang sama seperti jika salah satu dari mereka mempunyai rahsia tak boleh diberitahu tanpa izin.

"Fuhh...kenapa kita lakukan ini pada Jimin? dia kan bagai adik-beradik kita.." kata V serba salah. semua member BTS turut rasa bersalah. Tiba-tiba Jimin masuk dalam Van itu, semua terkejut. Jimin tidak memandang mereka lalu duduk di tempat penumpangnya, suasana dalam Van suram tak seperti selalu semasa perjalanan pulang.

"Haaa~ segarnya tempat ni" lega Min young dan Jihye serentak. Min soo hanya terdiam sambil melihat keindahan Sungai Han yang terletak di Seoul. secara tak disangka-sangka Min soo ternampak ayahnya dengan keluarganya sedang berkelah di tepi taman permainan anak - anak kelihatan mesra dengan ayahnya, "Eerrhh...aku menyampah betul tengok mereka masih bahagia dengan ayah" fikir Min soo mengengam tangannya untuk mengawal kemarahannya.

Min young terkejut melihat kelakuan Min soo sedang menahan kemarahan sambil memerhatikan ke arah yang dipandang oleh Min soo. "Min soo... jangan lakukan lagi, belum masanya" Min young cuba menyenangkan hati Min soo, Min soo pun berlalu pergi, membuat Min young risau lalu memanggil Jihye untuk mengejar Min soo. Kemarahan diri Min soo semakin mendalami dan dia berhenti seketika seolah-olah sedar apa yang berada di sampingnya.

"Kereta Ayah? nombor plat ini memang kereta ayah" fikir Min soo melihat plat belakang kereta ayahnya. "Haha...ini peluang aku kena lakukan" bisik hatinya. Min young dan Jihye berhenti mengejae setelah ternampak Min soo sedang melakukan hal yang tidak diduga. tanpa risau Min young ketawa jahat dan Jihye kehairanan.

"Wahh...hebat kamu sempat lakukan hal ini" teruja Min young. "Biasa lah.. aku kan masih berdendam dengan ayah aku" senyum Min soo, mecalarkan kereta ayahnya dan Memecahkan 4 tayar dengan puasnya. baru jihye faham situasi macam ni rupanya dia hampir terlupa dendam untuk dirinya.

"Cepat! sebelum mereka nampak kita" kata Min young mengangkat bahu Min soo. mereka pun beredar dan sembunyi disebalik kereta orang lain di tempat pakir untuk memerhatikan kecohan ayah Min soo.

Ayah Min soo pun datang menuju ke pakir kereta, dia terperanjat tengok keretanya. "Hei!! sapa punya kerja ni! siap lah kamu! aku akan patahkan tangan kamu!" marah Encik Kim mencari-cari seseorang yang merosakkan keretanya. "Ayah! apa yang terjadi? ahh?!" tanya salah satu anaknya. Min soo, Min young dan Jihye ketawa terbahak-bahak, "Padan muka saja..jom kita pergi" puas Min soo ketawa, mereka pun berlalu pergi.

"Wehh macamana kalau ada cctv?" risau Jihye menjelaskannya. "APA?!" kejut Min soo dan Min young serentak. "Betul juga cakap Jihye...jom kita pergi semula tempat tu" ujar Min young lari.

"Kenapa cctv boleh terjadi rosak ha?! kamu patut baiki dari awal lagi?" marah Encik Kim mengamuk. "Maafkan saya...saya tak tahu cctv ada kerosakan." jelas staff di kawasan pakir. Min soo dengan kawannya pun tiba lalu sembunyi disebalik kereta yang berada dekat pondok pengawal. Mereka memerhatikan gerak-geri Encik Kim sedang mengamuk.

"Aku harap cctv sempat rosak" bisik Min soo kepada kawan-kawannya. "Harap begitulah.." harap Jihye dan Min young hanya mengangguk-angguk perlahan. "Tak sangka betul boleh jadi macam ni" geram Encik Kim lalu menendang tong sampah yang di luar pondok dan membawa anak-anaknya ke dalam kereta kawannya yang baru tiba lalu meninggalkan tempat situ.

Min young mengambil kesempatan untuk bertanya pengawal itu sama ada cctv rosak atau tidak. tak lama kemudian Min young pun kembali di hadapan mereka berdua dengan muka risau, Min soo merasa rimas, Min young tersenyum lalu mengenyit mata kirinya. "Memang tepat cctv sempat rosak" jelas Min young, Min soo sangat rimas hampir pengsan setelah Min young beritahu tak ada sesuatu yang bakal terjadi.

"Omma..aku dah balik" ucap Min young yang baru sahaja pulang ke rumahnya, namun tiada jawapan dari ibunya, dia tidak peduli kalau ibunya tak jawab ucapannya. "Mungkin dia ada hal.." fikir Min young ketika menuju ke biliknya, tiba-tiba tindakannya terhenti selepas mendengar suara tangisan dari bilik ibunya, dia pun pergi ke bilik itu untuk mengetahui apa yang berlaku.

Tangannya memegang tombol pintu bilik itu lalu membukakannya, matanya terbeliak melihatnya, rupa-rupanya Puan Han menangis dia atas katilnya, tangannya memegang sepucuk surat. "Omma...apa yang terjadi?" tanya Min young ketakutan. "A...ayah kamu.. sudah tiada.." jawab Puan Han tersedu-sedu. kaki Min young mula lemah kerana terkejut mendengar kata-katanya.

"Tak mungkin....ini penipuan!" bantah Min young yang hampir menitis air mata. "Ini kenyataan...Ayah kamu bukan sengaja menjauhkan kita tapi wanita tua tu yang memaksanya berkahwin untuk dapatkan harta ayah kamu!" jelas Puan Han mengengamkan keratan surat. "Kenapa ayah tak beritahu kita dari awal?" tanya Min young. "Kerana...ayah kamu diugut oleh wanita tu, kalau tidak kahwin dengan dia...dia akan bunuh kita untuk mendapatkan ayah kamu.." Puan Han menjelaskan apa yng ditulis dalam surat itu.

"Siapa dia berani nak bunuh kita?! aku akan bunuh dia sekarang juga!" diri Min young tak dapat mengawal kemarahannya, Puan Han memeluk Min young dengan erat agar tak membuat keputusan terburu-buru. "Kenapa dia tak berita...hu..." air matanya mengalir laju.

"Wahh...hebat anak mama ni..kamu patut buat teruk lagi" teruja Puan Oh selepas mendengar berita tentang bekas suaminya. "Betul tu..saya akan mula buat rancangan esok.." ujar Min soo. "Kamu patut buat demi mama, semua salah dia tinggalkan kita...duit untuk kamu yang makahmah tetap pun dia tak bagi kamu. lagi-lagi adik-beradik kamu sendiri" perli Puan Oh. "Saya akan minta kerjasama dengan kawan saya...tapi saya pelik dengan mereka" ragu Min soo memikir. "Kenapa? mereka tak suka?" tanya Puan Oh.

"Bukan...tapi selama saya kenal Min young pun tak pernah jumpa lagi ibubapa dia..lagi-lagi Jihye" jawab Min soo hairan. "Mungkin belum masanya kot...hmm..dah lah tak payah risau tentangnya, biarlah mereka sendiri yang beritahu kamu tentang rancangannya.." kata Puan Oh sambil membelai rambut Min soo, Min soo hanya tersenyum mengangguk.

Min soo bersembang dengan kawan-kawannya melalui applikasi chatt,

"Hey! kawan! aku mahu bagi misi untuk kamu berdua" kata Min soo

"Misi? bila?" tanya Min young

"Betul ke..untuk kamu Min soo?" tanya Jihye

"Yalah.. sapa lagi... esok lah.. aku mahu lakukan sesuatu esok.."jawab Min soo.

"Ok lah... aku boleh tolong" kata Min young.

"Betul kata Min young.. aku setuju.." kata Jihye.

"Terima kasih kawanku! muahh.." teruja Min soo.

"Dia dah mula dah..kita abaikan saja" gurau Min young.

"Ok.. jom kita tidur" balas Jihye.

"Kamu ini! tunggu lah.." marah Min soo.

Keesokan harinya, pukul 7 pagi, Min soo dan kawan-kawannya memakai pakaian hitam bertopeng mulut agar tidak dikenali oleh orang sekeliling di kawasan rumah Encik Kim. "Kamu berikan arahan apa yang kami kena buat.." kata Min young bersedia untuk melakukan sesuatu.

"Ok..kamu kena berhati-hati jangan sampai lakukan kesalahan.." nasihat Min soo cuba menyakinkan kawan-kawannya. tak lama kemudian mereka telah pun menyelesaikan misi tanpa lakukan kesalahan. "Kamu sempat tutupkan cctv kat rumah tu?" tanya Jihye kerisauan.

"Mestilah sempat.. kita semua dah selesaikan dengan cepat.." Min soo bersikap seolah-olah tiada apa yang akan berlaku. "Mujurlah kamu ambil peluang yang tepat kalau tidak..mungkin ada seseorang dalam rumah tu" kata Min young.

Tiba-tiba perut mereka berbunyi ketika dalam perjalanan pulang. "Hei..kita tak makan pun sarapan lagi..apa kata kamu belanja untuk misi tu?" tawar Min young tersenyum. "Yalah..jom jom pergi makan.." keluh Min soo, Min young dan Jihye ketawa terkekek-kekek.

2 minggu kemudian..

'berita tersebar tentang kejadian berlaku di kawasan perumahan orang kaya, salah satu rumah agam bernombor 554 didapati kerosakan harta benda seperti kereta, pokok bunga yang dicintai isteri tuan rumah, barang-barang berharga di dalam rumah itu turut dirosakkan oleh beberapa orang penceroboh, pihak berkuasa tidak dapat mengesan penjenayah itu, terpaksa kes ini ditutup buat sementara waktu'.

"Sruppp..sedapnya sup ni.." nikmat Min young sambil mendengarkan berita yang dipasang di Tv kedai makan itu. Min soo berasa sangat puas melakukan itu, Puan Oh manghantar mesej kepada Min soo dengan bangga 'Syabas anak ku'. "Haa.. macamana dengan ayah kamu berdua pula?" tanya Min soo perlahan.

dan mereka berdua tersedar, terdiam. "Kenapa kamu diam? bukan ke kamu pun nak..." belum sempat Min soo bercakap. Jihye bangun berlalu keluar dari kedai itu. "Jihye? kenapa dengan dia?" tanya Min soo kehairanan. "Jom kita ikut dia" kata Min young.

"Jihye! kamu berhenti disitu!" jerit Min soo dari jauh sedang mengejar Jihye. Min young sempat menarik tangan Jihye "Kenapa kamu larikan diri?" tanya Min young. "Tak ada apa-apa..lepaskan aku..aku ada hal dirumah" Jihye melepaskan tangan Min young dengan kuat, Jihye pun melintas jalan raya padahal lampu isyarat penjalan kaki masih merah. "Jaga-jaga Jihye!" jerit Min soo dengan kuat. sebuah kereta sedang memandu laju ke arah Jihye,

"TIDAK!!!"