Di Hospital, keadaan menjadi huru-hara disebabkan Min young mengalami cedera ringan manakala Jihye belum dipastikan, mereka terus dikejarkan ke Hospital seoul.
Min soo kehulur-kelilir kerana cemas tak dapat menyenangkan diri, Doktor pun keluar dari bilik kecemasan, "Cik kawan kepada Min young dan Jihye?" tanya Doktor.
"Ya.. aku kawannya..macamana keadaan mereka?" cemas Min soo. "Sebenarnya...Jihye mengalami cedera teruk, kerana...tangan kirinya dapat 17 jahitan " ujar Doktor. Min soo terkejut hampir pengsan.
Air mata Min soo mula mengalir, "Kenapa perkara ini boleh berlaku antara mereka berdua? kenapa bukan aku?" bisik hatinya.
Melangkah demi langkah mendekati 2 orang kawan kesayangannya dengan hati sangat kecewa dan sedih yang sedang terbaring atas katil dalam keadaan tubuh yang membalut, hati Min soo tak sanggup menerima dugaan yang menimpa kepada kawan - kawannya.
Min soo sangat mengharap agar kawan-kawannya dapat terus hidup dengan baik dalam keadaan yang mereka alami ketika ini, belum lama lagi Min soo berkawan dengan mereka, bayangkan persahabatan mereka terus terkait tanpa mengira keperibadian masing-masing.
bayangkan macamana jika salah satu dari mereka sudah tiada, macamana perasaan itu? sanggupkah mereka menghadapinya?. Min soo tak sanggup melihat kawan-kawannya dalam keadaan seperti itu, dia mengengam tangan Jihye seolah-olah tak mahu melepaskannya meskipun dia mati.
"Min soo... Jangan lah menangis" kata Jihye tersedar lalu memegang pipi Min soo sedang menangis. "Aku tak sanggup melihatmu..kenapa kamu melarikan diri seperti itu?" kata Min soo tersedu-sedu. Air mata Jihye mengalir laju tanpa dirinya sedar,"Aku...sebenarnya aku tak sanggup menipu kalian berdua, aku ingin bersama kalian selama aku hidup.. tapi aku takut kamu akan meninggalkan aku jika aku berkata benar." jawab Jihye mengengam tangan Min soo. "Kenapa kamu cakap macam tu?" tanya Min soo hairan dengan kata-kata Jihye.
"Kerana...aku memerhatikan kalian selama ni bukan untuk membalas dendam aku tapi aku ingin hidup dengan kalian walaupun aku ada kenangan sangat pahit dengan kalian tapi aku sudah tak mempunyai ibubapa...adik-adik aku pula bersikap seolah-olah aku bukan kakak mereka.." Jihye menjelaskan hidupnya yang kini.
"Kenapa kamu tak beritahu dari awal? aku ingat mahu menolong kamu membalas dendam untuk ayah kamu" kata Min soo dengan kecewanya. "Maafkan aku..Min soo.." ujar Min young yang tiba-tiba berada dihadapan mereka. "Kenapa kamu minta maaf kat aku?" tanya Min soo kehairanan.
"Aku juga seperti Jihye..Ayah aku baru sahaja meninggal 3 hari lepas..tapi ayah aku bukan lah kejam yang aku sangka selama ni" kata Min young menahan tangisan. hati Min soo mula rasa sedih dan lemah, 'Kenapa perkara ini hanya berlaku kepada mereka setelah mengalami kemalangan...mengapa tiada satu pun yang berlaku kepada Min soo, itu lah takdir yang menanti kita walaupun berbeza-beza dugaan yang akan datang'.
Di Rumah Min soo, Min soo pulang dalam keadaan kecewa yang amat tidak disangka-sangka, Puan Oh mendapat tahu anaknya sudah pulang ke rumah lalu mendekati anaknya itu, "Sayang...kenapa ni?" tanya Puan Oh. "Omma..ada sesuatu sedang berlaku tak dapat saya sangka selama ni, kenapa kawan saya hanya dapat berita yang tak dapat mereka hargai selama hidup mereka.." nangis Min soo menutup mukanya.
"Mama tahu...dugaan setiap manusia ada yang tak sama dengan kita...kita patut terimanya.." jawab Puan Oh. "Boleh kah aku berhenti membalas dendam? aku tak mahu sesuatu yang buruk berlaku antara kita.." kata Min soo mengilap tangisannya. "Sudah tiba masanya kamu berhenti menambah dendammu terhadap ayah kamu.. dendam kamu buat haritu sudah cukup buat mama.. biarlah mereka hidup tenang tapi kita pun kena teruskan hidup dengan gembira" senyum Puan Oh memeluk Min soo degan kasih sayangnya.
'Tengok muka ibu saja sudah membuat hati aku rasa tenang dengan kata-kata ibu... aku harap lepas ni tak ada apa-apa yang membuat aku rasa mula mendendam kat ayah, aku juga mengharap ibu dapat hidup dengan seseorang setia mencintai ibu..aku tahu jodoh ibu dengan ayah aku tidak panjang seperti yang aku harapkan.. lepas ni aku nak mula berazam untuk diri aku juga, sudah lama aku tak masuk universiti sejak aku menjadi manager BTS dengan Min young..
aku dah macam tak berani nak jumpa Min young dan Jihye esok di Hospital, aku takut...aku tak tahu apa yang aku takut dari mereka.. aku kena pujuk diri juga untuk berjumpa mereka walaupun apapun yang terjadi kerana mereka adalah kawan yang paling aku sayang selama ni.'
Keesokan harinya, Min soo dalam perjalanan menuju ke Hospital untuk melawat Min young dan Jihye, Min soo perlu pergi ke kedai buah-buahan untuk jadikan buah tangan kepada kawan-kawannya. seseorang yang memakai pakaian hitam pun menuju ke kedai yang Min soo mahu kunjungi di depannya. setelah melangkah masuk dalam kedai itu, Min soo mencari buah yang kawannya suka tetapi dia tak tahu apa yang kawan - kawannya suka.
Ada 2 bakul buah-buahan dibalut dengan cantik, hati Min soo rasa teruja, tangan dan kakinya menuju ke arah bakul buah-buahan itu namun seseorang itu mengambil sebakul itu secara tiba-tiba didepannya.
"Hey! aku perlukan satu lagi bakul buah tu!" kata Min soo memanggil seseorang itu. seseorang itu pun menoleh ke arah Min soo dan Min soo terbeliak, terkejut kerana dia mengenali seseorang itu.
"Kamu rupanya...Nuna.." kata Jimin senyum. "Jimin?..apa yang kamu buat disini?" tanya Min soo terkejut.
"Aku ingin membeli sesuatu untuk seseorang.." jawab Jimin menunjuk sebakul buah - buahan kepada Min soo. "Untuk seseorang? siapa?" tanya Min soo hairan. "Nuna ingin tahu? tapi apa yang Nuna buat disini? beli sesuatu?" tanya Jimin. "Sebenarnya...aku ingin beli 2 bakul itu untuk kawan-kawan aku tapi kamu sudah mengambilnya, jadi tak mengapa" senyum Min soo.
"Oh yaka... aku ingin beli untuk Nam joon Hyung di Hospital" jawab Jimin senyum. "Apa? apa dia sakit?" risau Min soo. setelah selesai membeli barang yang diperlukan, Jimin menarik Min soo masuk ke dalam Van nya tetapi Min soo dengan tegas menolak tawaran Jimin. "Nuna..masuklah.. kamu juga dalam perjalanan ke Hospital kan" ujar Jimin.
"Tak mengapa kah aku melakukan tu?" Min soo rasa serba salah kerana menyusahkan Jimin. Jimin segera menghulur tangannya untuk mengajak Min soo naik bersama ke Hospital, senyuman Jimin membuatkan Min soo rasa tiada apa-apa masalah lalu menerima tawaran Jimin.
Di Hospital, Min soo ingin melawat RM, Jimin tak sanggup menolak permintaan lalu membawanya ke wad RM. "Hello? apa khabar? Hyung...lihatlah siapa datang!" ucap Jimin. "Hello...apa khabar?" sapa Min soo kepada semua Member dalam bilik itu. "Wahh...Nuna datang lah" teruja Jhope.
"Eh...macamana Nuna datang ke sini?" tanya RM fikir.
"Maafkan aku...aku sebenarnya ada urusan di sini juga tapi aku ambil kesempatan untuk melawat kamu semua setelah lama tak berjumpa" jelas Min soo senyum. "Ada seseorang ke di hospital ini?" tanya V. Min soo mengangguk-angguk.
"Nuna Min young alami kemalangan kecil dan seorang lagi kawan Nuna alami kecederaan teruk" Jimin mejelaskan kejadian yang berlaku semalam. Semua Membernya terkejut. "Boleh kah aku melawat Nuna Min young?" tanya Jungkook tiba-tiba. "Ya.. aku perlu pergi sekarang juga" jawab Min soo melihat jam tanganya.
Semua Member BTS turut bangun satu sama lain kecuali RM terbaring atas katil. "Hey! aku nak ikut juga!" jerit RM. "Sorry.. kamu patut banyak rehat, tak boleh banyak berjalan.." gurau Suga. "Betul kata suga hyung, jom kita pergi sekarang...dimana wad Nuna Min young." kata Seokjin, semua pun keluar dari bilik itu kecuali Min soo yang rasa tak sanggup tinggalkan RM seorang diri.
"Hai Nuna!.." sapa Jimin. "Eh.. apa yang kamu buat disini?" tanya Min young terkejut. "RM hyung kemalangan.." ujar Jungkook. Min soo menolak kerusi roda RM menuju ke arah Min young. "Hey! kamu semua sanggup tinggalkan ketua kamu sendiri!" marah RM dengan kecewa dan Min soo membuat muka marah. "Sorry..." kata Member BTS serentak. katil Jihye kelihatan kosong, Min soo mula rasa risau, "Min young? di mana Jihye?" tanya Min soo.
"Aku pun tak tahu di mana dia..lepas aku sedar dari tidur, aku tengok Jihye dah tak ada disebelah aku" jelas Min young risau. "Tunggu sini..aku nak pergi cari Jihye" kata Min soo menolak kerusi roda RM ke samping Min young. "Aku ikut!" Jimin mengikuti Min soo dari belakang.
"Jihye!....Jihye!...." panggil Min soo risau mencarinya merata tempat dikawasan hospital itu. Jimin menolong Min soo mencari Jihye bersama-sama, tiba-tiba tindakan Jimin terhenti ketika, "Nuna! betul ke dia mirip Jihye?" tanya Jimin menunjukkan jarinya ke arah seseorang itu yang duduk atas bangku di taman permainan milik hospital itu. Min soo kelam kabut mengejar Jihye, namun motor tengah laju menuju ke arah Min soo mahu melintas jalan lalu Jimin menarik Min soo ke pelukannya.
"Hei pakcik! jangan bawa laju di kawasan hospital!...Ehh kamu ok?" risau Jimin memeriksa keadaan Min soo. "Aku ok... aku perlu kejar Jihye" suara Min soo tergetar-getar kerana kejadian tadi. "Min soo?!" jerit Jihye melari menuju ke arah Min soo sambil memeluknya.
"Min soo...maafkan aku... aku tak sanggup lakukan ini" Jihye mula menangis di pelukan Min soo. "Aku ada untuk kamu..jangan lakukan itu...berjanjilah dengan aku, sentiasa bersama aku dengan Min young" Min soo mengeratkan lagi pelukannya kepada Jihye.
Min soo dan Jihye menyenangkan diri di bangku taman permainan, "Nah..ini minuman untuk kamu berdua" senyum Jimin baru sahaj membeli air di lobi hospital. "Terima kasih Jimin..." ucap Jihye. "Macamana keadaan kamu?" tanya Jimin cuba mengembirakan Jihye dari muka yang sedih. "Aku baik-baik saja.." senyum Jihye lalu memandang Min soo sedang memerhatikan kanak-kanak bermain dengan senorok.
"Min soo...aku ingin bersama dengan kamu sepanjang hidupku kerana aku tak punya sapa-sapa selain Min soo dan Min young" Jihye mengengam tangan Min soo. "Boleh....jangan lah cakap macam tu lagi.. janjikan" Min soo mengangkat jari janjinya ke Jihye lalu gabungkannnya. Jimin tersengih melihat gelagat mereka buat pertama kalinya didepan mata.
2 tahun kemudian.. "Jihye! jangan percik kat aku!" jerit Min soo. Jihye sedang memercikkan air ke arahnya. "Hahaha...rasakan.." gurau Min young. "YAAAAA!!!" V dan Jungkook memercikkan air ke arah Min Young dengan kuat. "Arhhh! kamu ini! sini aku lurahkan" jerit Min young mengejar mereka.
"Makanan dah siap!" kata Seokjin baru sahaja selesai memasak. mereka pun keluar dari laut untuk pergi makan, saling menolak-tolakkan satu sama lain sehingga Jimin terlanggar Min soo terjatuh, "Ehh...kamu ok tak?" tanya Jimin cuba membangunkan Min soo, tiba-tiba Min young menolak Jimin jatuh di tepi Min soo, "Hahaha...kita berjaya!" teruja Min young menepuk-tepuk tangan satu sama lain.
"Ya tuhan!...mereka ni" keluh Jimin berbaring tubuh atas pasir pantai. Min soo tertawa terkekek-kekek. "Biasalah mereka kan...hehe" kata Min soo pun baringkan tubuhnya atas pasir. "Pemandangan ini indah kan.." ujar Jimin memejamkan matanya. "Hey! Jimin! Min soo! kamu tak nak makan ka?!" jerit Seokjin dari jauh. "Hyung ni bising betul!" keluh Jimin menutup mukanya. "Hahaha....Jom pergi makan.. nanti kita nak main lagi" tawa Min soo menarik tangan Jimin.
Tamat...