Chereads / Sebuah Takdir ( BTS ) / Chapter 6 - Jangan Jatuh Cinta

Chapter 6 - Jangan Jatuh Cinta

Sejak kejadian semalam Min soo tidak menjelaskan kejadian itu pada Puan Oh dan Min young kerana terlalu terkejut dan hanya berpura-pura tidak tahu keberadaan abang dan kakaknya kepada Puan Oh. "Min soo? bukan kamu kerja harini?" tanya Puan Oh. "Ya mama.." jawab Min soo sambil mengosok matanya yang baru bangun.

"Tunggu lah kakak..aku akan lakukan sesuatu yang buruk kerana kalian berdua mengkhianati ibu dan adik sendiri untuk kembali ke pangkuan ayah!" jerit Min soo dalam hati sambil mengemas meja solekannya.

Di Bighit, tinggal beberapa hari lagi Min soo dan Min young akan berhenti kerja disitu namun masih belum mendapat penjelasan dari Jimin. mereka hanya melakukan tugas seperti biasanya. Jimin melihat Min soo sedang menguruskan pakaian member lain, dia tahu tinggal beberapa hari lagi mereka berdua akan berhenti kerja tetapi dia ingin beritahu sesuatu kepada Min soo.

Min soo pula sering memikir kejadian semalam, dia rasa bersalah kerana menipu ibunya, mungkin ibunya akan bantu mencari abang dan kakaknya, dia cuba menahan kemarahan dirinya yang hampir hilang kawalan disebabkan kejadian itu.

"Nuna? apa kamu baik-baik?" tanya Jungkook yang tiba-tiba ada didepannya. "Oh...ma..af.." belum sempat lagi Min soo menghabiskan ayatnya. "Min soo? jom kita pergi makan..oh? maaf" kata Min young menuju arah Min soo lalu dia membongkok kepada Jungkook.

"Tak apa-apa.. pergi la makan dulu, selamat menikmati makanan" ucap Jungkook lalu pergi dari situ. Min soo dan Min young memandang satu sama lain. "Mungkin dia..." Min soo mengambil kesempatan untuk menekup mulut Min young dan menyeret Min young pergi dari situ.

"Kenapa kamu tak nak begitahu apa yang terjadi semalam tu" tanya Min young merasa risau dan ingin tahu apa yang terjadi. "Tak ada apa..." jawab Min soo sedang menikmati makanannya. "Memang rugi lah kalau aku tak ikut masuk sekali tengok apa terjadi kalau kamu tak nak bagitahu!" marah Min young berpaling muka ke arah lain.

"Nantikan saja" kata Min soo. ini membuat Min young semakin geram dengan kata-kata Min soo. "Kamu pula macamana dengan ayahmu?" tanya Min soo secara berterusan. Min young memikir seketika, "Aku pun tak tahu macamana keadaan ayahku terutamanya abang - abangku" jawab Min young menyilangkan tangan ke dada dan merapatkan tubuh ke kerusi.

"Nantikan saja kejadian tu dan kamu tak perlu risau okay?" jawab Min young perli kerana kelakuan Min soo tadi. "Aku dah agak kamu akan bercakap macam tu..." kata Min soo tersenyum nipis. "Min young...Faham-faham saja, aku akan beritahu bila masa sesuai nanti. sabar je la" kata Min soo tertawa kecil dan Min young pun tertawa.

Member BTS sedang berlatih di bilik latihan untuk persembahan musik bank kali ni pula, mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk melakukan persembahan dengan baik.

"Jimin? macamana dengan 2 Manager baru kita tu, kenapa dengan kau sejak kebelakangan ni?" tiba-tiba Leader RM bertanya selepas sedar sejak kebelakangan Jimin kelakuan pelik kepada Min soo dan Min young daripada orang lain yang biasanya akan membuat seseorang itu selesa dengannya.

Jimin terkejut, tak tahu apa perlu menjawab pertanyaan ketuanya, "Maafkan aku...aku pun tak tahu apa perlu cakap" jawab Jimin dengan serba salah.

"Kamu ada masalah dengan mereka ka?" tanya Jhope. "Bukan macam tu.." jawab Jimin. "Habis tu kenapa kamu tak macam biasa dengan orang lain?" tanya Seokjin. suasana disitu menjadi kecoh, member-membernya mereka hairan dengan kelakuan Jimin dari sebelumnya, Min soo pun datang didepan mereka dengan membawa snek-snek kegemaran mereka, bayangkan member-member BTS mesti mahu bertanya banyak soalan tentang masalah Jimin tetapi mereka semua turut mendiamkan diri untuk tidak menjadi masalah besar kerana hal itu.

"Maaflah, susu pisang tadi kehabisan stok kat kedai aku beli snek tadi." Min soo menjelaskan agar mereka tidak mencari-cari dalam beg plastik yang dibawanya.

"Tak apa-apa...itu memang sering berlaku kan semua?"kata Suga cuba menyakinkan member-membernya. Min young pun datang menuju ke arah mereka dengan membawa minuman, "Maaf..aku lambat" Min young tersenyum manis.

Setelah beberapa minit mereka semua selesai menikmati snek mereka, Min soo dan Min young mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah agar tidak menganggu member BTS berlatih namun tangan Min soo dipegang oleh Seokjin, "Kamu mahu pergi mana?" tanya Seokjin.

"Kami mahu pulang agar aku tidak menganggu kalian berlatih" jelas Min soo. "Tak apa-apa... kamu boleh duduk disini kalau tak nak pulang.." kata Seokjin. Min soo dan Min young kembali duduk di tempat mereka duduk tadi.

Min soo memerhatikan Jimin sedang berehat sedikit sebelum mula berlatih, beberapa saat Jimin pun memandang ke arahnya, saat itu lah mereka sedang memerhatikan satu sama lain walaupun hanya sekejap kerana malu untuk menatap lama.

"Jom kita mula berlatih cepat! sebelum kita pulang.." Kata RM kepada member-membernya. kedengaran musik dimainkan dalam lagu 'Boy with Luv', Tarian mereka membuat Min soo terpesona terutamanya Jimin menyanyi dengan sangat baik tanpa memikirkan masalah 2 managernya, ini membuatkan Min soo dan Min young ingin ikut menari bersama mereka.

Secara tak disangka-sangka suasana itu menjadi tragedi, Jimin tersandung kaki V hingga jatuh dan Jimin mengadu kesakitan "Kamu okay?!" risau Jhope cuba membangunkan Jimin. "Ni dah teruk" V periksa lutut Jimin dan cuba menyentuh bahagian lutut itu.

"Aduhh..ni agak sakit" adu Jimin. "Biar aku bawa Jimin ke bilik rawatan" kata Min soo memegang tangan Jimin lalu meletakkan atas bahunya dan membawa pergi dari situ.

Di Bilik rawatan, Min soo menunggu Jimin disampingnya kerana doktor sedang memeriksa lutut Jimin. "Lutut kamu tak teruk sangat cuma kamu kena berehat seminggu sebelum mula berlatih" kata doktor selepas memeriksa keadaan Jimin.

"Macamana dengan esok?" tanya Min soo risau kerana dia tahu esok adalah hari yang paling penting bagi mereka. "Kita tak boleh paksa dia untuk melakukan tu.. jika tidak, boleh menjadi lebih teruk daripada kita sangka" nasihat doktor.

"Baiklah.. kamu boleh pergi" jawab Jimin, doktor pun pergi dari situ. Min soo terduduk atas kerusi yang berada di sampingnya, dia merasa sangat risau tentang keadaan Jimin untuk esok. "Nuna? jangan lah risau aku boleh lakukan" kata Jimin.

"Tidak..kamu tidak boleh melakukan tu, tapi percaya lah padaku apa yang paling penting jagalah kesihatan kamu" Min soo betul-betul rasa risau dengan keadaan Jimin. Jimin tersenyum manis "Baiklah".

Tak lama itu mereka mahu ke bilik latihan tetapi Jimin tiba-tiba memegang tangan Min soo membuatkan tindakan Min soo terhenti, "Min soo? apa benar-benar mahu berhenti kerja sini?" tanya Jimin.

Min soo terdiam seketika, "Jika tu benar kemahuan kamu, aku dengan Min young akan berhenti" jawab Min soo. "Maafkan aku...aku ingin beritahu sesuatu kepada kamu, selama ni aku tak tahu kenapa kelakuan aku lain dari sebelumnya sejak aku tahu kamu penyelamatku...kerana..." Jimin mengengam erat tangan Min soo. "Kerana apa?" tanya Min soo hairan.

"Kerana aku mencintaimu sejak aku ternampak kamu di kedai sarbaneka, aku tak sangka aku akan berjumpa kamu sekali lagi" kata Jimin dengan muka hampir menangis. Min soo juga terkejut, tak sangka perkara ini boleh terjadi dalam kehidupannya, "Aku mungkin akan bersama kamu jika kamu bukan artis tapi tengok lah keadaan diri kamu sekarang, kamu artis terkenal.. jadi berusaha lah untuk tidak mencintaiku, satu hari nanti pasti kita bertemu haluan masing-masing.." jawab Min soo melepaskan tangan Jimin dengan perlahan lalu menuju ke arah pintu, sebelum melangkah keluar, Min soo menoleh.

"Maafkan aku, aku tak dapat membalas cintamu...tapi terima kasih untuk segalanya" kata Min soo sambil membongkok lalu pergi meninggalkan Jimin, air mata Jimin mula mengalir, dia menutup mukanya dan menangis kepuas-puasnya. beberapa minit kemudian Jimin cuba hubungi RM untuk menjemput dirinya pulang ke rumah.

"Di mana Nuna Min soo?" tanya RM menarik tangan Jimin ke atas bahu untuk pulang ke rumah. "Dia ada hal mustahak, jadi tak apa-apa lah aku ok" jawab Jimin.

"Tapi kenapa dengan hidung kamu kemerahan? kamu menangis?" tanya Jhope hairan. "Tak ada apa-apa... lutut aku sakit sangat, mungkin sebab tu" jawab Jimin dengan perlahan. Jungkook rasa hairan, selalu nya Jimin tak seperti itu sebelumnya, Dia akan baik-baik saja tapi memang sering berlaku selepas persembahan, dengan suasana macam ni lain sikit dari sebelumnya sejak ada Manager Min soo dan Min young.

"Min soo! kenapa kamu pulang sendirian!" jerit Min young berlari menuju arah Min soo. "Maafkan aku, ada sesuatu berlaku antara aku dengan Jimin.. sebab tu aku hubungi kamu agar boleh tenangkan fikiran dari masalah tu.." jawab Min soo. Min young membuat muka risau.

"Tak sangka boleh terjadi macam-macam dalam hidup kamu selama 2 hari ni" Min young cuba menenangkan Min soo.

"Tak apa-apa.. kamu jangan lah risau" kata Min soo dengan muka masih keliru dengan kejadian sedang berlaku masa ni. "Wah! tu kedai ramen baru dibuka, jom kita makan kat situ!" Min young menarik tangan Min soo membuatkan Min soo tersengih dengan kelakuan kawannya yang mudah terhibur dan membuat dia asyik fikir masalah tu hilang entah kat mana.

"Wah ni ramen kegemaran aku lah! jom kita makan" ajak Min young. "Yalah..jom!" jawab Min soo tersenyum.

Di Rumah Min soo, "Jom kita layan movie malam ni.." Min soo melabuhkan punggung di atas sofa lalu menekan punat kawalan TV, "Nah..minuman yang kamu suruh ambil tadi, malam ni ada movie apa?" kata Min young melabuhkan duduk di samping Min soo. "Entahlah aku pun tak tahu..hahaha" gurau Min soo.

"Cis! kamu ni!" Min young mengambil bantal lalu memukul Min soo berkali-kali tapi Min soo hanya ketawa terkekek-kekek. "Mama sudah pulang.." ucap Puan Oh. "Omma!" jerit Min soo berlari menuju ke arah ibunya kerana dikejar oleh Min young.

"Ya tuhan!..anak-anak aku ni..." ucap Puan Oh mengeluh kasar, tanpa memikir Puan Oh mengambil bantal lalu menatap ke arah Min soo dan Min young dan mereka mula merasa ketakutan, "Lari!!" jerit Min soo dan Min young serentak. mereka pun meletakkan tubuh atas katil, nafas mereka tercungkap-cungkap kerana kepenatan bermain tadi.

"Harini hari yang paling seronok.... tanpa dengan kehadiran Min young pasti tak macam ni kan mama?" kata Min soo ketawa. "Ya sayang... kan bagus kalau macam ni selalu" jawab Puan Oh tersenyum. Min young rasa sangat tenang melihat gelagat 2 beranak itu.

"Terima kasih untuk segalanya, aku ingin bersama mereka untuk waktu yang lama, kerana aku tahu aku mungkin akan meninggalkan mereka jika dendaman ibuku tidak tertunai yang aku pernah janjikan kepada ibu selama ni" bisik hati Min young lalu memejam matanya, air matanya mengalir perlahan, melihat 2 beranak itu sedang nyenyak tidur. senyuman Min young sudah terukir diwajahnya...