Tinggal 2 hari lagi sebelum Min soo dan Min young berhenti kerja di Bighit, Min soo ingin pergi ke bilik pengarah tapi hatinya terasa sangat berat untuk berhenti kerja sini, Min young pun sama rasa keberatan untuk lepaskan kerja ini, dia tahu penjanjian itu bukan lah untuk tetap kerja disini selama-lamanya tapi janji yang mereka perlu tunaikan kepada ibu mereka, mereka sudah terbiasa dengan kerja ini, demi menjaga identiti masing-masing, Min young mengengam tangan Min soo untuk menyenangkan diri bersama-sama, beritahu kepada pengarah syarikat itu, mahu berhenti kerja.
sebaik sahaja mereka masuk ke bilik pengarah itu, member BTS semua ada disitu.Mereka terkejut melihat Jimin berada disamping pengarahnya, "Jangan-jangan Jimin beritahu pengarah kejadian itu!" bisik hati Min soo.
"Hey! apa kamu buat disini? mahu beritahu sesuatu?" tanya pengarah itu. "Sebenarnya...." Min soo sempat menyiku Min young. "Maafkan kami....kami tersilap masuk" jawab Min soo menarik tangan Min young pergi dari situ. Member BTS dan Pengarah turut Hairan dengan 2 manager baru mereka, Jimin rasa sungguh bersalah dengan kejadian semalam, "Maafkan aku hyung.. aku ada hal sebentar" kata Jimin lalu meninggalkan bilik itu.
Jimin mencari Min soo di merata tempat tetapi yang ditemuinya hanyalah Min young, dia ingin bertanya Min soo berada di mana, dia takut Min young akan mencurigai kelakuannya, kerana terlalu risau dia pun terus tanya kepada Min young tanpa memikir situasi akan berlaku nanti. "Nuna... Nuna Min soo ada kat mana?" tanya Jimin.
"Ha! mungkin dia...ada kerja sikit...maafkan aku, aku tak tahu kerana ada tugas tadi" jawab Min young. Jimin hanya mengangguk-angguk kepalanya. "Oh..aku ada kerja sekejap.." kata Min young meninggalkan Jimin di situ. Jimin balik semula dengan hati sangat gelisah sambil mengosok mukanya, "Ahh!...aku...Aduhh!" tiba-tiba Jimin terlanggar Min soo dan hampir terjatuh, Jimin sempat memeluk Min soo, membuat Jimin semakin jatuh cinta kepada Min soo, mereka berdua saling menatap satu sama lain.
Tak lama itu Min soo tersedar lalu bangun, mereka berdua terasa malu satu sama lain. "Maafkan aku...aku tak tengok jalan betul-betul" kata Jimin sambil membongkok.
"Tak apa-apa...aku pergi dulu" belum sempat Min soo melangkah dari situ Jimin menarik tangan Min soo perlahan-lahan. "Maafkan aku...kamu boleh kerja disini seperti biasa, jangan risau... aku takkan bagitahu sapa-sapa kejadian tu" kata Jimin tapi Min soo tak akan mengambil mudah untuk berkerja semula kerana dia dengan Min young ada rancangan selepas berhenti kerja.
"Tak apa-apa.. aku dan Min young kena berhenti kerja juga..Maafkan aku" jawab Min soo terus pergi. Min young tak sengaja menyaksikan kejadian di antara Min soo dan Jimin. "Mereka benar-benar ada masalah ya?" bisik hati Min young sedang memikir kecurigaan antara mereka berdua.
Min soo dan Min young dalam perjalanan pulang tapi mereka berjalan berasingan dari belakang dan depan, Min soo kelihatan terganggu fikirannya. "Min soo-ah!" jerit Min young dari belakang. "Kenapa?" tanya Min soo. "Betul kamu dengan Jimin ada masalah?" tanya Min young hairan. Min soo terdiam, kakinya cuba melangkah ke belakang dan Min young memegang bahu Min soo.
"Min soo? kenapa tak nak beritahu?" Min soo masih tidak mengendahkan kata-kata Min young. "Hey! kalian!" jerit seseorang tiba-tiba muncul dihadapan mereka dan mata mereka berdua membulat seolah-olah mereka mengenali orang itu, Min soo menolak Min young ke belakangnya.
"Apa yang kamu nak ha?!" marah Min soo cuba menlindungi Min young.
"Kenapa? takut? hahaha... tak sangka kamu berdua berjumpa.." kata seseorang itu. "Apa?!!" jerit mereka serentak. "Selama ni aku sering perhatikan kamu berdua, aku nak tengok macamana besarnya dendam kamu berdua.. hahaha..aku suka sangat..." kata seseorang itu dengan senyuman jahatnya.
"Min soo? kamu kenal dia juga ke?" tanya Min young yang berada belakangnya. Min soo menangguk-angguk.
"Jihye.. apa kaitannya perkara itu dengan kamu?". "Hey!! jangan buat-buat lupa pula" marah Jihye mengengam tangannya rasa geram. "Habis tu? kamu siapa?"tanya Min soo hairan. "Errhh kamu ini!! aku adalah kawan kamu sejak kecil! kamu yang mengejek dan membuli aku kerana ayah aku dulu macam kamu berdua!" geram Jihye.
Mereka terkejut dan terduduk atas jalan, mereka memandang satu sama lain, "Inikah balasan aku dapat kat kamu, Jihye? aku....tak sangka boleh terjadi macamni lepas aku lakukan benda jahat kat kamu sejak 8 tahun lalu" kata Min soo menyesal, air mata Min young mengalir
"Maafkan aku Jihye...maafkan aku..."Min young menangis teresak-esak. Jihye masih berdiri dihadapan mereka, hatinya juga ingin menangis bersama tetapi dia tahan, tak akan memaafkan diri mereka yang pernah lakukan kepada dirinya yang dulu.
"Inilah balasan mereka, aku lega melihat mereka mengalami situasi seperti mana keadaan aku yang dulu" bisik hatinya. "Jihye...tolong maafkan aku..maafkan aku..." rayu Min soo sambil menangis teresak-esak. "Lihat...macamni lah keadaan aku dulu, walaupun aku baik dulu tapi aku sanggup bertahan sebanyak mana ibuku lalui" Jihye cuba menahan tangisannya.
"Dulu aku juga sangat ingin berkawan degan kalian tapi....."Jihye tak tahan lagi menahan tangisannya. "Maafkan aku....." rayu Min young menunduk ke atas jalan. "Aku juga ingin membalas dendam kat ayah aku, tapi aku tak sehebat kamu berdua" kaki Jihye mula rasa lemah lalu terduduk atas jalan.
"Jihye?...apa kata kita sama-sama melakukan tu?" Min soo cuba memberanikan diri untuk memujuk bergabung dengan perancangannya. Jihye terkejut, tak menyangka mereka masih ingin menolong dirinya setelah mereka melakukan hal jahat kepadanya ketika dulu. tapi masihkah Jihye akan menerima mereka semula?
Di Rumah Min soo, "Omma! aku dah balik" ucap Min soo menuju ke dapur. Min soo dan Jihye masih ada dengannya "Sayang...ni sapa? kawan ke?" tanya Puan Oh. Min soo dan Min young terdiam ketika. "Ya...aku kawan mereka" jawab Jihye, mereka terkejut kecuali Puan Oh. "Oh! Min soo! mama dah jumpa alamat abang dan kakak kamu" kata Puan Oh baru sahaja teringat.
Tindakan Min soo terhenti sambil mengengam bajunya. Puan Oh memberikan kertas yang ditulis alamat abang dan kakaknya namun Min soo menolaknya, "Kenapa? kan kamu kata tak jumpa alamat mereka.." Puan Oh cuba mengingatkan. "Sudahlahh...saya tak nak tegur mereka lagi.." jawab Min soo mengeluh kasar. Puan Oh kebinggungan tanpa berfikir panjang dia akan berjumpa dengan mereka sendiri.
"Omma! ini alamat palsu..omma..usah lah tegur mereka" jelas Min soo. "Mereka adik-beradik kamu!", "Tidak! mereka dah lama ada kat pangkuan ayah!" kata-kata itu tetiba keluar dari mulut Min soo. mereka semua terkejut dengan kenyataan Min soo. Min soo menutup mukanya, dia berasa serba salah kepada ibunya.
"Min soo? apa yang kamu cakap ni?" bantah Puan Oh. "Ya mama...kata-kata saya tadi memang benar, saya nampak dengan mata sendiri...mereka perdayakan kita" air mata Min soo sekali lagi mengalir laju. Puan Oh terduduk atas lantai dan menangis teresak-esak dan Min soo pun memeluk erat tubuh ibunya, Min young dan Jihye hanya mendiamkan diri...
Keesokan paginya, Puan Oh masih rasa sedih dengan kejadian semalaman, Min soo rasa bersalah kepada Ibunya, sarapan yang selalu dihidangkan di atas meja makan pun masih kosong atas mejanya, dia tahu ibunya sedang sakit hati dengan ayah, abang dan kakak, betapa kejamnya mereka melupakan ibu sendiri yang melahirkan mereka di dunia.
"Omma? apa kamu baik-baik?" risau Min soo. Puan Oh pun menoleh dan memegang wajah anaknya. "Sayang...kamu jangan jadi macam mereka ya..mama percaya kamu sayangkan mama daripada mereka" ujar Puan Oh.
"Ya mama... saya janji, saya hanyalah ada mama...mama..saya akan tunaikan janji pada mama.. tapi jangan la mama jadi macamni, mereka yang patut menderita bukan kita!" jawab Min soo tersenyum cuba menyakinkan ibunya. Puan Oh tersenyum sambil memeluk anaknya.
"Oh...maafkan mama na, mama lupa buat sarapan" teringat Puan Oh lalu pergi ke dapur, Min soo tertawa melihat gelagat ibunya. Ibunya dah baik-baik seperti biasanya...
Di berhentian Bas, Min young dan Jihye menunggu Min soo disitu. "Hai! kawan-kawanku!" sapa Min soo melambai-lambaikan ke arah mereka. "Hai!" balas mereka. Min soo terhenti, melihat Jihye tidak ada masalah apa-apa dengannya dan Min young.
"Jihye?... apa kamu masih marah kami?" rayu Min soo dan Min young pun tersedar. Jihye terdiam. "Sebenarnya....aku ingin bergabung dengan kamu berdua tapi aku tak tahu sama ada aku dapat maafkan kamu berdua atau tidak." Jihye memikir seketika.
Tiba-tiba Min soo dan Min young memeluk Jihye dengan erat, "Ambil lah masa sebanyak mana untuk memaafkan kami, tapi bergabunglah dengan kami" ajak Min soo dengan senyum manisnya. "Ya...betul kata Min soo, kami akan tunggu" senyum Min young, Jihye mengeratkan pelukannya.
"Di sini tempat kamu kerja?" tanya Jihye tak sangka mereka berkerja dengan artis terkenal. "Banyak juga yang berlaku antara kami dengan mereka tapi faham-faham lah,masalah ni bukan ada berkaitan dengan kamu" ujar Min young. "Ehh... aku tak mahu masuk campur urusan kamu!" kata Jihye cuba yakinkan mereka supaya jangan salah faham. mereka tertawa melihat gelagat Jihye tak pernah berubah dari dulu. "Tapi kamu kerja kat mana?" tanya Min soo.
"Aku kerja kat kedai sarbaneka yang kamu selalu singgah tu" Jihye berterus terang. mereka terkejut "Wahh...tak sangka" mereka menepuk-tepuk mengerti kenapa Jihye selalu memerhatikan mereka lalu meninggalkan sambil melambai-lambai kepada.
"Eh jangan salah faham lah, aku masih baru!..hey!..."jerit Jihye tetapi Jihye tak terasa sakit hati dengan perangai mereka, Jihye rasa bahagia sangat kerana dapat bersama mereka semula dan mereka adalah kawan paling disayangi Jihye selama ni walaupun mereka melalui masa silam hitam ketika dahulu…
• Next or Stop?