Kim Min Soo merupakan seorang gadis berumur 19 tahun yang baru masuk Seoul National Univesity ( SNU ). Wajahnya sangat cantik tapi perangainya tidak boleh dibayangkan, baik hatinya tapi kadang-kala dia bersikap sungguh tidak dapat difaham orang sekelilingnya. Ibu bapanya dah lama bercerai sejak dia berumur 12 tahun, mereka sering bertengkar dan berselisih pendapat untuk menyara keluarga, Abang dan Kakaknya melarikan diri daripada rumah sebab tidak mahu menyusahkan ibu atau memilih untuk hidup berdikari, jadi hanya Min soo tinggal bersama Ibunya, Puan Oh.
"Min soo-ah! kamu dah makan ke belum?" jerit Puan Oh yang sedang bersiap untuk pergi berkerja dari luar bilik Min soo. "Belum" jawab Min soo yang baru bangun dari tidur lepas dengar jeritan Puan Oh. "Sayang... kamu tak boleh lambat ke Universiti" katanya sambil mengosok rambut Min soo yang masih tercegat di depan bilik.
Di Universiti
Min soo perhatikan pelajar-pelajar di Universitinya kerana mereka selalu bersemangat bangun di pagi setiap hari tetapi dirinya seperti merisaukan sesuatu. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang
"Oh tuhan! adakah kamu baik?" risau Min soo sambil menghulur tangannya. "Maafkan saya, saya kelam kabut untuk pergi kelas" katanya "Kalau macam tu, kamu kelas mana?" Tanya Min soo. "Saya kelas 1" kata-katanya membuat Min soo teruja untuk mengambil peluang berkawan dengannya.
"Saya pun sama... Saya Min soo dan apa nama kamu?" sambil menghulur tangannya untuk perkenalan. wajah seseorang tersenyum lebar lalu bersalam dengan Min soo, "Min Young".
Di Dewan Kuliah
Semua pelajar-pelajar sedang menyibukkan diri menyelesaikan sesi pelajaran, Min soo dan Min young kebetulan duduk bersebelahan, buat pertama kalinya berkawan di Universiti.
Sebenarnya Min soo dan Min young bukan secara kebetulan berjumpa, mereka berdua terlihat sangat menjaga rahsia antara satu sama lain yang orang lain takkan tahu rahsia kecuali ibu mereka sendiri. Min young juga mempunyai kisah silamnya yang hampir sama dengan Min soo.
Selepas tamat sesi pelajaran.
"Min soo?.. mahu ikut tak malam ni kita pergi pergi bersiar-siar sekitar sungai Han?" Min young tiba-tiba mengajaknya. Min soo tak sampai hati untuk menolak ajakan Min young kerana tahu Min young selalu pergi seorang diri tanpa orang sekelilingnya. "Ok.. aku ikut" jawab Min soo tersenyum membuatkan Min young merasa mahu melompat kerana seronok, pertama kalinya dia mengajak kawannya.
Di Sungai Han, pukul 8 malam
Min soo menunggu Min young tiba, "Hmmm ahh... Segarnya malam ni" ujar Min soo selepas menghela nafasnya, dia dah lama tak pergi bersiar-siar waktu malam sejak ibu bapanya bercerai
"Min soo-ah!" jerit Min young baru tiba di belakangnya dari jauh dengan membawa snek, hotdog dan air susu pisang.
Mereka berdua tak perasan mereka memakai pakaian berwarna hitam yang sama terutamanya jaket seperti mereka mempunyai mempunyai kesamaan hobi dan citarasa.
Selepas mereka berdua selesai makan dan berbual-bual, tiba-tiba perut Min soo berbunyi, dia mencari sekeliling dan ternampak sebuah trak makanan menjual makanan kegemarannya
"Min young.. aku nak beli sosej kat situ, tunggu na..." Min soo pun pergi dari situ
Di Depan trak makanan, Min soo menunggu giliran makanannya siap dimasak, tiba-tiba seorang lelaki memakai topeng mulut datang di tepinya. "Makcik..makanan saya sudah siap ke belum?" Tanya lelaki itu. Min soo merasa sesuatu tak kena dengan lelaki yang berada di tepinya, dia seolah-olah cuba memerhatikan dirinya. "Nah makanan adik dah siap" makcik itu menghulur tangannya ke arah Min soo, "Terima kasih makcik"lalu pergi dari situ. "Makcik...adakah dia cantik?" tanya lelaki itu kepada makcik yang berada didepannya. "Sudah tentu lah anak oii, makcik kenal perangai kamu lah" jawab makcik itu seperti dah lama berhubung dengan lelaki itu.
Dalam perjalanan balik, Min soo dan Min young menghujung ke jalan yang sama tetapi alamat berlainan, "Tu kedai serbaneka!" jerit Min young sambil menarik tangan Min soo.
Mereka berdua masing-masing mencari makanan kegemarannya, Min soo sekali lagi ternampak seseorang yang dia jumpa tadi di kaunter pembayaran dan cuba mengikut langkah untuk mengekori seseorang itu dari luar kedai sarbaneka dan seseorang itu melalui dorong sebelah kedai itu, langkah demi langkah tiba-tiba muncul 2 orang didepan seseorang itu dan menangkapnya, Min soo terkejut, nampak seperti sesaeng fans artis, cuba menculik seseorang itu. untuk membantu seseorang itu, Min soo langsung memakai topeng kebetulan dia membawanya.
"Jangan ganggu dia!" jerit Min soo sambil menunjuk jari terunjuknya. salah satu dari mereka mengeluar pisau lalu meletak di leher seseorang itu,"Siapa kau?! jangan mara!".
"kalian tak perlu tahu siapa aku! lepaskan orang itu!" jerit Min soo. sesaeng fans itu tidak menghiraukan kata-kata Min soo dan memberanikan diri didepannya, tanpa ragu-ragu sesaeng langsung berserang Min soo tetapi Min soo sempat mengelak lalu menumbuk perut sesaeng itu menggunakan kakinya terkuat tenaga sehingga sesaeng itu tidak boleh berdiri dan seorang lagi sedang mendekatkan pisaunya ke leher seseorang itu, Min soo cuba mara tanpa diduga sesaeng itu melibaskan pisau hingga terkena lengan kiri Min soo.
Tiba-tiba Min young memasuk campur hal yang sedang terjadi itu, Min young juga memakai topeng mulutnya, Min soo terkejut dan gagahkan diri untuk berserang walaupun dia tercedera. Akhirnya berjaya menyelesai kejadian itu, "Kamu baik-baik?" tanya Min soo kepada seseorang itu. seseorang mengangguk dan Min soo hairan dengan kejadian ini lalu bertanya
"Apa kamu seorang artis?", "Ya aku seorang artis, dan terima kasih menyelamatkanku" jawabnya. "Aduhai..kamu patut berhati-hati" Min young menepuk bahu seseorang itu."Kejap...kalau kamu tak keberatan, boleh bagitahu kami, nama kamu?" tanya Min soo sambil memegang lengannya yang terluka.
"Aku JM.." jawab Jimin dan meminta diri untuk pergi dari sini bahkan menngucap terima kasih. Min soo dan Min young membongkok...