Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 56 - Chapter 56

Chapter 56 - Chapter 56

Masa Kini

Danish yang masih beku di seat penumpang di belakang, tidak banyak bertingkah. Pandangan yang tidak jelas, di lempar ke luar tingkap kereta melihat malam yang semakin larut. Wanita mirip rakannya yang masih tidak sedarkan diri di sebelahnya, dipanggil dengan panggilan nama Ainaa berkali-kali oleh rakan di seat sebelahnya membuatkan dia berfikir lama.

Entah benar atau hanya perangkap untuk mengelirukan dirinya. Danish tidak pasti.

"Danish.." Si kembar yang baru tejaga. Memanggil nama Danish.

"Danish diam. Tidak menyambut atau menyahut. Dia sekadar memerhati. Bukan dia mahu bersikap hati kering. Tapi, dia perlu berhati-hati. Risau nyawanya menjadi taruhan. Apa yang berlaku di petang tadi, banyak memberikan dia ruang masa untuk berfikir. Mujur, tiada apa-apa yang menimpa sahabat kampungnya itu. Jika mengikutkan perasaannya, ada terselit sedikit rasa kecewa. Bukan dia sengaja membuatkan hatinya terasa. Hatinya sendiri yang terasa. Kecewa yang bagaimana..kecewa, apabila dia dimainkan.

Jika dia memahami situasi yang dialaminya kini, dia dapat memahami. Mustahil, mereka bertiga berpakat untuk mengelirukan dia, kecuali. Dia sendiri yang telah ditipu oleh wanita kembar yang dikenalinya sebagai 'Ainaa'.

"Dah bangun?" Tanya wanita kembar yang masih memandu. Pandangannya tepat mengarah ke jalan raya.

Terkebil-kebil, si gadis yang baru menyedari keadaannya. "Kak?!!" Sofea cuba mengedipkan matanya. Masih gagal, memahami keberadaannya. Pandangannya masih kabur. Kadang..terteleng-teleng kepalanya, pening.

Ainaa senyum. "Aku tak jangka, kau akan guna identiti aku." Seakan cuba mengawal kemarahan. Ainaa menahan perasaannya.

Danish yang mendengar perbualan di antara mereka, mulai terasa tekaannya tepat. Sememangnya, dia ditipu hidup-hidup. Selama ini, dia telah diperalatkan wanita kembar di sebelahnya. Ainaa...sedangkan namanya, Sofea.

"Kak!! kau tahukan...kita tak boleh ada sama! Kau juga, yang nak aku gunakan identiti kau!" Marah sofea, cuba membela dirinya. " Kau lupa ke, apa yang terjadi pada suami aku! Kau punca!!" marah sofea membuak-buak.

Mata Danish membulat dengan dahi berkerut. Anak matanya, melirik ke arah Sofea. Dah..kahwin? Rasa tak percaya, menampar wajahnya. Wanita yang disukainya, sudah berpunya.

"So..kau nak salahkan aku??" Ainaa marah. Suara adik kembarnya yang meninggi, membuatkan dia juga tidak mahu beralah.

Nafas Sofea turun naik! Renungan anak matanya yang sekilas meligas melihat Danish di sisinya, membuatkan dia agak terkejut dan mulai hilang rasa pertimbangannya. "Kak?!! kenapa kau bawa Danish sekali?!! kau, gila!!" Sofea semakin marah. "Kau, mang gila kak!!"

Hilang segala rasa hormatnya. Rambut yang menutup pandangan, disebak ke belakang. "Vienn, ada getah?" sempat Sofea meminta getah rambut, pada rakan baik kakaknya. Rimas dengan rambut yang kusut, menutup pandangan.

Avienna yang berada di seat hadapan, menghulur getah rambut yang berada dalam beg simpanannya. Dia yang berada di dalam kereta itu, hanya bereaksi apabila Ainaa atau Sofea bersuara. Jika tidak, dia hanya membatu di tempat duduknya. Seperti, dia sudah biasa dengan pertengkaran antara dua beradik.

Danish menoleh ke kiri. Pelbagai perasaan, merangkul jiwanya. Sebaiknya, dia pendam dan simpan. Walaupun, dia rasa nak lempiaskan rasa marahnya pada Ainaa..ooh, Sofea.

Sofea yang sempat melihat sikap Danish, merengus kasar. Danish tak salah, dia tahu.

Rambut yang ditoncang satu, diikat kemas oleh Sofea. "Kak..kenapa kau bawa kawan aku sekali. Aku tak nak dia terlibat." ulah Sofea, setelah oktaf suaranya merendah. Nada suaranya yang agak kasar di permulaan dia terjaga dari pingsannya, sudah mula dapat dikawal.

Ainaa menjeling dari cermin, pandang belakang. Adiknya yang berada di seat belakang, dipandang. Wajah mirip antara mereka, sukar untuk dikenali. Hanya beberapa orang yang dekat dengan mereka, dapat mengecam mereka dengan betul. Ainaa mengeluh. Mereka, sepatutnya tidak bertengkar. Ini tidak, jumpa sahaja. Pasti mereka akan berkelahi.

"Vienn, kau beritahu dia." Ainaa yang masih memandu laju di jalan raya, meminta rakannya menjelaskan. Avienna yang ada dengannya hingga dia berjaya menjejaki adiknya.

"Kawan kau Danish, sepupu Meor. Kau orang perlukan Danish, untuk bantu kau orang balik." Avienna bersuara. Ujarannya yang tidak menerangkan apa-apa maksud yang mengatakan perkataan sepupu, sukar difahami. Apa kaitan, Danish dan Meor walaupun mereka sepupu. Jika mereka sepupu, apa kaitan yang melibatkan mereka dengan keluarga Meor

"Maksud kau, aku tak faham??" suara Sofea, buntu. "Kak..better kau explain. Aku tak faham." cakap Sofea, bingung. Danish yang mendegar sedari awal, mengerutkan dahi. Otaknya ligat, berfikir. Meor?? Meor, sepupu aku? Adakah..Meor yang aku kenal?

"Kau ingat tak blog yang kita buat. Blog itu, still aktif. Blog yang kita punya, dah lama tak buka. So, aku try buka beberapa bulan lepas dan sehingga semalam. Setiap kali aku buka, mesti ada draf baru yang terupdate." Ainaa menoleh Avienna yang cuba mengiyakan kata-katanya.

"Aku jejak kau, sebab aku ingat kau buka dan masih aktif update blog lagi. But, aku dah conferm semalam yang, kau tak ada apa-apa devise yang tunjukkan kau update cerita."

Sofea terdiam buat seketika. "Kau pasti, kak?!!"

"Kau ingat, aku nak buat cerita. Sekarang ini, aku tahu Danish sepupu Meor. Aku nak Danish, explain dekat cousin dia yang kita tak bersalah. Aku tak nak, Meor tuduh kita bunuh anak dia." Jelas Ainaa.

"Kak..kau tak masuk akal ke? Kau fikir, Danish nak tolong kita ke, dengan dia tahu aku tipu dia??" Marah Sofea, apabila Danish memandang dingin ke arahnya.

Ainaa merengus. "Aku dah habis idea. Tak ada jalan lain. Aku dah fikir banyak kali. Kau tak faham, dik. Aku koma selama ini, hampir-hampir masuk dalam tanah je."

"Aku bangun, kau tak ada. Mak pun tak ada. Aku seorang diri survive, cari kau orang balik. Cuma...haritu aku ada jumpa mak." Ainaa menarik nafas. Entah..segala perasaannya yang disimpan, dipendam. Dia nak luahkan segala-galanya. Dia penat. Mujurlah, ada sahabat baiknya Avienna.

Sofea mendiamkan diri, sebelum dia bersuara. Nama mak, yang disuarakan kakak kembarnya, meruntun hati. "Kau jumpa mak?"

Air mata Ainaa hampir bergenang. "Haah..aku jumpa mak. Mak dekat Hospital Tanjung Rambutan."

"Mak sakit ke?!! kenapa, mak dekat wad gila?!!!" Nama tempat yang disebut kakaknya, membuatkan dia terkejut. Siapa sahaja akan terkejut, apabila menyebut hospital yang terkenal dengan pesakit tak waras atau dikenali dengan pesakit mental.

"Mak datang sana, sebab suami kau." ujar Ainaa.

Suara Sofea yang kedengaran risau, melempiaskan rengusan kelegaan. Wajah yang masam, terlihat riak wajah lega.

Danish yang melihat personaliti Sofea, sedikit terkejut. Wanita yang dipujanya, seakan hilang melesap entah ke mana. Wanita yang di hadapannya kini, seperti wanita yang baru dikenalinya.

Ainaa, menjongketkan alis keningnya. "Kau tak nak tanya suami, kau?" Aju Ainaa. Sengaja menyoal adiknya itu. Sofea, senyum dengan gelengan kepala.

"Nantilah kak..nanti, kau cerita pada aku." Sofea memandang ke luar tingkap. Langit gelap, tak menampakkan apa-apa. Sesekali, kereta pacuan empat roda mereka dipotong oleh kenderaan lain.

Suami...masihkan, dia tak merasakan rindu pada suaminya??

Bersambung...