Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 58 - Chapter 58

Chapter 58 - Chapter 58

Tahun 2013

BEG PAKAIAN yang sederhana besar, sudah dipenuhi dengan pakaian dan baju miliknya yang dikemas rapi. Beberapa helai baju anak lelakinya, sengaja dibawa bersama, sebagai penawar ketika dia memendam rindu. Fathi mengusap air matanya. Hatinya masih pilu dengan kenyataan anaknya sudah dijemput Ilahi.

Kata hati...kadang-kadang mempersoal takdir. Kenapa tidak dia yang dipilih. Kenapa perlu, anaknya. Si kecil itu, masih belum puas merasai nikmat dunia. Belum cukup merentas alam manusia.

Iblisnya perangai sang pembunuh yang sanggup mengorbankan nyawa si kecil. Apa yang si kecil mampu lakukan?

"Fathi.." Panggilan suara ibu mentuanya, kedengaran di balik pintu. Mendengar suara ibu mentuanya itu, dia bergegas membuka pintu.

Wajah tua, ibu mentuanya terpacul dengan senyuman di bibir. "Boleh ibu, bercakap sedikit dengan Fathi?" Tanya si ibu, lembut. Malah, wajah tuanya itu masih cantik dipandangan matanya. Lembut dan mendamaikan.

Fathi segera mengangguk, lantas dia membuka pintu bilik dengan luas. Si ibu, dipelawa masuk ke dalam bilik mereka. Serba salah dirinya, tatkala si ibu terpandang beg yang sudah siap, dan ianya diletakkan di sudut bilik mereka. Dia yang agak kelam kabut, cuba membawa beg yang sederhana besar itu masuk ke dalam almari pakaian mereka. Agar tidak terlalu kelihatan, bahawa dia sememangnya ingin pulang ke rumah ibunya di kampung.

Puan Najiha faham serta merta. Riak dari air muka menantunya itu, dapat difahaminya dengan mudah sebagai seorang ibu dan seorang wanita.

"Fathi...tak usah simpan beg itu. Mari sini. Ibu ada nak cakap sesuatu dengan Fathi." Panggil Puan Najiha, apabila gelagat menantunya itu kelihatan serba salah. Niatnya dihati, tidak langsung menyimpan perasaan marah pada menantu perempuannya itu walau, dia sedikit kesal dengan sikap anaknya yang bertindak mengikut emosi. Dia faham, kalau menantunya itu sudah berfikir panjang apabila membuat keputusan. Menantuya itu, sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Sememangnya, dia sebagai orang dewasa perlu menasihati anak-anak mereka, jika mereka membuat kesilapan. Perlu memberi teladan kepada mereka. Alam perkahwinan, adalah alam yang penuh cabaran. Jika di usia dia juga, tak akan terlepas dengan dugaan.

Namun, sebagai manusia. Hidup mesti diteruskan. Perjalanan perlu bergerak. Tiada makhluk yang disayangi, tidak menempuh ujian. Sedangkan baginda jua merasaai kehilangan dua insan yang dicintainya. Selagi kita memengang jawatan sebagai hamba Allah. Ujian akan berterusan ada untuk menguji manusia. Takkan hanya dengan gelombang ombak ujian yang sedikit ini, mahu terjun ke laut walhal, kapal belum lagi karam.

Fathi yang ditegur ibu mentuanya, berhenti dari kelakuannya. "Ibu, tahu dari abang Meor?" tanya Fathi.

Puan Najihah mengangguk. Bibirnya tak lekang dari menguntum senyuman. Tangan menantunya itu, diraih ke dalam pengangannya dan di tarik mendekatinya. "Ibu, harap Fathi tak buat keputusan terburu-buru seperti nak bercerai. Ibu faham perasaan Fathi."

Fathi diam. Puan Najiha menyambung bicara.

"Ibu tak mahu, dengan cara macam ini sahaja yang kamu fikirkan sebagai penyelesaian. Masa hadapan masih panjang untuk Fathi menyerah macam itu sahaja. Rumah tangga yang bahagia, pasti ada yang bergoncang." Fathi masih berdiam diri. Memahami butir nasihat ibu mentuanya.

"Fathi.." Suara Puan Najiha terhenti, apabila menantunya itu memengang tangannya. Dielus lembut. Wajah menantunya itu, keruh dan suram.

"Ibu..Fathi bukan pergi untuk tinggalkan keluarga ini buat selama-lamanya. Fathi nak mencari ketengangan untuk diri Fathi. Apabila, Fathi dah rasa kuat. Fathi akan balik pada abang." lembut bicara si anak.

Puan Najiha tersenyum. Dirangkul bahu Fathi, lalu dipeluk kasih. "Ibu minta maaf, ya." belakang anaknya itu, dielus lembut. Rambut Fathi, diusap kasih. "Fathi ingat ya.." senafaz, dia mengambil udara. "Ibu sayang Fathi, macam anak ibu sendiri."

Fathi mengangguk dengan air mata yang bercucuran. Bagaimana dia mahu, berpaling dari keluarga ini, jika dia dilayan umpama anak kandung. Hati meruntun mendengar kalimat si ibu.

Meor yang mencari kelibat ibunya, melihat gelagat ibu dan isterinya di dalam biliknya, telah membuatkan langkahnya berhenti serta merta. Niatnya yang ingin memanggil ibunya, untuk dijemput makan ke bawah terbantut.

"Sia..." Meor menutup mulutnya dengan tapak tangan, menghalang dirinya dari terus berbicara. Anak matanya, mengerling ke dalam biliknya dengan perasaan yang gerun dan berdebar-debar. Dia kaku untuk meneruskan langkah.

"Meor, panggil ibu makan sekali." Suara ayah, yang kedengaran, sudah melaung dari tingkat bawah. Meor bergerak ke gerigi beranda. Lantas mengisyaratkan, isyarat okay kepada ayahnya.

Perasaan takut, menjalar ke dalam hatinya. Mahu masuk atau tidak? Kelibat menyerupai isterinya itu, bukan isterinya. Kerana, isterinya sedang berada di dapur, menyiapkan makanan tengahari. Atau...di dalam bilik itu adalah isterinya. Dan..., siapakah yang berada di dapur?

Meor membatalkan niatnya untuk memanggil ibunya di dalam bilik, dia turun menuruni anak tangga.

"Meor? kenapa tak panggil ibu?" tanya ayahnya, di hujung tangga.

"Tak. Ayah..." Meor yang mengeleng. Terdiam. Terkedip-kedip matanya, berfikir sejenak. "Bagaimana ayah tahu, saya tak panggil ibu?" Meor menyoal kembali. Seakan dungu, dia yang sedang menapak turun dari tingkat atas telah berhenti di pertengahan tangga. Ayahnya tersengih dengan senyuman yang lebar.

Bersambung..