DANISH berpeluk tubuh, dengan wajahnya yang dipalingkan ke arah yang berlawanan. Marahnya masih lagi tersisa. Namun, apabila dia sendiri mendengar semua penjelasan dari Ainaa. Dia terpaksa menyimpan perasaannya itu buat sementara sehingga mereka menemui bapa saudaranya, Pak Cik Zafran.
Walaupun dia masih ragu-ragu dengan kenyataan dari Ainaa. Dia masih tak percaya. Cuma...dia mahu lihat, sejauh mana Ainaa akan pergi. Atau, sengaja menipunya. Dia tak akan mudah percaya.
...
ZAFRAN menyendut potong rokok daun yang diselit pada bibirnya. Bau tembakau yang terbakar, memenuhi ruangan bilik kerjanya. Wajahnya yang menua, dapat di lihat pada bayangan cermin jendela. Hanya senyum nipis, menghiasi roman wajahnya dalam menghayati kehidupan yang beredar.
"Abang...air." segelas mug putih, berisi air kopi pekat berwarna hitam keperangan yang masih panas dan masih mengeluarkan wap haba. Isteri Zafran, yang membawa minuman suaminya, meletakkan minuman di atas meja kerja. Hanya seketika, kelibatnya menghilang. Tinggal Zafran bersendirian dengan beberapa buah buku yang menemaninya kala ini.
Panggilan dari anak buahnya, adalah sebuah panggilan yang tak dijangka. Cumanya, dia dapat mengagak yang dua beradik berwajah sama itu akan mencarinya. Tetapi, dia tidak tahu bahawa anak buahnya akan terkait sama. Dan merupakan sebab untuk menghubungkan semula dua beradik kembar itu, dengannya semula.
"Abang.."
"Ya?!" Zafran menyahut panggilan isterinya, dengan pandangannya masih tepat ke luar jendela kaca. Sebuah kereta, kelihatan memasuki perkarangan halaman rumahnya. Seimbas, dia dapat melihat dua kembar di dalamnya. "Aaa, sekejap lagi saya keluar." ulahnya, seraya menenyeh putung rokok ke dalam bekasnya.
Isterinya mengangguk dan berlalu. Khabaran tamu akan datang sudah diberitahu oleh suaminya. Maka, ada beberapa juadah sudah disediakan.
Zafran memerhati mereka dari dalam biliknya. Ingatannya pada waktu itu, mengingatnya semula. Jika dia kembali pada waktu itu, dia tetap akan memilih keputusan yang sama.
Zafran menyarungkan kaca mata, novelnya yang berada di atas meja diambil lalu dia melangkah keluar dari bilik kerjanya. Dia mengatur langkah ke ruang tamu, apabila kelibat mereka berempat sudah masuk ke dalam rumah. Lagaknya bersahaja, saat dua kembaran itu tidak memandangnya. Ada keluh, di hujung bibirnya melihat reaksi spontan si anak yang nampak memprotes namun dia tetap mengukir senyum. Biar hari ini dia membuka cerita.
Danish bingkas bangun, lalu menyalami Zafran selayaknya sebagai bapa saudaranya. Jika tidak kerana novel, hasil tulisan bapa saudaranya. Dia tidak berniat nak membawa mereka ke sini.
"Sophia..Ain.." panggil Zafran, memangil kembaran adik kakak. Sofea merengus, bergitu juga dengan Ainaa yang terpaksa bangun dari duduk mereka. Lantas, mereka mendekat, lalu menyalami Zafran sehingga lelaki berusia itu senyum kecil. Marah macam mana pun, dia tahu mereka akan mendengar juga kata-katanya.
Walau ada tindakkannya sebelum ini yang menyebabkan dua beradik ini marah seperti menghalau mereka. Namun, dia terpaksa atas sebab-sebab yang dia terpaksa rahsiakan. Sehingga dia mendapat berita dari Zahra, mereka hilang tanpa jejak. Tetapi dia yakin, mereka akan pulang semula. Tetapi, tidak pasti bila.
Danish memerhati. Roman wajahnya berubah. Ada persoalan yang dia tidak jelas dengan situasi baru. Melihat sahaja gelagat, Danish. Zafran mengerti.
"Abah, tahu kenapa kamu datang." Zafran yang mengambil duduk di kerusinya, memandang ke arah mereka. Dia memulakan perbualan awal. Danish, memandang wajah bapa saudaranya.
Dua kembar masih diam. Avienna yang turut serta, hanya mendengar tanpa beriaksi apa-apa. Sesekali, anak matanya menatap ke luar rumah. Dia, selaku orang luar yang tidak mempunyai hubungan. Membantu Ainaa atas dasar sebab `itu` sahaja.
"Abah rasa kamu kenal Rafaelkan, Ain?" sengaja Zafran melontar soalan pada Ainaa. Si kakak itu lebih cerdas otaknya daripada adiknya. Ainaa mengangguk.
Zafran senyum, seraya mengangguk. "Dia adalah abang kamu. Abang kandung kamu." Sofea memandang kakaknya. Terkejut dengan pernyataan yang ayahnya cerita.
Danish yang berada disitu, masih menanti. Muncul nama Rafael, sekali lagi. Dia mengenali Zafran kerana, kawan pakciknya kerap datang menyinggah ke rumah. Sedangkan dia, selalu duduk di rumah pakciknya itu. Tetapi...di manakah dua beradik kembar ketika itu?
"Jadi, Rafael abang kami." ulang Sofea, memandang ayahnya. "Apa kena mengena dengan situasi kami sekarang?" tambahnya lagi. Wajah Zafran masih kelihatan tenang.
"Dik, tunggu abah habis cakap! Nanti soal!" marah Ainaa. Ada sesuatu yang dia lebih nak tahu.
"Okay, abah boleh jelaskan. Cuma, sebelum tu. Abah nak bagitahu, hubungan abah dengan kau orang berdua." Zafran berulah lembut. Dia tidak mahu berkasar.
Sofea mengangguk, lantas diam. Danish dan Avienna masih menjadi pendengar tanpa suara. Ainaa seakan dapat mengangak, tetapi dia memilih untuk mendengar dahulu.
"Abah, adalah sahabat baik ibu. Jadi, sewaktu ibu kamu memgandungkan kamu. Waktu itu, baru sembilan minggu dan Abah jadi ganti sebab nak selamatkan maruah ibu dengan mengahwini ibu. Jadi, kamu berdua ini, hanyalah berbintikan abah, tapi bukan dari benih abah. Faham?" soal Zafran. Mereka masih diam, walau ada perubahan di wajah kembar dan Danish. Wajah Zafran juga, sedikit berubah walau lelaki berusia itu masih tersenyum. Ada noda sedih yang terselit.
Zafran menyambung lagi. "Ayah kamu, namanya Amin. Ayah kepada Rafael."
"Jadi sebab ini, abah halau kami waktu kami datang dahulu?" Tanya Ainaa. Roman wajahnya tegang. Dahinya tegang! Dia tidak tahu, sehebat ini mereka menyimpan rahsia. Patutnya, dia dari dulu dapat mengangak.
Zafran mengeleng. "Bukan..abah tak berniat nak halau. Abah tak nak, Amin datang mencari kau orang sebab, mereka selalu datang jumpa abah." Zafran cuba menjelaskan keadaan sebenar. Ainaa cuba bertenang dengan mendiamkan dirinya. Dia kelihatannya seperti memikirkan sesuatu.
"Jadi, kenapa benda ini berlaku? Kami ada silap apa?" Sofea mula menyoal.
Zafran mula mengeluh. "Abah ingat mereka tak dapat cari kamu berdua. Abah silap. Apa yang berlaku pada kamu dua beradik, semuanya kerana ayah kamu dan abang kamu." Zarfan berjeda seketika. "Abah nak beritahu kamu, tapi tak tahu macam mana. Itu sebab, abah tulis novel ini." unjuknya pada dua kembar. Ainaa mengangguk, tetapi Sofea lekas mengambil. Kulit novel, tertera nama mereka dan gambar lukisan mereka berdua. Sofea memandang ayahnya sekejap.
"Ayah dan abang kandung kamu, nak kamu berdua hidup dengan mereka. Mereka nak ibu kamu sekali, tetapi disebabkan ikatan ibu dan abah masih ada. Mereka cuba santau kamu berdua pula. Jadi, nak bagi kamu berdua selamat, kamu terpaksa berpisah. Abah cuba cari kamu berdua. Tapi, kamu berdua hilang sebelum abah bagitahu" utara Zafran, memberi penjelasan.
"Bagaimana dengan blog Sofea? semua berlaku, macam kami yang rancang. Sedangkan kamu tak tahu apa-apa. Mereka juga yang buat ke?" tanya Ainaa, tidak lepas dari misteri yang mereka sendiri tidak lakukan.
"Dari Rafael sendiri." celah Danish, terkejut dengan semua yang difikirkan secara rasional. Selama mereka berteman, rakan yang dikenalinya itu sememangnya mempunyai bakat penulisan. Tetapi, dia tak menyangka yang dia pernah terbaca pernulisan Rafael, sewaktu rakannya itu meminta pendapatnya. Hampir melongo Danish, apabila memikirkan semula. Bagaimana dia, boleh terlupa. "Dan…batu itu. Batu itu ada tiga biji, dan dia pernah tunjukkan pada aku dulu.."
Zafran mengangguk. Ainaa sudah kelihatan berang, di tempat duduknya. Sofea juga, terkejut dengan jawapan Danish. Tetapi, apabila melihat orang lain mengangguk dan seperti setuju. Dia juga terus mengerti.
"Kenapa dia nak kami." tanya Ainaa. Ada berang dalam nada suaranya.
Zafran mengeleng. "Abah tak pasti..tapi, yang abah pasti. Selagi mereka tak dapat kamu, selagi itu. Mereka akan hantar macam -macam gangguan untuk ganggu kamu. Kamu, faham apa yang abah maksudkan." Anak matanya, merenung ke luar halaman. Ainaa mengangguk saat Ketika, dia melihat keluar. Walau, awalnya, dia agak terkejut bahawa bapanya boleh melihat, seperti mana dia boleh melihat.
"Abah.." suara Ainaa merendah.
Zafran senyum dengan lembut. Kepala anaknya diusap kasih. Walaupun, bukan anak dari darahnya sendiri. Tetapi, dia tetap mengangap mereka adalah anaknya.
Zafran memejam matanya. Bisikkan suara itu, seperti kaset yang berulang. Dia menghela nafas dan membuka matanya. "Aku tak akan berhenti sampai disini. Andai aku tak dapat mereka sekarang, Aku tetap akan dapatkan mereka andai seribu tahun yang mendatang. ."
Kata-kata itu, tak pernah berhenti sejak pertemuannya yang terakhir.
Bersambung...