MASA LALU- Zafran yang keletihan, mendaki beberapa kilometer telah berhenti mengambil nafas. Dadanya terasa sempit, nafasnya yang mengah diatur helaannya mengikut rentak yang betul. Agar, dadanya tidak terlalu penat menghirup udara serentak.
Mendaki juga, ada temponya. Walaupun nampak mudah, namun jika tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran. Kadang-kadang mendaki juga boleh menempah maut.
Dahinya basah dan bajunya berkeringat peluh. Tetapi, sekalipun tidak dia merasakan aktiviti yang dilakukan adalah sia-sia. Kawasan permandangan dari atas gunung yang serba hijau itu seakan-akan sebuah lukisan di alam fantasi. Hijau yang diliputi kabus-kabus putih. Memandangnya sejenak, sudah mendamaikan perasaan. Terbayar keringat dan kepayahannya dia memanjat gunung ganang dan tebing bukit.
"Abang Zaf!! Abang Zaf!!"
Salah seorang anggota dari kelab pendakian, berlari mendapatkan dia yang merupakan presiden dan juga ketua bagi ekspedisi kali ini. Lelaki itu tampak cemas dan lelah. Dari jauh, dia dapat mendengar lelaki itu memanggilnya.
Zafran bergerak mendapatkannya. "Kenapa?" soalnya. Isyarat matanya, bergerak sekali ke atas menanyakan pertanyaan pada lelaki tersebut.
Ada mengah yang menyempit ruang nafas lelaki itu sehingga sukar lelaki itu menyuarakan suaranya. Dengan kudrat dan kelelahan yang memadat dadanya. Lelaki muda itu, menunjukkan ke arah sekumpulan pendaki wanita yang berkumpul di satu sudut. Mereka mengerumuni sesuatu. Nafasnya lelaki muda yang memanggilnya itu juga masih kemengahan. Dia kembali menunding ke arah mereka dan terpaksa menggunakan isyarat tangan kearah kumpulan pendaki wanita yang agak tertinggal ke belakang beberapa meter sekali lagi.
Walaupun kendudukkan mereka agak jauh, tetapi kelibat mereka masih dapat dia lihat dari atas bukit tinggi.
"Kenapa?" tanya Zafran.
Nafas budak lelaki itu sudah sedikit stabil.
Lelaki itu masih menunjukkan jari ke arah pendaki wanita. Bicaranya tersekat-sekat. "Itu..ada, ada pendaki wanita minta tolong."
Zafran mengangguk, dan memahami maksud yang disampaikan oleh lelaki tersebut. Dia sempat mengisyaratkan pada pembantunya yang berada di hadapan mereka untuk berehat di kawasan itu seketika, mengunakan walkie talkie. Dia juga sempat menepuk bahu lelaki muda itu. Sebelum dia, beransur turun ke kelompok wanita yang berkumpul. Penggerakannya agak cekap dan stabil. Sebagai pendaki yang berepengalaman, dia sudah terbiasa dengan situasi seperti ini. Ada yang pengsan sebab pacat panjat atas kaki. Tapi, boleh terima juga, sebab kalau dah panjat kaki melebihi 20 ke 30 ekor. Siapa pun boleh pengsan.
"Kenapa?" tanyanya pada pendaki yang berdekatan.
"Ada pendaki wanita yang rebah. Tak sedarkan diri." ujar pendaki yang berada di situ. Zafran mengangguk sahaja. Mungkin kerana terlalu lelah. Dan kemungkinan juga disebabkan altitud yang tinggi membuatkan para pendaki mudah terkena mabuk gunung. Itupun, mungkin boleh menjadi satu sebab.
"Ara?!" Anak matanya menangkap wajah pendaki yang rebah. Matanya membeliak. "Kenapa ni?" Dia segera mendekati. Cemas! Panik!!
Masing-masing mengeleng. Zahra yang rebah, sudah tidak sedarkan diri. Zafran terus menghubungi pembantunya untuk dia membawa Zahra pulang semula ke kaki gunung. Hatinya tiba-tiba disapa perasaan tidak enak.
Sejak mereka menamatkan zaman sekolah, dia dan Zahra bercadang untuk bergabung dengan kelab pendaki. Hubungan dia dengan Zahra, akrab walaupun mereka pernah bertengkar hebat disebabkan Amin. Kerana hal yang melibatkan lelaki itu, dia sedar kelakuan Zahra yang sebolehnya tidak berkongsi tentang lelaki itu. Dia juga, tidak pula menyoal apa-apa sejak ada hal antara mereka hingga terjadi pergaduhan besar.
Tetapi, selepas petengkaran dia dengan sahabat baiknya itu, hubungan Zahra dan Amin pula putus bergitu sahaja tanpa sebab-sebab yang dia tidak tahu. Ada berkaitan dengan diri diakah??
Mengapa??? Atau….Zahra dah tahu, siapa Amin.
...
"Tahniah, encik! Isteri encik hamil." Ujar seorang doktor, lengkap beruniform dengan roman wajah yang ceria. Agak termangu, Zafran mendengar berita yang disampaikan. Senyuman di bibirnya mendatar. Dia cuba memahami berita yang disampaikan oleh doktor di hadapannya, sebaik mungkin. Dia memandang Zahra, yang bermuka pucat memandangnya.
Ada berita pahit, yang terpaksa Zafran telan.
Doktor, menepuk bahu Zafran. "Baru pertama kali ke?" aju Doktor, mesra.
Zafran senyum nipis, dengan anggukkan perlahan. "Ya, baru pertama kali." jawabnya pendek, mengiyakan kata-kata doktor. Dia yang melihat sahabatnya itu sedang turun dari katil, terus mendatangi Zahra, memengang lengan sahabatnya yang mula memalingkan muka ke lantai tanah. Zahra tak menolak, malah dia biarkan sahaja. "Encik, dah boleh bawa isteri pulang ke rumah. Selalu datang ya, buat check up." pesan doktor, sebelum mereka melangkah keluar. Zafran angguk, mengiyakan walau dia sebenarnya lebih buntu untuk mengetahui jawapan dari mulut Zahra sendiri.
Apa yang berlaku?
Setelah selesai urusan yang diluar jangkaan. Zahra kembali senyap di tempat duduk belakang di dalam kereta, bergitu juga dengan Zafran yang sedang memandu. Masing-masing beku dengan soalan di dalam benak akal.
Zahra memejam mata. Dadanya terasa sesak dan padat dengan beban yang baru menimpanya. Apa yang perlu dia lakukan? apa kata keluarganya. Orang kampung pasti mengata. Jika dia dapat ubah takdirnya dengan air mata, pasti dia akan menangis hingga keluar air mata darah. Dia sanggup lakukan. Zafran mesti menganggap dirinya murah dan kotor.
"Zaf.." suara Zahra perlahan seakan langsung tidak kedengaran.
Zafran yang menangkap panggilan sahabatnya itu, menyahut dengan suara berdehem. Isyarat dia mendengar panggilan sahabatnya itu.
"Aku dirogol!" tambah Zahra, dengan nada suara yang sebak. Kenyataan yang pasti itu, dia simpan. Zafran perlu tahu dirinya dirogol. Dan, dia satu-satu sahabatnya yang kini dia boleh meluahkan segala yang berbuku, yang dia simpan kemas sejak kejadia itu.
Berderau darah Zafran. Anak matanya membesar. Kenyataan Zahra, membuatkan dia agak kaku untuk memberi reaksi apabila dia sendiri masih terkejut dengan posisi sahabatnya yang hamil dan yang kedua pula, sahabatnya itu dirogol. Jika, di letakkan secara jujur melalui hatinya. Dia ada merasa ragu-ragu dengan sahabatnya itu. Tetapi, dia cuba menafikan sebaik yang mungkin. Zafran cuba bersangka baik, dengan Zahra. Dia mengenali Zahra, bukan sehari dua. Sudah bertahun-tahun dan Zahra, sangat menjaga batas pergaulannya.
Zafran kenal Zahra lama.
Zafran yang masih memandu pacuan beroda empat, mula memutarkan stereng kereta ke laluan kiri sebelum membelok ke selekoh jalan. Laluan yang kurang kenderaan itu, memudahkan dia mencari ruang tepi jalan yang kosong.
Jika satu-persatu kenyataan Zahra, mengejutkannya. Lebih baik dia bersedia, untuk mendengar dengan lebih jelas.
Zahra menunduk ke bawah lantai kereta. Tangisnya bergema teresak-esak. Ingatannya meraih semula pada tragedi yang mengubah hidupnya. Dia yang mengawal diri sebaik mungkin, akhirnya tewas pada kawalan ilmu sihir manusia yang sangkanya seorang lelaki yang boleh memimpinnya ke jalan Allah. Sangkaannya meleset.
"Dia guna ilmu sihir, Zaf. Aku tak sedar apa." terungkap Zahra dalam tangisnya yang melebat. Selama ini, dia pendam seorang diri. Aibnya yang dia genggam sekuat hati, akhirnya terburai pada saat dia mula berputus harapan dengan khabar kehamilannya.
"Aku minta maaf Zaf. Aku tak mampu nak cerita semuanya." utara Zahra, tatkala tangisnya mereda. Ada esak tangisnya yang masih bersisa. Zafran yang sedari tadi menanti sabar, mulai meneka. Dia dapat menyangka lelaki tak guna yang merosakkan sahabat baiknya itu.
Zafran meraup rambutnya. "Aku tahu, siapa yang kau maksudkan."
Mata Zahra yang memerah, mendongak ke arah Zafran. Air matanya, dikesat. "Maksud kau??"
"Maksud aku. Aku tahu, siapa yang buat kau. Itu, sebab aku bagi kau amaran. Kau marah aku! Sekarang??" Zafran mengeluh. Perkara yang berlaku, takkan dapat di ubah semula. Tangisan Zahra melebat.
"Aku mati, macam ini..aku mati!!" tangisnya lagi. Zahra buntu. Zafran juga buntu dan keliru.
Zafran mengeluh…Rambutnya serabai, diramas kasar. Apa yang perlu dia buat?
Kawin dengan Zahra???
Bersambung...