Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 66 - Chapter 66

Chapter 66 - Chapter 66

Di kawasan kediaman milik Zafran, mereka memutuskan untuk berehat seketika. Kerana masing-masing tak cukup rehat setelah berhari-hari di atas jalan raya. Tambah-tambah rakannya, Avienna. Mengambil alih posisinya, sebagai pemandu destinasi.

Ainaa membawa diri ke luar rumah. Duduk di dalam rumah tanpa membuat apa-apa, melemaskannya. Lagipun, banyak perkara yang hendak difikirkannya. Penjelasan ayahnya, membuka sedikit jalan kepadanya. Jika tidak kerana novel tulisan ayahnya, pasti dia tidak datang hingga ke sini.

Ayahnya, kreatif. Senyuman nipis, tersungging di bibirnya.

Masakan tidak. Cara ayahnya, memanggil mereka berdua adalah dengan hasil tulisannya. Dan, cara itu berhasil. Jika, di ingat semula karya ayahnya itu. Karya itu menceritakan tentang kehidupan mereka sewaktu kecil. Banyak kenangan antara dia dan ayahnya, diselitkan dalam novel itu. Ayah masih tak lupakan mereka.

Air matanya, bergenang. Dia sebak. Tersentuh hatinya, dengan usaha ayahnya untuk kembali membetulkan kesalahfaham mereka. Sedangkan dia, hanya tahu membenci dengan membabi buta. Rengkung anak tekaknya, terasa kering dengan sikapnya sendiri.

Lama dia menyandar ke tiang seri, sambil membetulkan duduk di atas benteng balkoni. Anak matanya, ralit merenung ke halaman rumah yang kemas, tersusun. Tiada daun yang bertaburan. Di tepi halaman, bertaburan bunga pelbagai jenis dan warna. Pasti, buga-bunga itu di tanam oleh ibu tirinya. Bunga-bunga butang berwarna ungu, merimbun seperti pagar mengelingi kawasan halaman. Cantik!

Jika tidak kerana salah faham antara mereka. Mungkin, dia boleh belajar cara menanam bunga dari ibu tirinya. Hanya kerana salah faham sahajakah, kehidupan mereka kacau bilau?

Tidak...

Lelaki itu! lelaki itu punca, kehidupan mereka seperti badai puting beliung. Lelaki yang merogol ibu mereka! Anak matanya, tajam merenung ke luar halaman. Dadanya terasa panas tatkala dia teringatkan perbuatan terkutuk lelaki yang merogol ayah mereka. Dan lelaki itu juga, menyiksa mereka sehingga kini walaupun, tanpa lelaki itu mereka tidak lahir. Keberadaan lelaki itu, asbab mereka ada di atas dunia ini.

Zafran menari-cari kelibat anak sulung, Ainaa. Walaupun Ainaa yang pernah dijaga seperti anaknya sendiri tidak seperti dahulu. Dari seorang yang ceria, menjadi seorang yang pendiam. Dari seseorang yang cakap lepas tanpa berfikir panjang, menjadi seorang yang banyak memendam perasaan. Dia yang melihat Ainaa, terus mendekati anaknya itu. Gelagat Ainaa, diperhatikannya. Anaknya itu, berada dalam alamnya sendiri walhal jika dilihat. Ianya seperti sedang termenung panjang. Dia berdiri di samping. Walaupun bukan benih dari dirinya, dia tetap ayah mereka.

"Abah rasa, ada sesuatu yang kamu ingin tanyakan pada abah." Zafran berdiri di sisi Ainaa.

Dicelahkan satu pertanyaan yang lebih spesifik dan lebih rahsia. Ainaa yang tenggelam dalam permikirannya, mengalih memandang gerangan si bapa. Walaupun, dipandang sekejap sahaja, sebelum memandang halaman. Pertanyaan bapanya, dijawab dengan anggukan kepalanya.

"Akak, masih nampak kelibat 'dia' sedang berkeliaran di luar kawasan ini." unjuk Ainaa, dengan bibir menjuih ke luar kawasan rumah.

Kelibat ini, yang direnungnya. Walaupun, kelihatan seperti asap kabus yang berterbangan di udara dan mampu menerobos masuk ke dalam kawasan ayahnya. Tidak masuk seperti kebiasaannya. Lembaga itu menanti di luar.

Zafran mengangguk. Matanya itu, juga mampu melihat lembaga yang sama. Dia juga tahu, sejak kecil Ainaa mampu melihat benda yang sama. Selendang lusuh, seperti nenek kebayan itu menyeringai memandangnya apabila dia memandang ke arah lembaga tersebut. "Abah juga." tawanya, kecil apabila melihat gelagat anaknya yang menjuihkan bibir, menunjukkan kelibat lembaga yang berkeliaran di luar kawasan rumahnya yang dia pagarkan.

"Abah tahu, kamu dapat lihat." tokoknya lagi.

"Kenapa abah tak beritahu, akak awal-awal tentang hal ini." soal Ainaa, mencuri lihat roman tua milik ayahnya. Walaupun, ayah yang berbintikan nama sahaja. Ayahnya ini, tetap ayahnya. Bahkan, aurat antara dia dan ayahnya sama seperti ayah kandung yang lain. Tetapi, status yang berlainan.

"Tentang apa?"

"Tentang, hubungan ayah dengan kami." Ulah Ainaa dengan nada kesal. Walaupun bukan ayah sebenar, dia tetap mahu menganggap Zafran ayahnya sendiri.

Zafran melepaskan pandangannya ke halaman. "Janji ibu dengan ayah. Jika kamu berdua tahu, yang kamu anak luar nikah. Apa kata orang. Bukan ibu sahaja yang tidak mahu, kamu dan adik kamu terasa asing. Ayah juga, tak mahu. Kami risau."

"Dan...kami tak mahu kamu dan adik kamu rasarendah diri disebabkan status kamu berdua." tutur Zafran tenang.

Bahu Ainaa ditepuk lembut. "Sebelum balik, abah nak kamu amalkan surah kursi sebanyak yang mungkin. Minta pelindung dari Allah." pesan Zafran pada anak sulungnya. Perkahwinannya dengan Zahra, tidak dikurniakan rezki anak. Perkahwinannya yang kedua ini juga, masih tidak punya anak. Rezeki anaknya dari darah dagingnya, masih belum ada.

Namun, kehadiran dua pasangan kembar ini. Sudah membahagiakan dirinya.

Ainaa mengangguk. Akur dengan pesanan ayahnya. Bagaimana abahnya cuba membela ibunya, membuatkan hatinya terpujuk lembut. Walau masa muda dahulu, dia memberontak. Kini, dia jelas mengapa ibunya berkeras dengan dia apabila bersikap keras dengan bapanya.

"Tentang anak kawan kamu yang meninggal, dan kes kemalangan bas jatuh gaung itu, semuanya dirancang abang kamu. Abah tak tahu sebab apa, tapi...abah dapat agak yang dia mungkin nak balas dendam." tokok Zafran. "Abah ada buat research sikit." kata Zafran, menyambung bicaranya.

Ainaa hanya berdiam. Dia sendiri dapat merasakan melalui firasatnya yang kejadian menimpa kawan-kawannya adalah disebabkan Rafael. Tetapi, dia tidak mahu bertindak melulu. Bukti apa yang dia nak jadikan sebagai bahan, mengatakan Rafael merancang segala-galanya.

"Tak apa. Allah tak akan biarkan hambanya berterusan dalam kesusahan. Ainaa dengan adik, jaga solat."

"Mmm..."

"Bila kita jaga ibadat kita dengan Allah. Allah akan jaga kita berlipat kali ganda."

Ainaa angguk. Ayahnya, seorang yang taat agama. Ibunya juga bergitu. Cuma, mereka berdua agak culas menjaga agama dan ibadat mereka. Teguran itu, menjentik hatinya agar membetulkan iman dan akidah mereka.

Dan, tiada satu beban yang Allah timpakan melebihi kemampuan hamba-hambanya. Allah akan bantu mereka dan waktu yang betul akan datang sesuai pada masanya." Ainaa sekadar mengangguk perlahan. Tersentuh hatinya. Betullah kata orang. Sekuat mana benci kita pada orang tua, akan kembali juga rasa cinta dan kasih sayang semula. Kerna...mereka bukan kita yang pilih, tapi Allah yang memilihkan untuk kita, dan sesuai dengan jiwa kita. Pilihan Allah itu tepat.

"Kak!!" Sofea mendapatkan kakak kembarnya yang sedang berdiri di beranda rumah. Abahnya sudah berlalu. Dia dapat melihat kakaknya dengan bapanya, seperti membincangkan sesuatu.Dan, hubungan antara ayah dan kakaknya sudah jernih seperti dahulu.

Ainaa menyahut apabila adik kembarnya memanggilnya.

"Aku rasa kita kena balik sekarang." Avienna yang datang entah dari mana, muncul dengan wajah tegang.

"Kenapa?"

"Naskah 'Ainaa Sofea', baru di upload sejam yang lalu." menjawab pertanyaan kakaknya. Avienna yang mendengar, mengangguk apabila Ainaa memadang ke arahnya. Dia sentiasa mendapatkan bukti baru, dengan mencari tahu tentang naskah itu di laman web.

"Abah cuma harap, kau orang jangan jumpa ibu buat sementara waktu ini."

Zafran yang muncul semula, dan kini bersama dengan Danish, mencelah dari belakang. Tumpuan mereka pada lelaki tua itu, berakhir dengan anggukan dari Ainaa.

...

Meor memberhentikan kenderaan sedan buatan Malaysia itu, di hadapan simpang perkarangan rumah Zahra. Rumah agam itu, masih dapat dilihat megah dari seberang jalan. Dia masih ingat kenangannya semasa kecil. Ibunya selalu mengunjungi rumah agam ini, sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

Meor masih mengingati pesan ibunya, supaya dia lebih berwaspada. Berhati-hati apabila bertemu dengan Puan Zahra.

Dari penceritaan ibunya, yang dikongsikan membuatkan dia tertegun lama memerhati rumah agam klasik itu dari seberang. Mengapa ibunya, memesan sebegitu.

"Angah, ibu nak cakap sikit." puan Najihah yang mengetuk pintunya bilik anaknya yang sudah sedia terbuka, melangkah masuk.

Meor tidak melarang. Dia biarkan sahaja ibunya, memasuki biliknya. Katilnya, kemas walau isterinya berada di kampung. Pasti, waktu dia keluar. Ibunya, mengemaskan untuknya.

Melihat ibunya, yang duduk di birai katil. Meor mengambil kerusi, yang berdekatan lalu duduk di atasnya yang agak berjarak dari kendudukkan ibunya.

"Apa yang ibu nak cakapkan?" soalanya, pendek.

"Ibu rasa, ibu patut kongsi dengan kamu pasal Puan Zahra" ujar Puan Najihah.

Meor yang sedari awal mendengar, masih menanti bicara seterusnya. Dia tak banyak melatah, dan lebih banyak menanti. Dia sekadar menjawab apabila di soal. Dia lebih banyak berdiam. Jika dahulu, dia akan terus menyoal dan tidak bersabar dalam semua hal. Kini, dia banyak berubah sejak kejadian dia menampar isterinya di bilik kerja Hanis.

Waktu itu, dia sedar.

Sabar itu baik. Kadang...kita perlu mendengar dengan baik, agar semuanya jelas dan difahami. Perihal tentang ibunya yang pernah belajar di pondok, tempat yang sama ibu bapa si kembar belajar, baru sahaja dia tahu mengenai itu. Itupun, sewaktu dia melawat Aisyah.

Memang dia ingin bertanya pada ibunya tetapi, dia tak menyangka ibunya yang akan memulakan dahulu..

"Kita dulu, rapat dengan Puan Zahra. Selalu datang ke rumahnya, waktu kamu kecil-kecil, main dengan anaknya dua beradik kembar. Kamu mungkin, ingat-ingat lupa." Utara Puan Najihah lagi, sementara Meor masih menanti. Puan Najihah ingin memulakan ceritanya. Tetapi, tidak tahu di mana mulanya.

Lagipula, cerita ini, sudah lama dia lupakan. Kerana sejak kejadian cucunya hilang. Cerita yang dilupakan itu, terimbau sendiri. Kes cucunya telah membuatkan dia teringat semula tentang tragedi di sekolah pondoknya.

Jujur, dia takut untuk mengungkit cerita itu semula. Tetapi, anaknya seperti lelaki yang tidak berarah tujuan. Kadang, bercakap-cakap sendiri dan banyak menyendiri. Risau, anaknya itu akan menjadi gila.

"Maaf, anak cari siapa?"

Sapaan mesra itu, membuatkan Meor lekas berpaling dengan riaksi yang agak terkejut. Lamunannya, terganggu namun, dia segera memaniskan wajahnya apabila wajah wanita yang berusia empat puluhan itu menegurnya.

"Saya datang nak jumpa makcik." utaranya, dengan ramah.

Wanita berusia separuh abad itu, mengalih pandangannya ke arah seorang pemuda yang datang mendekati mereka. Lelaki itu tampak kurus, dan mukanya cengkung. Jika sedikit berisi. Mungkin lelaki ini boleh jadi pengawai polis. Badannya tidaklah seperti orang yang lemah.

"Maafkan saya, jika saya seperti orang asing. Datang tiba-tiba." tuturnya, kemudian.

Bersambung..