Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 67 - Chapter 67

Chapter 67 - Chapter 67

MASA KINI-Rafael bersandar pada kerusi dengan sengihan di bibirnya. Dalam seimbas, wajahnya masih tampak tampan walau kelihatan kusut. Rambutnya yang memanjang, di ikat dengan getah pasar.

Dua gambar yang bersaiz A4 pada dinding biliknya, berbingkai cantik direnung dengan wajah puas. "Jika aku tak dapatkan kau orang semula. Tak akan ada siapa yang dapat." gumam Rafael dalam senyum pulas.

...

"AKU tahu, rumahnya." Danish membuka mulut, apabila mendengar perbincangan antara mereka. Wajahnya serius, dia memandang ke arah Ainaa. Sebelum ini, dia sangat berwaspada dengan wanita yang berada di hadapannya. Kecelaruan informasi dan tiba-tiba Sofea adalah Ainaa, dan Ainaa yang sebenarnya muncul tiba-tiba. Datang culik dia, dan cuba melanggar sahabat baiknya. Ada ikatan dengan bapa saudaranya. Semuanya, hampir serentak. Jadi, untuk dia membuat keputusan adalah susah. Dia perlu berfikir panjang.

Setelah dia mengetahui serba sedikit semua permasalahan yang timbul, baru dia faham kenapa Ainaa berusaha mencari adiknya. Tanpa sengaja bertemu dengan dia, yang turut mengenali Rafael.

"Abah...akak, rasa dah tiba masa untuk kami berangkat dulu. Danish akan bantu kami, mencari rumah Rafael.

Ainaa menyalami tangan bapanya. Walaupun status sudah berbeza, tatkala ini. Zafran adalah bapanya.

Zafran mengangguk. Roman mukanya lembut dan sederhana. Hiba hatinya, melihat anak-anak tirinya itu berangkat pergi. "Hati-hati. Akak buat apa yang abah pesan, dan jangan sesekali meminta bantuan selain dari bantuan Allah."

Teguran itu, sentiasa dititipkan pada anaknya itu. Hanya kerana cemburu dan dendam. Hilang fitrah hingga tergadai akidah.

Ainaa mengangguk. Senyumannya nipis.

Sofea menurut, seperti kakaknya. Dia tidak seperti kakaknya. Dia lebih manja dengan umi daripada abah mereka. Dengar umi pernah bercerita padanya. Sebelum abah berkahwin lain, kakak adalah anak manja abah. Sentiasa berkepit ke hulu hilir. Terlalu rapat sehingga hubungan mereka menjadi teruk apabila abah berkahwin lain dan pindah keluar dari rumah.

Hampir berbulan kakak murung dan menyendiri di dalam bilik.

"Abah harap Sofie, balik semula pada Ammar macam dulu. Dah lama dia tunggu." sebut Zafran, lembut. Kepala anaknya itu, diusap kasih. Sofea angguk, dengan perasaan sedikit janggal.

Tetapi, hatinya sedikit tersentuh. Entah mengapa, hatinya sebak tatkala abahnya berpesan. Mungkin, dia juga rindu pada suaminya. Dia juga tidak tahu.

Danish yang tidak sengaja, mendengar perbualan dua beranak telah berpaling ke arah lain. Perasaannya..., masih ada pada Sofea. Dia lantas mengeleng. Menafikan dengan keras. Dia perlu membuang perasaan itu kerana Sofea adalah isteri orang.

Hukumnya berat dan berdosa, menyukai isteri orang.

Avienna menunduk sebelum berlalu. Tundukkan kecil itu tanda hormatnya pada Zafran, selayaknya sebagai orang yang lebih dewasa darinya.

Kereta beroda empat itu, sudah beredar dari perkarangan rumah Zafran.

Lelaki berusia itu, hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah. Sebaik-baik pengatur, adalah dari Allah.

Danish yang berada di seat pemandu, telah memandu kenderaan keluar, hingga membelok masuk ke jalan besar. Ainaa berada di sebelahnya, masih tekun membaca blog yang menghantar halaman baru tentang mereka. Dia agak takjub, dengan penyampaian cerita yang terperinci apabila semua perjalanan mereka sebelum ini, seperti disalin satu persatu. Bahkan, cerita tentang ibunya dan Meor, juga ada di dalam halaman baru.

Seolah-olah, kehidupan mereka dirakam di dalam kamera litar tertutup (CCTV).

"Vienn..can you trace this link." Telefon pintar yang berada di dalam pengangannya, dihulur pada Avienna yang berada di seat belakang. Avienna lekas mengambil, sebelum dia mengeleng.

Telefon kembali semula pada Ainaa. "Susah. We need more, to trace this link. If, we can get his id number. "

Danish mengerling. Antara banyak-banyak hal, tentang hubungan Ainaa dan Sofea dia sudah maklum. Tetapi, tentang Avienna..mengapa dia masih mengikut mereka sekali?

"Kak"

Ainaa menoleh.

"Blog kita keluar youtube." Sofea melayangkan skrin di hadapan kembarnya. Wajahnya tergambar riak risau. Apakah, ibu dan suaminya akan berkait sekali lagi dengan mereka.

Ainaa menarik nafas. Risau menganggu hati. Ada nafas yang mengeluh, terzahir antara mereka. Masih bertindan-tindan beban ke atas mereka dengan masalah baru.

...

MEOR berdiri dengan lengan bersilang. Wajah dua kembar yang tergantung di dinding, bersama satu lagi potret yang dilakar dengan pensil, berwajah lelaki menarik perhatiannya kerana wajah kesemuanya iras, seperti di tiru dan ditempel. Hanya dengan pemakaian sahaja, yang menunjukkan perbezaan rupa. Gambar potret lelaki yang dilakar, dengan pensel itu terbingkai dengan kemas.

Ruangan dalam masih sama dan tak banyak yang berubah. Rumah yang besar itu, terasa sangat luas waktu dia kecil, jika dibandingkan dengan dirinya sekarang.

"Jemputlah minum. Air bujang je, ikutkan makcik boleh buat cucur bawang." utara Zahrah, mengangkat dulang ke atas meja. Meor melepaskan tangan ke bawah, melewati Zahrah ke tempat duduk lalu mengambil duduknya di sofa. Air yang dihidang, siap dituang air di dalamnya.

"Saya datang sekejap sahaja. Saya datang sini sebab nak tanya tentang budak yang hilang dekat gunung pondok." Meor berterus terang akan niat kedatangannya.

Zahrah terdiam.

"Budak yang kamu maksudkan?" soal Zahrah. Dulang di letak di tepi meja. Dia duduk berhadapan dengan Meor. "Mak cik ingat kamu nak tanya pasal kakak dengan adik." tambahnya.

Meor mengelengkan kepalanya. "Saya..." Meor diam. Mungkin ada betul ibunya, meminta dia untuk lebih berwaspada. "Saya tahu, ramai yang datang jumpa dengan mak cik nak tahu pasal kakak dengan adik." Meor berjeda seketika. "Tetapi, niat saya datang sini, disebabkan pasal budak hilang di gunung pondok." kerana, perkara yang sama, berlaku pada anak saya. Ada keluhan yang tak terluah.

Keruh wajah Zahrah. Mengingat semula tragedi lama yang di singkap semula.

" Ya...memang ada budak hilang." Zahrah mula bercerita. "Masih ingat lagi, bila budak tu datang jumpa, sengih memanjang." sambungnya, dalam senyum yang mengukir.

Mungkin ini masanya dia, membuka cerita. Dia membetulkan duduknya, supaya selesa dan mudah dia menceritakan semula kejadian yang pernah menjadi salah satu tragedi di sana.

" Budak itu, suka sangat belajar dengan makcik. Belajar tanwin je pun. Mungkin ada seusia anak kamu, rasanya" Meor merenung Puan Zahrah.

"Masa mak cik menuntut dulu. Ada kes histeria, waktu itu dah rasa dasyat sangat. Mulanya, seorang budak lelaki yang kena. Sampai pelajar lelaki terpaksa laungkan azan berkali-kali. Banyak yang takut. Boleh kata, dalam sekelip mata sahaja pelajar perempuan pula yang kena. Banyak yang tumbang dan kena histeria.

Budak yang hilang itu, sebenarnya anak ustazah di situ. Hilang, waktu makcik tinggalkan budak itu dengan mak kamu."

Meor tersentak, namun di anggukan sahaja cerita Puan Zahrah. Lantas, dia mengulumkan senyum nipis. Anggukkannya, apabila Puan Zahrah terus bercerita.

"Ini, antara bukti parut dari kesan genggaman budak yang dirasuk histeria." Meor, melihat parut di tangan Puan Zahrah. Sememang ada parut kecil yang agak dalam, walaupun tak besar tetapi masih kelihatan parut cengkaman tangan. Pasti luka parut itu dalam dan menyakitkan.

Melihat waktu semakin berlabuh ke petang, Meor serba sedikit mengetahui kisah kembar yang diceritakan oleh Puan Zahrah. Sementara dia berada di situ, bayangan menantu Puan Zahrah langsung tidak kelihatan kecuali, waktu dia beransur pulang.

"Saya nak ucap terima kasih pada puan." ucap Meor. "Saya perlu berangkat pergi." sambungnya. Dia menunduk, hormat pada wanita berusia baya -baya ibunya.

Puan Zahrah mengangguk dengan segarit senyuman di bibirnya, lantas dia bergerak sama menghantar tamunya ke luar rumah. "Kalau kamu tak keberatan, kirim salam pada mak kamu. Dan, mak cik nak minta mak kamu pergi jumpa darul syifa'.

Meor mengangguk, lalu beredar.

Namun, saat dia mengangguk dengan pesan puan Zahrah, Meor mula tersedar bahawa Puan Zahrah mengetahui bahawa dia telah diganggu sesuatu. Masakan bisa, wanita itu meminta ibunya untuk berubat.

Bersambung...