Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 62 - Chapter 62

Chapter 62 - Chapter 62

TAHUN 1989

Hujan renyai-renyai sudah turun membasahkan tanah. Di waktu malam sebegini, yang gelap dan kawasan yang dikelilingi pokok-pokok tinggi, berbatuan kapur itu telah menyaksikan kehadiran dua manusia yang saling berpandangan antara satu sama lain dengan pandangan berbeza dan dengan pendirian masing-masing.

"Apa, yang kau dah buat..." Zafran memandang Amin yang berdiri di hadapannya, dengan satu perasaan kesal. Jejak lelaki yang menyeludup keluar dari kawasan aspura dan menuju ke kawasan hutan membuatkan dia, memutuskan untuk mengikutinya secara senyap. Dari firasat hatinya, dia dapat mengagak rakannya itu sudah pincang dari agama.

Semua perbuatan Amin, dapat disaksikan dengan matanya sendiri. Terkejut?! Ya, dia terkejut dan kesal. Perbuatan yang dilakukan oleh lelaki ini, sudah menyalahi prinsip agama dan bercanggah dengan iman. Perbuatan ini, adalah perbuatan syirik.

Zafran cuba mengamati wajah Amin. Wajah dan personaliti lelaki yang umur sebayanya itu kelihatan berbeza dari pernampilannya sebelum ini. Seakan-akan, persona pemimpin yang tegas dan suci itu dipalit dengan lumpur. Ke manakah, jati diri lelaki ini yang selayaknya menjadi contoh. Adakah semua perbuatan baik itu, hanya untuk nama?

Sejauh mana, lelaki ini sudah tersasar dari jalan yang benar?!

Amin merengus kasar. Tak sudah-sudah, Zafran menganggunya. "Zafran, kau masih tak serik!" Anak matanya melirik dengan liar. Melihat sekeliling, jika ada yang mengikutinya tanpa dia sedar, selain lelaki bernama Zafran.

Setelah, dia memastikan tiada yang mengikutinya selain Zafran. Amin mula beriaksi seperti biasa. Di hadapan lelaki yang bernama Zafran, dia tidak perlu berpura-pura. Dan..dia tak perlu untuk menjadi manusia alim yang di agung-agungkan orang.

Liang ruma di belakang tengkuk Zafran meremang, menandakan ada sesuatu yang di luar pacainderanya mendekati. Lantas, dia membaca kalimat akhir ayatul kursi berulang kali sehingga dia merasakan tubuhnya panas di waktu cuaca dingin. Dia bukan alim, dia hanya yakin pada Allah sahaja. Dia tak hebat. Dia tahu, itu.

Belakang badannya yang basah dengan air hujan, bercampur peluh yang berkeringat. Bibirnya, berhenti seketika. Dahinya, berkerut dengan wajah yang mula berubah terkejut. Dia terimbau akan amaran Amin tika lalu. "Kau masih amalkan ilmu hitam sejak hari itu?!"

Sengihan nipis di raut wajah Amin tidak jelas di penglihatan mata, disebabkan suasana malam yang gelap. Namun, Zafran dapat mengagak akan keletah lelaki itu yang mulai menampakkan belangnya.

"Ah...aku amalkan ilmu hitam." Tawanya besar. Terbahak-bahak, ketawa besarnya yang memenuhi ruang-ruang hutan. "Apa hak kau kata aku amalkan ilmu hitam!!" Pekik Amin kasar. Badannya melayang laju ke hadapan Zafran dan berhenti beberapa langkah dari lelaki itu seolah-olah ada perisai yang menghalang. Benteng yang membataskan dia mendekati. Matanya terkedip-kedip memandang Zafran. Jelas, riak muka Amin terkejut.

Zafran melihat Amin yang melayang bagaikan hantu terbang, dan berhenti di hadapannya membuatkan dia berundur spontan beberapa langkah. Dia tidak menyangka, lelaki yang dianggap hebat dengan kepetahan bercakap. Ilmu agama yang tinggi dan kelincahan ilmu silat yang tiada bandingnya, akhirnya membuatkan lelaki ini tersasar jauh sebegini. "Kembalilah kau dalam Islam. Kau sudah lama tersesat." Zafran cuba memulakan percakapan.

Zafran akui, bahawa dia bukan lelaki yang arif dalam bidang agama untuk menasihati orang. Tambahan lelaki yang ingin di nasihatinya itu, lagi alim dalam bab agama.

"Aku Islam!!" marah Amin.

Suara ngilaian Jahil bergema, memekakkan telinga. Suara ngilaian itu didengari jelas oleh Zafran dengan perasaan terkejut dan takut. Walau takut itu untuk Allah, dia tak mampu membuang perasaan takut pada yang tidak nampak. Tambahan, ada cerita-cerita yang selalu di kisahkan pada mereka, kisah yang menakutkan. Kisah yang menyeramkan dari dunia makhluk halus.

"Kau manusia bodoh!! menduakan tuhan dan meminta kuasa selain dariNya itu, adalah sesat!!" pekiknya, si bangsa halus tanpa tahu dari mana arah datangnya suara.

Mendengar suara yang nyaring itu, membuatkan dia terkesima dengan kata-katanya. Benar. Sememangnya, kata-kata dari bangsa ghaib itu adalah pernyataan yang benar. Meminta bantuan selain Allah adalah sesat dan syirik, dan perbuatan itu adalah sangat jelas bahawa ianya sesuatu perbuatan yang menyimpang dari jalan kebenaran.

Kata-kata ustaz, menyinggah ingatan Zafran. Bangsa dari alam ghaib adalah bangsa yang diciptakan dahulu oleh Allah sebelum kejadian manusia. Mereka adalah bangsa yang berilmu tinggi, dan jangan kamu merasa kagum atau mahu mempelajarinya. Kerana pemilik ilmu tertinggi adalah Allah.

"Kau diam, iblis!!" marah Amin. "Jangan sampai aku bakar kau!" Tambahnya lagi. Amarahnya kini, tertumpu pada Jahil yang meleceh-lecehkannya. Jika, Jahil sengaja mencabarnya. Dia akan membakarnya seperti waktu dulu!

Suara mengilai si Jahil kembali bergema lagi, membuatkan Zafran yang berada di situ meremang ketakutan. Suara kuat itu, seperti berada di belakang anak telinganya. Dekat!

"Zafran.." Jahil memanggil, dengan suara yang seakan berbisik pula lalu membuatkan lelaki muda itu memaling dan memandang. Renungan mata Jahil, mengerunkannya.

"Allah!!" Zafran, mengundur dan hampir terduduk.

...

Masa Kini-Ainaa yang lena, terjaga dari mimpi. Dahinya berpeluh, mukanya pucat. Gambaran di dalam mimpi, gelap dan sukar dikenal pasti keberadaan mereka. Wajah samar-samar yang dilihatnya di dalam mimpi, mulai pudar perlahan-lahan. Tetapi, nama lelaki yang bergema di dalam mimpinya itu. Dapat diingatinya dengan mudah.

"Ya...Zafran." Tangannya mengusap wajahnya yang berkali-kali. Menjagakannya dari mimpi. Walau Ainaa cuba membuang tatapan gerun si iblis yang di dalam mimpinya. Namun, tatapan itu seakan kuat tergambar di hadapan mata seolah-olah bangsa jin itu bercakap dengannya.

"Kak!! Kak!!" Sofea, yang berada di belakang seat kenderaan menampar bahu kakak kembarnya. Kakaknya meracau sedari tadi, dan memanggil nama Zafran.

Ainaa menoleh ke belakang. "Hmm!!" balasnya pendek, sebelum memandang ke hadapan. Avienna masih memandu kenderaan, walau ada juga sekali dia cuba mengejutkan sahabatnya itu. Perjalanan mereka masih jauh untuk mereka sampai.

Ainaa melurut dadanya. Ianya mungkin petanda, dan mungkin juga asbab kenapa nama Zafran naik. Cebisan kertas surat khabar itu, di simpan sekali dalam kotak yang disimpan di dalam laci kereta. Dia yang secara tidak sengaja membaca naskah akhbar tentang Zafran, mencari jawapan di dalam novel karangan lelaki itu.

Dia tahu..Zafran mahu, mereka mencarinya semula.

Betul! Jawapannya yang dia perolehi, masih samar. Dia perlu dapatkan jawapan pasti dari mulut lelaki itu sendiri. Jika tidak…sampai bila mereka perlu hidup dihambat bayangan yang tak jelas. Dan..dia tak akan dapat bertemu dengan ibunya buat selama-lamanya.

Bersambung..