PADA Tahun 1989, di waktu malam di suatu kawasan yang berhampiran dengan pinggiran hutan. Amin yang mengenakan pakaian tanpa kopiah dan kain selempang dibahunya seperti selalu, telah berjalan seorang diri melalui lorong di belakang pondok. Dia menyeludup keluar saat dipastinya tiada penuntut yang menyendarinya keluar dari kawasan penghuni pondok. Dia bergerak keluar ke arah gunung siap lengkap dengan baju hitam serba penuh. Dia mengatur langkah ke dalam hutan meredah semak-semak tinggi dengan wajah kusut dan tegang.
Untungnya, kerana bajunya yang berwarna hitam itu tidak kelihatan di dalam suasana yang suram dan gelap. Sememangnya, dia tidak mahu dirinya mudah di lihat.
Beberapa minit, dia mendaki anak bukit dan berjalan di susur galur hutan tebal itu semata-mata perjanjiannya yang perlu dibayar. Dia berjalan ke kawasan yang lebih dalam, dan dengan langkah yang laju. Seolah-olah, ini adalah tempat kebiasaan dia datang dan baginya, tiada sesuatu perkara pun yang mampu mendatangkan bahaya padanya. Semakin lama dia berjalan, semakin tenggelam jasadnya ke dalam belantara yang tebal. Langkahnya itu yang membawa dirinya ke arah kawasan kaki gunung. Di kawasan tempat dia memuja.
Kawasan hutan itu, penuh dengan pokok-pokok tinggi yang melepasi ketinggian pokok-pokok biasa. Tanah yang berbongkah batu, agak berisiko jika tidak berhati-hati mendaki. Ada juga kawasan tanah yang mempunyai kawasan lembab-basah walaupun tiada hujan yang turun. Di kawasan hutan sebegini, tidak ada manusia yang menetap hidup.
Suasana malam itu tetap bising dengan nyanyian unggas dan cengkerik, semakin nyaring menyanyikan irama hutan. Ada pertanda, malam ini akan ditemani oleh hujan.
Amin, tidak gusar akan malam yang semakin pekat. Langkahnya yang diaturnya semakin deras, tidak dilengah-lengah masanya hanya untuk melayani suasana malam. Dia seumpamanya sudah tekad untuk tunaikan bayarannya malam ini.
"Kau.., bentangkan cahaya untukku!" unggah Amin dengan angkuh, suaranya kedengaran dalam dan kasar. Lembaga alam ghaib itu, sudah lama menemaninya sejak dia mendalami pencak silat. Kerana kawasan yang semakin gelap, menyukarkan dia melihat walaupun malam ditemani bulan terang.
Jalan yang gelap itu, mulai kelihatan di pandangan matanya. Cahaya api yang terbang, melayang di hadapan Amin menurut apabila diarah. Riaksi Amin bersahaja, sebelum dia tiba pada satu tapak batu yang besar dan lebar. Kantung kain hitam, di buka. Ada batu kemenyan, ada gulungan rambut dan cebisan kain berwarna hitam. Batu kemenyan itu, di ramas pada tapak tangannya.
Dia duduk bersila, dengan mata yang berkatup rapat. Bibirnya bergumam, memulakan upacara ritual sebelum memasuki alam ghaib dari pandangannya selayaknya yang diajar oleh tuk guru silat. Kalimah yang tidak jelas itu, sukar dimergerti maknanya. Jika silap bacaan, upacara ritual itu akan gagal dan memakan dirinya semula. Jadi, dia perlu berhati-hati. Dia perlu waspada.
Unggun kayu yang diletakkan di hadapannya, tanpa dia perlu menghidupkan api, mula terbakar perlahan-lahan sebelum marak menjadi api yang besar. Sengihnya kelihatan melihat kekuatan oalsu yang dimilikinya sementara.
Bibirnya terkumat kamit, membaca ayat mantera. Dan dia mulai bangun, terenjut-enjut dengan perlahan-lahan. Kain hitam dan gulungan rambut serta kemenyan dibakar sekali. Melihat bungkusan itu di makan api, dia menapak dalam satu seni tarian silat. Lenggok tangannya dan derap langkahnya, berirama seperti satu pesta tarian. Cuma, geraknya lebih kepada satu pemujaan.
Dia terlalu jauh dari jalan yang lurus. Sengihnya melebar tatkala, kepulan asap berwarna putih kelabu mengelilingi tubuhnya.
"Aku minta kau kuatkan kuasa aku. Aku terlalu lemah waktu berlawan dengan musuh kau." Sungut Amin dengan nada keras.
Dalam pandangan Amin, perempuan tua berselindang batik sengih di balik selubung lusuhnya. Hanya nyeringai ketawa, yang kedengaran apabila dia mulai bersungut akan kekuatan yang dimilikinya. Amin merengus tidak senang.
"Kau ingat, aku tuhan nak bagi kau kalahkan musuh. Jangan jadi bodoh, manusia syirik!!" lengking si bangsa halus sebelum tubuhnya merubah menjadi kepulan kabus yang hilang dari pandangan mata manusia. Berlegar-legar di sekeliling Amin.
Mendengar bicara dari bangsa jin itu, telah membuatkan dirinya tersentak, apabila dia digelar manusia syirik oleh khadamnya sendiri. Kata-kata lelaki yang dilawannya ketika itu, berlegar-legar di fikirannya. Bengang!
"Kau sudah sedar?!!!" bisik wanita tua itu di cuping telinganya. Amin melibas ranting kayu yang dipungut sewaktu berjalan seketika tadi yang dibawanya sekali. Terundur dia beberapa langkah ke belakang.
Anak mata hitamnya itu cuba mencari kelibat halus di dalam kawasan yang kelam. Api yang menyala-nyala, yang mengikutinya tadi. Lenyap bergitu sahaja seperti menjauhkan diri. Hanya samar-samar cahaya unggun kayu api yang dinyalakan tadi, masih menampakkan kawasan sekitarnya.
Kerana tuk gurunya, dia mempunyai dua khadam. Satu miliknya dari keturunan saka. Satu lagi. yang diberi oleh tuk gurunya.
"Heh!!" cemuh Amin. "Dasar bangsa tak mengenang budi. Kau masih punya darah yang perlu ditebus, Jahil!!" Amin membuka langkah. Dia bergerak penuh seni, umpama langkah si belang dia bergerak tari.
"Bukan aku yang tak kenang budi. Tapi kau...sudah melampaui batas! Aku adalah khadam dari keturunan kau untuk kau, bayar hutang..bodoh!!" sergah Jahil di hadapan Amin, dengan wajah yang mengerunkan. Amin tidak berganjak. Ditenungnya anak mata Jahil tanpa gentar, kecuali dengan perasaan berang dan marah. Amarahnya meluap-luap.
Jahil ketawa dan menghilang.
"Engkau bodoh!" Sela Jahil yang mulai menampakkan diri di dalam jubahan hitam yang labuh, di suatu sudut yang jauh dari cahaya unggun api. "Tidak cukupkah aku sahaja yang menjadi teman kau. Aku cantikk..."
Amin senyap. Mempelajari ilmu silat dari tuk gurunya itu sehingga dia menjadi anak didik kesayangan. Kerana itu, dia dianugerahkan teman ghaib kerana dia mampu menguasai jurus silat lebih baik berbanding anaknya sendiri. Namun, kerana temannya itu baru tiga ratus tahun, dan masih lemah. Kekuatannya tak menyamai Jahil yang sudah beribu tahun.
Kata-kata Jahil, itu dia faham. Dia mahu teman yang dimaksudkan itu dibuang. Bukan dia tidak sedar. Kelakuannya itu akan diketahui oleh tuk gurunya nanti. Jika melepasi garis sebagai penuntut tuk gurunya. Dia akan di buang dari pondok penuntutnya itu.
"Kau..mahu aku bakar!!" Oktaf suara Amin yang mulai kedengaran bergitu keras. Dia tidak mahu, hanya memiliki Jahil yang sukar untuknya kawal. Dia perlukan jentera lain, yang bersiap sedia.
Jahil mengilai dengan suara nyaring.
" Bodoh...bodoh...bodoh....manusia bodoh..." Jahil mula melangkah, memasuki ruang cahaya mengilai nyaring.
Namun seketika, tampak langkah bangsa ghaib itu yang kelihatan seperti menginjak tanah, berjalan mendekati Amin. Langkahnya seakan-akan manusia, tetapi hanya menapak di atas angin. Kain labuh yang membalut tubuh itu, mulai menyelunsur jatuh menampakkan gambaran seperti perawan muda yang memiliki tubuh mongel yang mengoda.
Semakin dekat jarak mereka, semakin terlucut kain di tubuh jahil dengan sengaja. Wajahnya muda dan kelihatan mempersona, dengan rambutnya hitam panjang mengurai. Tidak seperti pernampakkan wajah sebelumnya itu telah membuatkan Amin berpaling. Dia tidak mahu mencemarkan matanya dengan ilusi kebohongan bangsa jin yang sudah sedia tahu, suka menyamar. Dirinya, sudahpun memasang kekuda silat. Bersiaga akan bangsa yang mahir memanipulasi.
Jahil tersenyum lebar. Dia mendatangi Amin, dan memeluk jasad lelaki itu dari belakang. Tiada seurat benang membalut tubuh itu. "Kau tahu...apa yang aku inginkan.."
Bisikkan itu, semakin mengoda. Amin mendengus tidak senang. "Kau juga tahu, apa yang aku mahu." Usapan Jahil dan pelukkan itu, langsung tak mengodanya. Dia hanya mahu kekuasaan. Dia mahu dipandang hebat di mata Zahra.
Ya...Zahra. Wanita manis itu, dia mencintainya.
Jahil mengeram tiba-tiba. Lalu ghaib! Ada tamu, datangnya tak diundang di hutan belantara. Bukan hanya Amin seorang. Ada satu lagi jasad yang muncul.
"Apa yang kau buat!" Suara garau itu, kedengaran kasar.
Jahil yang hilang tiba-tiba, mula kembali seperti asal dan menghindari jaraknya dari Amin. Amin menoleh ke belakang. Kehadiran orang itu benar-benar membejatkan pengerakkannya.
"Apa yang kau dah buat.."
Bersambung...