Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 57 - Chapter 57

Chapter 57 - Chapter 57

Masa kini-Pejalanan dari Perak ke Selangor.

Danish membetulkan duduknya. Ainaa dan Sofea, yang baru sahaja dikenal pasti identiti dua beradik kembar itu hanya senyap menyepi. Gadis berbangsa India yang dipanggil Vienna juga, masih membisu tak berkata apa. Danish pun bergitu. Bertingkah sama seperti mereka. Lagaknya, mereka seperti bersepakat antara satu sama lain.

Hanya bunyi deru enjin kenderaan berat, yang mengisi kesunyian di antara mereka berempat. Tiada siapa yang bersuara mahupun, ingin membuka siaran radio.

Pertelingkahan awal di antara kembar kakak dan kembar adik, membuatkan Danish bingung dengan rentak cerita mereka. Apa maksud mereka, bila mereka membuka cerita tentang cerita di blog? Jika dia ulang perbualan si kembar kakak, seolah-olah blog mereka berhantu. Blog uodate cerita sendiri??? Semua yang berlaku ini, ada kaitan dengan Meor, sepupu aku. Ada pulak cerita pembunuhan...? Tiba-tiba??? Jika betul sangkaan Danish, blog ini berhantu. Memang gila!!!

Arghhh!! aku tak faham!! Dah pulak, Sofea guna identiti kakak dia selama ini sebab kakak dia suruh. Aku pula sangka, dia Ainaa. Yalah...selama, yang aku kenal. Sofea guna identiti kembarnya. Dah kahwin dan sudah mempunyai suami. Huh....memang gila!!

Seolah-olah macam kisah dongeng sinetron. Berbelit juga, Danish nak faham. Dalam pada yang sama, suami Sofea sakit mental. Sofea pula, seperti tak kisah dengan suami dia.

Dan...Danish, yang secara tak sengaja. Pernah praktikal dengan Hospital Tanjung Rambutan.

"Gilaaa...." Danish bergumam perlahan. Soalan, demi soalan timbul di benak akalnya hingga dia sendiri tidak sedar dengan ulahan perlahannya. Dia cuba mencantumkan cebisan puzzle yang baru dia temui, namun masih buntu. Dia masih dipermulaan. Dia belum jumpa keseluruhan cerita. Dia juga, masih sukar nak faham.

"Apa yang gila?" aju Sofea, tatkala Danish bergumam perlahan.

Tak sangka, Danish dan Sofea mempunyai takdir yang sedekat itu. Takdirkah?? Sofea tak punya jawapan. Masakan dia tahu, Danish merupakan sepupu rakan sekerja kakaknya dahulu. Takdir baik, atau takdir buruk? Dia tak dapat nak agak.

Tetapi, apa yang melibatkan kakaknya dan dirinya serta seluruh keluarga, membuatkan dia tertekan dan marah. Marah dengan jalan kehidupannya.

Sofea mahu, hidup seperti orang lain. Bukan hidup seperti ini. Hidup yang keseorangan dan kesunyian. Kadang hati rindu, tapi dia tak mampu membuat apa-apa. Pesan dari ustaz yang merawat mereka, mengingatkan dia bahawa mereka tidak boleh duduk bersama. Akan ada petaka yang datang dan hantui mereka.

Danish yang ditanya tiba-tiba ditanya, menoleh memandang Sofea yang berada dekat dengannya. Tersangat dekat, hingga Danish berpaling semula keluar tingkap. Terkejut dia, apabila wajah Sofea terlalu dekat dengan wajahnya. Lantas, Danish mengelengan kepala. Wajahnya pucat lesi.

Wajah Sofea...menakutkan.

"Sorry..aku faham kau marah." Sofea mengundur ke belakang, menjarakkan diri dari lelaki itu. Dia faham sikap Danish yang dingin. Siapa tak marah kalau kena tipu hidup-hidup. Andai dia berada di dalam kasut yang sama dengan Danish, dia juga akan berulah yang sama dengan lelaki itu.

Ainaa mengerling, mencuri lihat gelagat di tempat penumpang belakang. "Kau tak payah dik, nak bermaaf bagai." Celah Ainaa, tanpa perasaan. Beku dan dingin.

Sofea merengus. Sifat lembutnya dahulu, seolah-olah menjadi sisi lain yang menutup siapa sifat dirinya. Terlalu berubah dengan ketara. "Kau kan kak, janganlah nak cegei! Lagipun, kau kena ingat dengan pesan Ustaz Rafael. Aku tak rasa, kau lupa kak walaupun kau koma bertahun." sindir Sofea dengan riak dirinya yang tak senang apabila dia cuba bersikap baik dengan Danish. Lelaki yang banyak membantunya bila, dia perlukan bantuan. Jika di ikutkan, bukan kakaknya seorang sahaja yang struggle selama ini. Dia juga hidup struggle selama mereka berpisah.

"Jangan kau sebut nama ustaz itu. Aku tak suka!" tutur Ainaa, tidak senang.

Pemuda yang bernama Rafael, adalah seorang ustaz yang dipanggil ibunya untuk merawat mereka. Ustaz itu, bukan orang lain. Anak kepada kawan sekolah ibunya. Dia bukan nak berpandangan negatif, tetapi kedatangan lelaki itu sejak awal mereka bersua membawa perasaan yang tidak enak. Dia tak sedap hati, apabila ustaz itu cuba merawat mereka. Seolah-olah dia dan lelaki itu ada hubungan yang dia sendiri sukar nak tafsirkan. Jika ikutkan pada pandangna ustaz itu melihatnya, seperti memberi pesanan.

Sangkaan dari firasat hati, tak semestinya betul. Tetapi, lebih baik berhati-hati dari menurut sahaja. Jika ibunya, mungkin dengan mudah akan percaya. Tapi, tidak dia.

"Kalau kau tak suka aku sebut nama lelaki itu. Kau jangan sindir aku, dengan apa yang aku buat. Aku tak suka!" Sofea membalasnya. Bahasanya kasar. Nada suaranya, kadang tidak dikawal. Danish memandang hairan dari tempat duduknya.

Rengusan marah, kedengaran di seat pemandu. Sofea tahu, kakaknya marah. Dia tidak peduli. Bukan salah jika dia nak minta maaf pada Danish. Dia buat perkara yang tepat. Jika diikutkan, sememangnya salah dia juga, sebab menipu walhal, Danish lelaki baik. "Sorry, pasal kakak aku juga." suara Sofea, selang beberapa ketika perkelahian antara dia dan kakaknya, berhenti.

Danish masih sama. Reaksinya, hanya dibalas dengan reaksi wajah atau isyarat tubuhnya. Fikirannya lebih tertumpu pada soalan di kotak fikirannya. Pertelingkahan dua beradik, tak dipeduli.

Spontan, Sofea mengeluh. Penat!! penat dengan bebanan yang menimpa mereka. Tiada jawapan yang mampu diberikan. Kadang, ingin sahaja dia mengambil jalan pintas dengan membunuh diri. Tetapi, apa kesudahannya. TIADA.

Jika pasal Ammar. Suaminya itu...betulkah, dia tak rindu?? atau, sebenarnya dia rindu...tapi, dia tak mahu mengaku. Hati, jika pada orang lain tak semua boleh menipu. Cuma dia...hati dia..

Sofea kelu. Sama. Masih tak punya jawapan.

Bersambung...