Mihrab
Kuala Kangsar- Di masa kini.
Malu! Segan! Ammar Waziff bungkam. Pengerakkan yang spontan, tanpa dia sendiri sedar. Dia terus berlalu, menghindari diri dari rakan lamanya yang pernah berkerja di satu tempat yang sama. Walhal, sahabatnya itu bukan orang lain. Kawan ketika dia bersekolah dahulu.
Tak tahu, bagaimana dia mahu gambarkan perasaannya. Dia sendiri keliru.
Ammar mengeluh. Nafasnya terasa mengah, dahaganya terasa perit di hujung halkum. Di kawasan lorong, belakang kedai membawa bauan hanyir dan busuk dari longkang. Lantas, hidungnya itu dipicit dengan dua jarinya. Menghalang bau itu, memasuki rongga pernafasannya. Dia mengatur langkah, meneruskan jalan ke laluan sempit dan kotor. Jika dia mahu berpatah semula ke jalan besar, risau terserempak dengan rakannya itu.
Telefon pintar yang retak seribu, mula berdering tiba-tiba. Lantas, tangan kirinya menyelup saku seluar lalu mengeluarkan telefonnya. Rengusnya kurang senang kedengaran marah tika skrin telefon bimbitnya itu, langsung tidak memberi tindak balas saat dia cuba mengangkat panggilan si pemanggil. Hanya bunyi, nyaring yang meledakkan teriakkannya. Dia langsung tak boleh melakukan apa-apa. Ammar rimas dan runsing! Marahnya, tak terkawal. Tetapi, apa yang boleh dilakukannya. Dia tak punya pekerjaan yang tetap dan duit yang sedia ada juga tak mencukupi.
Leka Ammar, diganggu.
"Good!" Nafas deras, dan tamparan lembut hinggap dibahu kiri Ammar. Ammar lekas, beralih. Terkejut dengan suara dan sapaan yang tiba dari arah belakang. Matanya membulat.
Ammar cuba membuat tindakan yang sama. Namun, segera di halang oleh rakannya. Entah kenapa, malunya menyambar dan mulai menebal. Tak sangka, sahabatnya masih berusaha mencarinya. Sangkanya, sahabatnya itu sudah berputus asa. "Hei!! Kau dah kenapa!"
Nyata, perbuatan Ammar yang cuba mengelak dari bertemu dengannya, membuatkan dia marah. "Beria aku kejar kau! Kau nak lari, dah kenapa!" Ujar Mihrab. Bengang! "Kau asal!!" Soalnya.
Dari jauh, dia dapat meneka susuk tubuh rakan lamanya itu. Khabar rakannya, berhenti kerja sebagai anggota polis membuatkan dia sendiri terkejut. Malah dia mendapat tahu, rakannya itu sakit setelah mendapat berita isterinya dan kakak iparnya hilang tanpa berita. Baru harini, dia dapat berjumpa semula dengan Ammar.
Merata juga dia mencari. Ada yang memberitahu, Ammar dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan. Entah ia, atau tak. Dia tak berani nak membuat keputusan tanpa dia sendiri yang siasat. Alang-alang dah jumpa, baik dia tanya pada empunya badan.
Bila dilihatnya, Ammar cuba mengelak dari bertemu dengannya. Mihrab segera membatalkan niatnya. Yang pasti, sahabatnya itu mungkin dah sembuh.
"Maaf.." Ammar Waziff menunduk. Matanya, dilempar ke arah lain. Bau busuk yang meneroka ke saluran pernafasannya, langsung tak disedarinya.
Mihrab, menekup separuh mukanya dengan telapak tangan. "Dah, jom keluar dari sini. Busuk! Susah aku nak cakap." Kata Mihrab, mengajak sahabat lamanya keluar dari lorong busuk. Jika dilihat persekitaran. Langsung tidak dijaga kawasan sempit ini. Longkang tersumbat, sampah dan sisa makanan merata-rata dan bertaburan. Kadang-kadang, ada beberapa ekor tikus yang dapat dilihat melintasi longkang. Kotor!
"Kau pergilah dulu." Ammar menolak ajakkan Mihrab. Mihrab mengeluh, kecil.
"Kau jangan, bagi aku gari tangan kau. Baru kau nak keluar, ikut aku! Dah, keluar!" marah Mihrab sambil tangannya menarik jasad sahabatnya itu, mengikutnya keluar dari lorong itu. Dalam marahnya itu, Mihrab senyum nipis. Dia tahu, Ammar malu padanya.
Satu sikap Ammar, yang tak berubah. Malu.
Walaupun, ada beberapa perubahan pada sikap Ammar. Tapi, sedikit sebanyak dia tak lupa perangai Ammar yang pemalu tak kira tempat. Kadang, dia sendiri pun boleh terasa dengan sikap Ammar. Seolah-olah, Ammar sombong. Hakikatnya, Ammar sememangnya pemalu dengan mana-mana yang dikenali ataupun tidak.
Kadang sebab sikapnya ini jugalah, dia suka mengusik kawannya itu.
"Hei, dah lama aku tak jumpa kau." Aju Mihrab. Sementara mereka berdua berjalan keluar ke arah sebuah warung cendol di tepi jalan. Pelukkan mesra dibahu Ammar, tak dilepaskan. Walaupun dia jaguh dalam larian, tapi tak terdaya nak kena kejar kawannya setiap masa.
Ammar Waziff mengangguk. Mihrab sengih.
"Kau buat apa, sekarang" tanyanya lagi.
"Tak ada apa." Balas Ammar Waziff pendek. Sepatah ditanya, sepatah juga di jawab. Mihrab melebarkan senyumannya.
"Dahlah kau! Duduk,aku belanja kau cendol." Ujarnya. Ammar menurut seperti anak kecil. Mihrab mengangkat tangan, melaung pada tukang kedai. "Abang, bagi cendol, dua. Kau, nak makan?" Dalam dia mengorder, sempat juga ditanya pada kawannya. Kerusi ditarik untuk duduk.
Ammar pantas mengeleng. Tidak mahu.
"Hah, Abang! Bagi laksa, dua."tokoknya lagi. Isyarat tangan 'Okay' dari taukeh kedai, membuatkan Mihrab mengangguk sebagai isyarat 'Ya'.
Ammar cuba menahan rakannya itu untuk mengorder makanan. "Tak payah. Aku.." Tetapi, bunyi keroncong perutnya berbunyi tiba-tiba, yang secara tak sengaja membawa tawa pada sahabanya itu. "Lapar…" perlahan, ungkapan akhir dari Bahasa Ammar itu disambungkan. Mihrab senyum sengih. Tawanya yang meledak, habis dihamburkan. "Bang, Laksa dua itu. Satu nak lebih, ya." Permintaannya yang tadi, ditambah lagi. Tukang kedai senyum, mengangguk.
"Kau ni, Waziff. Dengan aku, kau nak segan juga ke?" suara Mihrab, mengaju soalan pada Ammar Waziff. Dia menyandar dengan selesa di kerusi plastic warna putih lusuh, menunggu cendol dan laksa tiba.
"Tak." Balas Ammar, pendek. Intonasi suaranya sudah berubah sedikit. Lebih mesra, jika nak dibandingkan dengan awal pertemuan mereka. Barangkali, Sahabatnya itu sudah mulai selesa dengan dirinya.
"Kalau tak segan, asal kau mengelak dari jumpa aku. Kau dengan aku, best buddy kowt!" lontar Mihrab. Ada nada kecewa dihujung bicaranya. Dua mangkuk laksa, sudah tiba di atas meja. Selang beberapa minit, cendol pon tiba di atas meja.
Ammar diam. Suasana bising tadi, berubah sunyi. Hanya bunyi sedutan dan hirupan makanan dari diri masing-masing. Seolah-olah, masing-masing berada di dunia sendiri.
Cukup, tiga hirupan. Mihrab kembali menyoal. "Kau ada masalah ke?" Mangkuk cendol,mulai susut airnya. Laksa, tidak berapa luak.
Ammar mengeluh. "Sorry. Aku.." Ammar mengeluh. Penatnya hidup di muka bumi ini. Keluhan di rengkungan itu, dirasakan pisau yang melukakan. Tak mampu berbuat apa-apa, tetapi dia dah terluka.
Bersambung..