Di dalam hutan belantara-Masa kini
Langit gelap, suasana mula suram. Hujan renyai-renyai, sudah turun semakin lebat. Seakan tiada tanda, hujan akan berhenti. Mungkin, hujan akan berterusan hingga siang berlabuh. Tengah hari, kian beranjak ke malam.
Hutan tebal yang ditumbuhi pepohonan tinggi dan berdaun lebat, seakan menari riang ditimpa air hujan bertalu-talu. Suhail yang tidak sedarkan diri, masih di lantai bumi. Terjaga dengan wajahnya keliru, apabila sapaan hujan yang menyakitkan menyapanya. Dalam basah dan dungu, dia bangun dengan pantas mencari tempat berteduh.
Terkekau-kekau dirinya, sekejap-kejap melihat sekeliling. Otaknya ligat, memerah ingatan. Timbul persoalan yang tidak berjawapan. Tengkuknya, terasa meremang. Bulu rumanya menegak.
Suhail, mengusap belakang tengkuknya. Dadanya, mula terasa debaran memuncak.
"Danish." Nama temannya, terpacul sebaik ingatannya telah dapat diraih semula. Dalam pada itu, kesakitan di belakang kepalanya juga terus dirasai. Tangannya, terus melurut dengan pantas menekup tempat sakit.
"Erghhh.."Dia beraduh sakit. Suaranya, serak. Sakit dan pedih. Dahinya berkerut, hingga alis keningnya bertaut seakan menjadi satu. Matanya sepet dan berkedut. Belakang kepalanya terasa perit dan pedih. Dia mula risau. Sahabatnya itu, bahkan wanita yang dipanggil oleh Danish, Sofea juga.
Tidak ada di kawasan ini.
Usapan yang lembut di bahagian kepalanya, dapat merasakan ada benjolan yang membengkak. Matanya, berwaspada melihat keliling mengikut nalurinya sendiri. Rakannya, dan budak perempuan itu telah hilang. Perangkapkah? Adakah mereka cuba nak culik, Danish? Suhail mengerah fikiran. Terlalu banyak tanggapan. Sehinggakan dia mulai merasa, dirinya tidak selamat jika masih berteduh di pondok binaan bapa Danish.
"Ahh, aku kena balik. Aku kena beri tahu, bapa Danish. Kalau tak pun, keluarga aku mesti tahu." Tuturnya, berbicara sendiri. Dalam lebat hujan, Suhail meredah dengan langkah yang agak terbatas. Mata yang dimasuki air, menyukarkan kecepatan langkahnya. Adakala, dia hampir sahaja terdorong dan tergelicir ketika menuruni bukit curam.
Sewaktu dia hampir tiba, di kawasan lorong jalan kampong. Motor Danish, elok bertongkat di tepi pokok. Malah, anak kunci pun masih ada pada motor seperti yang diceritakan oleh Danish. Barang yang ditinggalkan pun masih elok berada dalam raga motor. Serba salah, dia nak tinggalkan motor kawannya. Alang-alang, lalu. Baik dia bawa sahaja motor kawannya. Jika nak masuk semula ke dalam hutan ini, semata-mata ambil motor. Memang taklah.
Dalam hujan lebat, yang langsung tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Suhail menghidupkan enjin motor lalu membonceng ke lorong jalan besar. Ada juga, beberapa kali. Motor yang ditungangginya itu mati di tengah jalan. Tiba sahaja di jalan besar, sebiji kereta yang dipandu laju, lalu melintas dihadapannya hingga memaksa dia menekan brek mengejut. Tertahan-tahan dia, menggunakan kaki. Jika cepat selangkah. Pasti berlaku kemalangan. Dan dia, pasti menemui ajal. Jika dilihat, dari jauh, kereta berkuasa tinggi itu kelihatan seperti mahu merempuhnya.
Streetttttttt!!!
Kereta besar Hilux, berhenti mengejut hingga kedengaran geseran tayar yang kuat bergeser di atas jalan tar yang berpasir. Pandangan Suhail, mula tertumpu kearah kereta. Kereta besar yang berhenti di pertengahan jalan, bergerak ke belakang dengan kelajuan yang tinggi.
Suhail terkejut, lalu lekas meninggalkan motor Danish dengan tindak balas spontan untuk menyelamatkan dirinya. Dia kegerunan, tatkala motor Danish tumbang dan berkecai apabila dirempuh oleh kereta tersebut. Segala barang yang berada di dalam raga motor, berserakkan di atas jalan.
Nyawa Suhail, masih liat. Malah, degupan dadanya berombak kencang. Meremang seluruh badannya. Terundur-undur langkah kakinya.
Suhail tak menunggu. Dia terus angkat kaki. Beredar secara tergesa-gesa. Jika dia masih menunggu, alamatnya. Mungkin dia mati. Dan yang paling menyedihkan, mungkin kuburnya juga tak bertanda.
"Erghhhhh!!!" Rengusan kasar, kedengaran kuat. Dari jarak yang jauh, Suhail masih mampu mendengar suara kasar. Dia tidak lagi menoleh. Suhail berlari sepantas yang mungkin. Hujan yang lebat, diredah tanpa peduli. Hanya ada satu tujuan yang tinggal. Dia harus menyelamatkan diri. Dia lari sekuat hati.
Kereta yang berhenti, cuba membelok ke belakang. Namun, kerana lorong jalan yang agak sempit. Kereta yang dipandu Ainaa berhenti di tengah jalan. Hentakan kasar di stereng, membuatkan dia merengus kegeraman. Avienna memandang ke luar.
Danish terkedu. Wanita ini...GILA!!
Bersambung..