Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 51 - Chapter 51

Chapter 51 - Chapter 51

Kaki gunung-Tahun lalu

Amin menderamkan suaranya dengan nada perlahan. Seakan-akan membisik pada dirinya sahaja. Bibirnya yang dihiasi kumis nipis yang belum dicukur, sesekali bergerak-gerak membacakan sesuatu yang kurang jelas di halwa telinga. Matanya pejam, kuda-kuda persilatan yang diajar oleh tuk guru silatnya menampakkan aura gah seorang lelaki. Seperti tenggelam dalam ruang lingkup dunianya, Amin memulakan bunga persilatannya. Mantera yang diajar, mengiringi langkahnya.

"Sang mentari yang menunjang langit, sang bumi yang ku pijak kini...." ungkapnya dengan tangan kanan menghala ke dada langit, manakala tangannya di sebelah kiri, menghala ke perut tanah. "Aku berseru pada semangat ini, untuk menyatu ke dalam ruhku. Membantu aku, menumpaskan durjana yang lemah, bahawa aku lebih hebat di antara mereka..Bersatulah dan menyatulah dengan semangat dari jiwaku...." sambungnya, dengan rentak langkah tarian yang makin pelik, dan makin aneh.

Saat ketika, dia berhenti bergerak. Matanya yang pejam, terkedip-kedip menampakkan mata putih, sambil wajahnya mendongak ke atas. Kemudian, lirik senyumannya melebar dan menyengih.

"Kau!!" jari telunjuknya tepat dihalakan. Matanya yang terpejam rapat di awal tadi, merenung kelibat tanpa bayang dengan jengilan mata. Seluruh matanya, hampir hitam kesemuanya.

Makhluk berbangsa jin itu hanya tersenyum, saat dirinya kelihatan di mata Amin, dengan rupa yang sebenar. Riasnya, hampir menyerupai manusia yang memakai baju nipis, berseluar panjang. "Cepat...kalahkan aku." cabar makhluk di alam ghaib, kepada Amin. Sengihnya si bangsa itu, membakar hati Amin. Egonya tercabar.

Selama ini, jika berlawan pun. Dia hanya mengikut nalurinya dan gerakkan yang di tunjukkan oleh jin belaannya. Kini, dia benar-benar menggunakan jin sebagai kekuatannya untuk mendepani bangsa yang sama.

Langkah Amin, semakin tegap dan kelihatan lebih berani daripada awal. Tetapi, dia tetap berhati-hati. Apa yang dia pasti, bangsa halus itu, mempunyai beribu muslihat. Dan kenyataan yang perlu diakuinya juga, telinganya seperti dibisik berkali-kali untuk membunuh si durjana keparat itu.

"Jangan risau, aku tak akan sia-siakan peluang untuk mengalahkan engkau!" Amin bersuara, dalam dekahan tawa suara yang garau. Dia yang mulai, dirasuk bangsa halus itu, terkadang susah untuk mengawal dirinya sendiri.

Namun, sebelum Amin membuat perkiraan, dia telah diserang dahulu. Bangsa halus beroman manusia itu, datang berlari ke arahnya sebelum, kelibatnya seperti hilang ditelan angin. Laju seperti burung helang. Amin, lekas mencari dengan dua matanya sebelum pukulan laju di arah hadapan itu sempat dielak, tanpa sengaja. Lantas, kedengaran tawa yang kuat. Itupun hanya didengari oleh Amin sahaja.

"Berdebah!!!" Amin merengus. Marahnya, membahang.

Tawa hilaian hantu, yang meridingkan tubuh kedengaran kuat berdengung-dengung. Tetapi, ianya hanya didengari oleh Amin sehingga lelaki itu kelihatan terdesak dengan membuat libasan angin melalui kain selempang yang disangkut pada bahu.

Amin merengus lagi. Dia agak terkejut walaupun dapat menjangkakan tingkah si bangsa itu.

"Kau memang bangsa tak guna!!" jerkah Amin, marah. Meruap-ruap darahnya, membakar perasaannya.

Tumbukkan serta hentakkan, dirasai di tubuhnya. Amin semakin berang. Pukulan dari bangsa ghaib itu, sukar dikesan. Tingkahnya, menjadi tak terkawal. Bibirnya asyik dalam carutan nista.

"Aku hanya menguji engkau, manusia. Engkau meminta pertolongan dari bangsa aku untuk mengalahkan aku..hahaha. Engkau mensyirikkan yang satu." ulah makhluk halus dalam tawa yang mengejek.

Amin yang hampir sahaja dikuasai, nafsu dan keegoannya. Tersentak dan mula terasa disindir.

"Berdebah!! kau fikir, teguranmu itu ingin aku dengar!" marah Amin. Nafasnya mengah, tatkala bayangan yang mampu dilihat tidak memunculkan diri.

Tawa itu bergema lagi. Seakan-akan, mentertawakan kelemahan dan sifat dangkal manusia yang mula termakan hasutan.

Saat Amin lalai untuk berjaga-jaga. Lehernya telah dicengkam kuat dari arah hadapan sehingga tubuhnya jatuh ke atas tanah. Terlentang menghadap langit. "Kau..." Amin menyeringai. Jin yang mencengkam tengkuk Amin, meludahkan air liurnya di kedua mata anak muda mentah itu.

Amin berpaling. Terkedip-kedip matanya. Pandangannya mula mempamerkan alam yang sebelum ini, tidak kelihatan di matanya disebabkan kebatasan yang Allah ciptakan.

Wajah lelaki bertubuh sasa, dengan riak muka bengis. Jasadnya dilihat tegap. "Kau!! berhenti, gunakan anak keturunan aku!!" Wajah berupa manusia, kini sangat dekat dengan wajah Amin, hingga jin belaannya juga terkejut dan berlari keluar dari tubuh tuannya. Membuntang mata Amin, bisu untuk berkata apa-apa. Nafasnya, sempit. Perasaan takutnya, menjalar.

Bibirnya memucat. Wajahnya biru.

"Kau telah lama menyimpang dari ajaran agama kau!! kembali ke tempat asal, sebelum kau kian sesat!! Jangan izinkan pertemuan lagi, antara aku dan kau dengan keadaan ini!" tutur si lembaga, kemudian menghilang. Gengaman kuat yang dirasakan Amin, semakin longgar. Nafas yang sempit, sudah deras menghirup udara. Amin bangun. Mendudukkan dirinya.

Lehernya meremang. Debar dadanya bergoncang.

Bersambung...