Selangor-2013
Bang!! bang!! bang!! "Hanis!! Hanis!! buka pintu!! kau, kurang ajar! kau perempuan subahat!! kau sorok kawan kau!!" tingkah Meor yang berang bersama ketukkan kuat dari luar bilik milik Hanis, mengejutkan wanita itu sehinggakan pemilik nama yang dipanggil itu bangkit berdiri tika dia merendah masuk menerjah ke dalam bilik kerja wanita itu secara tiba-tiba.
Ujaran yang berbaur fitnah itu, yang diungkap dengan suara beroktaf tinggi menimbulkan kecoh di dalam bilik Hanis. Jelasnya, lontaran suara dengan kenyataan yang tidak pasti itu membawa bisikkan-bisikkan dari luar bilik, betul-betul mendatangkan spekulasi yang buruk dan pandangan negatif terhadap Hanis dan Ainaa.
Tambahan pula, biliknya yang berdinding kaca itu sangat jelas di pandangan perkerja-perkerja yang lalu lalang. Semuanya mampu menjadi bukti, kekecohan yang timbul. Hanis pula tidak senang hati.
Tercabar egonya, malah wajah kulit sawo matang kelihatan memerah menahan amarah. Tersirap darahnya, tatkala lelaki itu masuk ke dalam biliknya tanpa keizinan darinya. Bahkan datangnya, dengan tingkah yang biadap. Bercakap ikut sedap mulut, tanpa mempedulikan tuduhan yang dilontarkan itu benar atau salah.
"Miss Hanis..maaf, saya tak dapat tahan Encik Meor dari masuk." suara pembantu, yang gagal menahan Meor dari menceroboh masuk, beriak kalut dan serba salah. Melihat ketuanya, mengangguk kepadanya sebagai isyarat ringkas kepadanya, memberikan sedikit kelegaan pada pembantu tersebut sebelum pembantunya itu beredar meninggalkan lelaki bertubuh rendah berkumis nipis dengan ketuanya.
Hanis menutup separuh mata dan dahinya, dengan telapak tangan agar diredakan sedikit rasa amarah yang membahang. Meor, dilihat berang dengan emosi yang tak terkawal. Mungkin, jika dia silap percaturan akan menjadi lebih parah. Api dengan api, hanya memarakkan bahana.
Hanis melepaskan keluhannya.
"Duduk dulu." tutur Hanis, dia yang sedang berdiri telah mengambil tempat duduknya semula.
"Tak payah! aku tak akan duduk dengan subahat" pangkah Meor. Dadanya yang berombak marah, sangat jelas menunjukkan dirinya diselimuti kemarahan. "Aku nak kau, bagi tahu aku. Mana Ainaa!" lontaran katanya, kasar dan keras.
Hanis merengus, bengang. Tajam matanya, memandang lelaki yang berada di hadapannya. "Aku tak tahu!" jawabnya juga, bernada kasar. Hanis menyandar pada seat duduknya, sementara Meor berdiri dengan kedua tangannya mengenggam. Renungan anak matanya tajam, tepat memandang Hanis.
Meor bertambah berang. Jarinya diangkat lalu menunding, tepat di muka Hanis. "Hei, perempuan!! Kau jangan sorok si pembunuh daripada pengetahuan aku! Kau ingat, kau boleh tipu aku!" bentaknya keras. Matanya berona merah sehingga kelihatan di kedua belah cuping telinganya.
Hanis yang cuba mengawal amarahnya tadi, tercabar lantas dia bingkas berdiri saat ketika dirasakan lelaki itu sudah melampaui batas. Tersangat biadap sehingga sanggup menunding jari di mukanya dan melabel dia sebagai subahat. "Kau jangan bersikap biadap!" nada suara Hanis bergetar.
Sudahlah main redah masuk ke dalam biliknya, menuduh dia yang bukan-bukan. Jika tidak difikirkan situasi Meor yang sedang bersedih atas kehilangan anaknya. Pasti, lelaki itu dilengkingnya semula.
Berita dan blog hasil tulisan kembar sahabat baiknya itu, menjadi bualan dalam media. Sejujurnya, dia juga sebenarnya tidak tahu akan hal berkaitan blog tersebut hinggalah dia sendiri mendengar cerita dari rakan sekerjanya. Itupun secara tidak sengaja. Kehilangan anak Meor, menjadi tanda tanya apabila pihak polis hanya menjumpai sepasang baju milik anak Meor, di tepi tasik. Jasad dan segala bentuk yang boleh dispesifikasikan sebagai anak tersebut, nyata tidak menemukan apa-apa. Malah, pelbagai usaha digiatkan untuk mencari anak kecil itu, tetapi ianya tidak membuahkan hasil. Kehilangan itu, hanya menjadi buntuan. Seolah-olah anak itu hilang tanpa jejak.
Meor, yang dianggap rakannya juga seperti hilang kewarasan apabila berita itu menjengah pengetahuannya. Khabar yang diterima dari pihak polis telah memberikan tamparan hebat buat keluarga Meor.
Tentang Ainaa, sahabatnya itu dia tidak tahu ke mana perginya. Panggilan tidak berjawab apatah lagi pesanan ringkas yang dihantar. Langsung tidak berbalas. Adakah benar sahabatnya itu, menculik anak Meor seperti yang dikatakan.
"Celaka!! kau masih nak sembunyikan kawan kau!" Meor sudah bergerak ke arah Hanis. Marahnya meluap-luap tatkala soalannya dipandang sepi. "Tak guna!! kau memang sengaja menjemput ajal!!" langkah yang diambil, semakin menghampiri wanita berhijab itu dan sekaligus, membuatkan wanita itu berundur beberapa langkah ke belakang.
Hanis cuak. Matanya sempat, melingas ke luar biliknya melalui pintu lutsinar. Mengharap ada bantuan yang menerpa.
Hampa. Seperti diminta-minta, tiada seorang staff yang berada di dalam pejabat yang kelihatan di mata hitamnya. Matanya mengerling jam dinding yang tergantung setia di bilik kerjanya.
Waktu rehat!
Meor memaling ke arah belakang, sebelum terbit sengihan di hunjung mulutnya, menyengih lebar. "Kau takut..." pandangannya berkalih semula, memandang Hanis yang berada tidak jauh dari kendudukannya.
Hanis mengigit bibir. Malang betul nasibnya, dikala ini. "Manalah aku tahu!" dalihnya, menafikan.
Langkah Meor yang deras, menghampirinya telah bergerak perlahan dengan langkah yang sengaja diambil, satu-satu seolah-olah lelaki itu sengaja menyindirnya. Hanis yang terkepung dalam langkah Meor, buntu untuk bergerak ketika langkahnya mati di dinding bilik. Hatinya mencarut, menyumpah berkali-kali.
"Kau subahat! kau orang culik anak aku! kau subahat dengan Ainaa supaya dia dapat sorok adik dia! kau orang ingat, kau orang boleh lepas! aku akan cari anak aku, sampai jumpa dan kalau perlu bunuh kau orang pun. Aku akan buat! kalau kau tak nak tersenarai, kau bagi tahu aku!! mana dia!!!" tengking Meor, dan setiap perkakas yang dilaluinya ditolak hingga jatuh. Dihempas semua barang yang kelihatan, dipecah mana yang berada dalam pandangan. Marahnya, beremosi.
"Aku tak tahu!" Hanis berdalih lagi. Kemarahan yang ketara di wajah Meor, mencemaskan dia. Secara jujur, dia sememangnya tidak tahu.
Apabila ditanya sahaja, mana Ainaa. Pasti wanita itu berdalih sedangkan, Ainaa cuti atas kebenarannya. Marah Meor kian menjadi-jadi. Tak tertahan, rasa marahnya saat wanita itu mengatakan tidak tahu. Mustahil!! Mustahil, sahabat baik Ainaa tidak tahu ke mana Ainaa pergi.
Penipu!! berang Meor, hatinya timbul pelbagai kekacauan perasaan.
Langkah Hanis yang mati, di hadapannya telah menjadikan dia sengih panjang. "Kalau kau ulang, tak tahu. Aku tampar, kau!!" Meor mengangkat tangannya tinggi.
"Aku tak tahu!!" suara Hanis, menjerit dengan perasan marah yang tersisa. Walau hatinya sudah terangkul dengan perasaan takut.
Terjegil biji mata Meor. Jawapan Hanis, mencabar ulahnya. Lantas tangan yang sudah diangkat tinggi, dihayun kuat. Sudah tidak di kira lagi pangkat dan jawatan yang di sandang. Apa yang terjadi, pasti akan dilakukan. Demi anak!
Pang!!
Bersambung...