Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 34 - Chapter 34

Chapter 34 - Chapter 34

Selangor-2013

Ruang pejabat Hanis.

MEOR terkedu. Kakinya berundur beberapa langkah ke belakang secara spontan, sebaik sahaja anak matanya terpandang wajah isterinya yang tiba-tiba datang mencelah di antara pergaduhannya dengan ketuanya. Lafas nama manja isterinya, terbit di bibir. "Sayang..?"

Bagaimana isterinya boleh muncul tiba-tiba disini. Meor melingaskan matanya ke arah muka pintu, yang sudahpun mengumpul beberapa rakan kerjanya. Melihat senario yang bakal menjadi gosip murah, di kalangan rakan sepejabat.

Susuk wanita, berkulit hitam manis di sisi pintu, telah menangkap perhatiannya. Meor, berang. Pasti Aisyah, yang menghubungi isterinya yang sepatutnya menunggu dia di dalam kereta.

Sepatutnya, dia hanya perlu menyerahkan laporan kerjanya sahaja. Namun, hatinya tak mampu mengawal emosi apabila dia melintasi bilik kerja, sahabat baik Ainaa. Malah, amarahnya membuak-buak apabila dia merasakan Ainaa dan Hanis sedang bahagia menikmati kehidupan sedangkan dia terpaksa menerima hakikat kehilangan zuriatnya sendiri.

Fathi tunduk ke lantai, menekur karpet merah hati, lama seperti melepaskan bahang pijar di pipinya. Beberapa lama masa, tidak terkira detik masa yang berlalu. Dia mendongakkan roman wajahnya, mengangkat mukanya merenung suaminya. Mata yang membengkak, kesan tangisannya hari-hari seperti corak mata anak panda. Lebam tiada seri bahagia.

Pipi Fathi mulai memerah, mempamerkan kesan dari bekas tamparan oleh tangan suaminya. Tiada sakit yang dirungut wanita muda itu, seolah-olah deria sakitnya hilang bersama kehilangan anaknya. Sinar matanya, terpantul jelas dari kedua anak matanya memudar dan hilang keceriaan yang menghiasi. Hanya kenampakkan derita, sakit dan kecewa.

Sesuatu yang paling mengecewakan bagi dirinya adalah, apabila dia melihat akhlak sang suami. Sudahlah anak mereka hilang tanpa berbekas, suami pula gila tidak berbatas.

Hanis Syaurah yang sudah tertinggung, kerana gerun dengan tindakkan Meor, terduduk ke lantai. Pucat romannya, sehingga dia sendiri juga kelu untuk bersuara. Lelaki yang masih berdiri di hadapannya, benar-benar nekad.

Dirinya hampir sahaja menjadi mangsa ditampar.

Fathi menarik lengan suaminya, mengikutinya supaya mereka dapat bergerak jauh dari wanita yang hampir sahaja menjadi tempat melepaskan kemarahan suaminya. Mujur dia sempat mencelah, walaupun wajahnya menjadi korban. Tidak apa. Dia mengerti.

Ulah bisu si isteri telah membuatkan Meor serba salah. Pipi isterinya memerah. Lantas tangannya, mengusap wajah Fathi.

"Abang..." Fathi memanggil suaminya, lembut.

"Erm.." sahut Meor ringkas.

Fathi tak tahu apa yang lagi yang akan berlaku selepas ini. Terasa bertimpa-timpa beban ujian yang menguji mereka. Tangan suaminya yang cuba mengusap bekas tamparan di pipinya, dibiarkan saja.

Meor, memandang Fathi. Isterinya, memandangnya kembali, namun jelas terpamer akan raut yang kusam itu. Wajahnya isterinya sudah dihiasi dengan jiwa kosong. Sesekali, anak mata itu melemparkan pandangan ke dinding pejabat. Meor merintih. Bergetar, hatinya apabila wajah itu tampak kosong seolah-olah kebahagian yang mengisi kehidupan isterinya, diragut kasar. Adakah aku yang bersalah??? hati Meor, meruntun sedih.

"Abang....." Panggil Fathi, melepaskan rengkungan nafas berat. Meor, menanti. Walau jiwanya berdebar-debar rasa tidak enak. "Hantar saya ke rumah mak." ungkap Fathi.

Tanpa mengeluarkan suara, Meor menyoal dengan reaksi. Dahinya, berkerut hairan.

Fathi melepaskan beban nafasnya. Jiwanya, sudah dirasakan mati bersama perginya dengan jasad si anak. Apa bahagianya lagi. Mungkin, ini adalah jalan untuk mereka mencari bahagia lain. "Ceraikan saya." Dengan sekali lafas, bicara jelas itu terlahir di dalam ungkapannya.

Bersambung....