Surau aspuri -1989
SEAKAN mati diragut nyawa, bunyi bising di antara Zahrah dan makhluk di alam ghaib itu langsung tidak membangunkan mereka dari jaga. Masih terus lena, dalam buaian mimpi masing-masing.
Gang!!! Dang!! Gedengang!!
Zahrah mengaduh sakit. Berkerut dahinya dan matanya sedikit berpinar angkara kepalanya yang turut menerima hentakkan ditolak Laila. Tubuh badannya yang terhempas di dinding kayu, membuatkan dirinya dilema kesakitan.
Laila yang bukan dirinya, senyum memanjang tatkala dia menolak Zahrah ke dinding kayu secara paksa dengan kudratnya yang kuat. Ditekan tubuh Zahrah, dalam masa yang sama dia membebankan tubuh si Laila ke arah yang sama dengan Zahrah. Laila membisik. "Kau perlu kenal aku siapa.."
"Aku tahu, kau siapa." potong Zahrah, yang sesekali mengerang sakit. Dadanya yang ditekan kuat, menyukarkan dia menghirup udara. Nafasnya, dikongkong oleh kesempitan ruang peparu.
Imbas kembali-awal kejadian.
Panggilan nama timbangannya, yang dipanggil oleh Laila berkali-kali di pintu surau tatkala Maria yang sepatutnya berada dalam pengawasannya bersama rakan baiknya, Nabila telah melarikan diri dan ianya disedari oleh gadis itu.
Mujur Laila menyedari dan hingga kini. Dia hanya menanti maklum balas dari sahabat yang menanti di hadapan laluan pintu keluar. Namun, seketika dia berfikir dan kemudian, dia terkejut.
Apabila dia berfikir semula, hanya rakan baiknya sahaja yang memanggil nama timbangannya, dan ianya telah membuatkan dia tersedar buat kedua kalinya. Bahwa, gadis muda yang bernama Laila, tidak pernah memanggil namanya dengan panggilan nama 'Ara'.
Kerna itu, dia bergegas mendapatkan gadis tersebut di surau. Jika tepat sangkanya, mungkin gadis itu telah dikawal oleh Ari, bangsa jin yang berjantina lelaki.
Sesampai di surau pelajar wanita, dia memanggil nama Laila. Tidak berjawab panggilannya hinggalah dia masuk ke dalam surau. Terbuntang matanya, kehairanan. Pelajar-pelajar wanita, bergelimpangan dan bertindihan antara satu sama lain di ruangan kecil. Mati yang bernafas. Cuba dikejutkan salah seorang yang ditugaskan menjaga adik-adik sepenuntut, namun tak membangunkan mereka dari lena.
Zahrah meneruskan pencarian, mencari jasad bernama Laila hingga gadis itu menegurnya sendiri. Panggilan nama Laila, di jawab dengan ketidak wujudan gadis itu.
"Laila tak ada.." Laila bersuara.
Zahrah menyoal kembali. "Maksud kau..kau, Ari?!"
"Kau rasa?" gadis itu membalas. Masih seperti tadi, sengihnya kian melebar.
"Kau bukan Ari.." gumam Zahrah, perlahan satu persatu. "Jika kau Ari..kau tak akan buat semuanya jadi seperti ini."
Laila ketawa mencebik. "Jangan kau berlagak pandailah, Ara. Kau siapa?? kau boleh bezakan aku ke??" tawa yang berleratan itu, beriringan kata yang merendahkan-rendahkan kemampuan orang.
Zahrah, membaca surah kursi.Tertib dan teliti.
" Hei!!"
Mungkin lembaga ngaib itu kepanasan sangka Zahrah. Dia membaca lagi.
"Sial!!" marah Laila, tak semena-mena. Langkah si gadis itu bergerak maju lalu menolak Zahrah ke belakang. Zahrah hampir terjatuh.
Zahrah membaca lagi. Tak peduli akan akibat yang menanti.
"Arghgg!!" marah Laila, dan kemudian ketawa. "Bacaan kau salah.." Utara Laila, menolak jasad Zahrah hingga terdorong ke belakang ke dinding kayu.
Bacaan surah, di baca jua. Zahrah melihat ke sekeliling. Walaupun ada pelajar-pelajar lain. Namun, kehadiran mereka langsung tak berguna. Dia tetap sendiri. Melawan dengan daya sedikit.
"Kau siapa!!" dihujung bacaannya, Zahrah menyoal.
Laila ketawa lagi. "Sia-sia kau tanya aku..kau ingat, aku akan jawab."
"La ilahaillahh!! Wala yaudduhu hifzuhuma, wahual alliyul adzim." baris nama Allah dan kalimat akhir surah kursi dilafas bersama.
Laila menderam marah. Ditolak kuat tubuh Zahrah, ke dinding dengan sekali tolakkan. Langkah lajunya, datang merapati si senior. "Kau memang mencari nahas. Berhenti dari bacaan kau, tak guna!!" Laila yang dikawal lembaga tak berbayang itu, sudah mula berulah ganas.
Bersambung....