1989-Masa lalu.
SETELAH dirasakan perbincangan di antara mereka, terlalu banyak percanggahan dan perbualan mereka dirasakan tidak sesuai apabila ada pelajar lain di tempat yang sama, membuatkan mereka memutuskan untuk pembuat perbincangan yang lebih khusus di waktu yang lain.
Maria, sudah dibawa ke satu pondok yang berasingan dan sementara penuntut yang lain, masih berada di dalam surau aspuri, supaya mudah untuknya memberi arahan. Fikirnya, lebih selamat jika mereka di asingkan.
"Ara!" Nabila merengus geram. Tudung yang tersarung di kepalanya, di tanggalkan lalu di gantung pada palang kayu yang dibuat sebagai tempat penyidai kain solat. Gantungnya, hanya sementara. Dia kemudian, datang menghampiri sahabat baiknya. "Kau ini kan....tak akan, kau tak.." nada suaranya perlahan, tika anak matanya menjeling ke arah Maria yang baring membelakangkan dirinya. "Ingat, dia ada bela!" bisik, Nabila perlahan.
Zahrah mengerutkan dahinya. Apa pula, dengan Nabila yang tiba-tiba berbisik perlahan. Tudung yang dilucutkan satu persatu, disangkut pada bahunya sahaja. Lantai papan pondok, tanpa alas menjadi tempat dia duduk merehatkan diri sambil badannya bersandar pada dinding papan. Nabila turut, meniru tingkahnya. Namun, dia lebih suka menyindingkan diri ke sisi di dinding pondok.
Nafas Zahrah, dilepaskan berat. Malas benar, dia melayan kerenah sahabatnya. Sahabatnya ini, sememangnya kurang bercakap terutama dengan lelaki tetapi, apabila bersama dengan kenalan rapat. Mulalah mulutnya, bercakap tidak henti. "Aku penatlah, Biela." cakap Zahrah malas.
Sememangnya, dia penat. Mengawal adik-adik muda, bukan satu kerja yang mudah. Adakalanya, dia ingin melepaskan tanggungjawabnya pada orang yang lebih layak.
"Ya Allah...., Ara!! Aku..erm, macam mana aku nak cakap dengan kau ini." Maria yang baring, dipandang sekilas. Suaranya, direndahkan kembali. "Ara!!" lengan Zahrah, dipengang dan digoncang supaya rakannya itu, memberikan perhatian padanya.
"Apa!!" Zahrah rimas. Wajahnya, mula mempamerkan roman muka yang tidak senang dengan keletah sahabatnya suka memaksa. Lengan yang dipengang Nabila, ditarik.
Riak muka Nabila, pudar. Jelas menunjukkan, dia terasa.
Zahrah mengeluh lagi. Bukan niat dia, sengaja melukakan hati sahabatnya itu. "Maaf. Aku penat." tangan Nabila, diraih. "Semalam, aku tak dapat tidur." tokoknya lagi, dihujung katanya. Memujuk rakannya.
"Tak apalah. Salah aku." utara Nabila. Pendek. Tangannya yang diraih oleh Zahrah, dilepaskan.
"Mm...maaflah. Baiklah, apa yang kau nak cakap tadi. Aku dengar." pujuk Zahrah. Tak enak pula, melukakan hati kawan baiknya. "Maaflah..ek! maaf tau.." pujuknya, dengan gaya manja. Jarinya juga, bergerak sama. Mencuit deria sensitif kawannya supaya, situasi di antara mereka tidak bersenario janggal.
"Yaa..ya..hei!! sudahlah tu.." kata-kata iya, yang diiringi gelak tawa mereka, meriuhkan seketika suasana di dalam pondok. Nabila ketawa, tatkala anak telinganya dicuit oleh Zahrah. Dia juga, tidak melepaskan kesempatan apabila lutut sahabat ya itu menjadi sasaran jenaka.
Namun, dalam leka gurau di antara dua sahabat. Ada kelibat yang sudah bergerak pantas. Kelibat yang ditunjangi lembaga alam halus itu, mula bergerak keluar dari pemantauan dua seniornya.
Langkahnya laju, berkaki ayam. Keluar dari pondok penginapan penuntut wanita.
"Ara!!!" jeritan dari pondok surau yang berkendudukkan tidak terlalu jauh dari pondok Zahrah berada, memanggil nama Zahrah dengan lontaran suara yang kuat hingga menghentikan gurauan diantara dua sahabat itu secara serentak. Zahrah terkejut, begitu juga Nabila. Lantas, gadis itu bangun dan pantas tangannya membuka jendela kayu yang menghadap ke surau.
Nabila, membuntuti langkah yang sama. Di jendela yang sama.
Mereka melihat Laila yang berada di muka pintu, sedang menghala isyarat telujuk jarinya ke arah satu sudut. Mata mereka berubah arah. Mata Zahrah membulat.
Saraya itu juga, mereka mengalih pandangan ke dalam pondok. Darah mereka, meruap ke kepala. Nabila, ketakutan.
"Cepat!! ambil tudung, kita kena kejar Maria!" pekik Zahrah, spontan. Berlari selekas mungkin, mengapai lengan Nabila dan tudung rakannya. Nabila yang masih dikawal ketakutan, terkial-kial menyarungkan tudung ke kepalanya.
Zahrah meninggalkan Nabila apabila, rakannya berulah lambat.
Terkocoh-kocoh, Nabila menyarungkan selipar jepun di kakinya yang tidak bersarung stokin. Selipar Zahrah, dicapai pantas.
Zahrah sudah mengatur langkah laju. Risaunya, melebihi rasa takutnya. Risaunya, pada gadis muda itu bertambah-tambah apabila bayang gadis itu mula hilang dari pandangannya.
"Cepatlah" jeritnya, apabila Nabila sudah ketinggalan jauh dari belakang. Maria, sudah berlari ke arah pintu tembok asrama.
Tembok asrama yang tinggi itu, mempunyai pintu tembok yang diperbuat dari kayu balak. Sebagai laluan untuk, hal-hal penting dan akan ditutup pada hari biasa. Tembok yang dibina adalah untuk membahagikan kawasan luar dan kawasan dalam asrama. Tembok yang tinggi itu juga, hanya berjarak lima meter dari surau aspura yang pada ketika itu, baru sahaja, usai menunaikan fardu zuhur.
"Wei!!!" Zafran, menjerit terkejut tatkala dia yang baru keluar dari pintu surau terkejut, melihat ada manusia sedang memanjat pintu tembok, dengan mudah ke keluar kawasan asrama.
"Tolong!!, tolong kejar Maria. Dia lari!" Zahrah kelelahan, gadis muda itu terlalu laju untuk dikejar. Dia yang terpandangkan kawan lelakinya itu tanpa sengaja, telah meminta bantuan. Jari ditunding ke arah Maria melarikan diri.
Zafran mengangguk lalu bertindak dengan segera, mengejar manusia itu. Matanya mengisyarat ke arah dua penuntut wanita yang keletihan, yang tiba lewat supaya menunggu. Zafran terus bertindak pantas. Tindakkan yang sama, di lakukan oleh Amin yang turut sama melihat perkara yang sama.
"Cepat, kejar Maria! Nanti, dia lari jauh." tokok Zahrah, riaknya risau. Dua lelaki itu, terus mengejar seperti yang diminta. Malah, beberapa pelajar lelaki yang lain turut mengikut langkah ketua mereka. Ada juga yang melihat dari jauh, sekadar memerhati sebelum pelajar-pelajar yang atas mengarah mereka untuk masuk semula ke dalam surau. Jika dia dan Biela, tak leka. Pasti, perkara ini tak berlaku. Kenapa dia boleh terleka, sehingga tidak sedar gadis itu telah dirasuk oleh benda itu semula. Rasa dirinya, bersalah saat ini.
"Ara..selipar kau." Nabila yang mendekati, menghulur sepasang selipar milik Zahrah. Dia juga, kelelahan walau badannya kurus. Dia tak mampu mengejar Zahrah, yang lincah berlari.
Nafas mengah sahabatnya itu, masih kedengaran di pendengarannya. Belakang badan Nabila, diusap perlahan dengan doanya, di kalbu hatinya. Mengharap, Maria tidak lari hingga ke gunung pondok.
Mujur ada Laila, yang ternampak Maria melarikan diri.., Jika mengharapkan dia. Dia tak sedar langsung. Eh, Laila... "Allah!!" gumamnya perlahan. Dadanya berombak lagi.
Zahrah memandang Nabila, dengan riaksi terkejut. Yang memanggilnya, adalah Ari...Ari yang panggil dia tadi. Laila tak akan panggil nama timbangannya itu. "Allah, Laila!!"
Bersambung...