Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 38 - Chapter 38

Chapter 38 - Chapter 38

Tahun 1989- Tahun lalu.

"BIELA, kau tunggu sini." Zahrah, memenggang kedua bahu Nabila. Anak matanya mengalih arah ke laluan Maria melarikan diri. Tembok tinggi itu, dipandang dengan kerisauan. Risau pada Maria, dan risau pada Laila. Dia mengalih anak matanya, mengharap pada teman baiknya. "Aku nak tengok Laila. Nanti, aku datang balik." tuturnya pada sahabatnya, sebelum dia bergerak pergi.

"Weh..aku tak berani tinggal seorang." Lengan baju Zahrah, ditarik sebaik tangan wanita itu melurut pergi. Langkah juga, mengikut ulah Zahrah sehungga Zahrah terpaksa berhenti, melangkah.

"Tak ada apa. Kau tunggu sampai, Zaf dan Amin datang. Kalau mereka dapat tangkap Maria, kau pesan pada mereka untuk bawa Maria ke kelas Thanawi." pesan Zahrah.

Agak berat sahabat baiknya itu, mengikut kehendakknya. Menunggu dua lelaki itu, mungkin memakan masa yang agak lama. Sedangkan, dia perlu tahu keadaan di atas macam mana. Adakah Laila selamat di atas.

"Tak ada apa-apa.." ulah Zahrah. Dia cuba menyakinkan sahabatnya, memujuk Nabila. Mujur, rakannya terpujuk jua, walau dalam keadaan terpaksa. Itupun, setelah dia berjanji untuk memanggil beberapa penuntut aspuri yang lain. Turun menemani.

Zahrah, berlari anak ke atas, mendaki bukit kecil sebelum arahnya menghala ke surau wanita. Keadaan surau tak panik mahupun ada tanda-tanda kekecohan.

"Laila..Laila..." Zahrah memanggil. Nafasnya, keras kemengahan. Dahinya yang berkeringat, dilap dengan lengan baju. Berpeluh-peluh sehingga belakang bajunya lencun basah.

Tiada jawapan-sahutannya tak berjawab. Senyap.

Zahrah menghampiri pintu, lalu menolak ke dalam. Dia melangkah masuk. "Apa ni..." gumamnya. Seperti serangga yang disembur racun, pelajar-pelajar aspuri bergelimpang tidur. Namun, ada yang bertindih-tindih antara satu sama lain kerana kecilnya, ruangan surau. Tersirap darahnya.

Di sisi dinding yang berdekatan. Adik penuntut itu, lena bersimpuh. Masih mengenakan kain sembahyang. Dia pantas, mendekati.

"Jiha..jiha.." anak mata yang sempat menangkap kelibat Najiha, mengerak-gerakkan tubuh gadis itu. Mengejutkan dari lena, dan jika sangkaannya benar. Pasti adik sepenuntutnya terjaga.

Hampa, seperti mencurah air ke daun keladi. Usahanya sia-sia. Dadanya berombak, berdebar-debar apabila dia gagal mengejutkan Najiha. Lantas, dia bangun lalu begerak mencari kelibat Laila.

"Laila!!" panggilnya. "Laila!!" panggilnya lagi. Jika dia masih tak jumpa, gadis muda itu. Dia akan laporkan perkara ini pada pengetua. Semakin dibiar, semakin teruk.

"Laila!!" Zahrah, memerhati dan ada kalanya, dia cuba mencari Laila, dibalik tindihan manusia. Kelu dan buntu. Risaunya menjadi-jadi. "Laila!!" panggilnya, masih mengharap gadis itu menyahut.

"Laila, tak ada.." Laila yang muncul entah dari mana, bersuara dengan sengihan kecil. Dia berpeluk tubuh, menyandar ke dinding kayu. Seperti memerhati tindak tanduk Zahrah, sejak dari awal.

"Maksud kau..kau, Ari?!" Zahrah yang cepat menangkap maksud Laila, mangaju dalam tekaan.

Laila mengangkat keningnya. "Kau rasa?"

Bersambung...