Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 32 - Chapter 32

Chapter 32 - Chapter 32

Tahun 2013- Ogos

AISYAH terkaku saat baris patah kata itu dibaca berulang kali. Terasa dunianya, berhenti buat beberapa detik. Nafas yang ditarik dan dihembus, tak terganggu langsung walau dirinya terlalu terkejut sehingga deria pendengarannya dirasakan tuli. Segala anggotanya, dirasakan lumpuh.

BLOG -'Kemalangan itu juga telah mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota, lapor Detik Bebas'

Digit tulisan itu kaku dalam pandangannya. Aisyah seperti hanyut dalam emosinya. Tatkala ibu kepada teman lelakinya, datang menghampirinya dan merangkul tubuhnya yang tersandar di dinding balkoni hospital. Dia biarkan saja perbuatan Puan Laila seperti jiwanya sudah tidah punya roh.

Tetapi, dalam ketika si ibu memujuk dirinya bahkan esak si ibu yang beriringan dengan juraian air mata, telah membawa dia hidup dan sepantas itu dia melepaskan telefon bimbit dari pengangan tangannya.

Puan Laila terpempan lalu merengangkan pelukannya, disoal. Mata yang basah, diseka dengan belakang tangan. "Kenapa..?" telefon bimbit yang tergolek jatuh, diambil. Di letak gajet kecil itu ke dalam pengangan Aisyah. Persoalan, timbuk dibenaknya.

Aisyah mengelengkan kepalanya. Renungan mata yang tidak beralah tuju, menatap wajah Puan Laila dengan gelengan kepala yang berkali-kali. "Tak.." lafasnya, dengan dada yang berombak.

Hilang perasaan sedih yang melewati hati Puan Laila. Bingung dengan ulah Aisyah.

"Tak...." ulah Aisyah, lagi. Wajahnya yang jelas mempamerkan riaksi murung, mula menunduk menekur lantai hospital. Muramnya dia kerana terlalu lama menahan rasa tangis sendiri.

Panggilan dari Meor. Panggilan dari Meor!! Aisyah melonjakkan bahunya, hingga tulang belakangnya tegak lurus.

Apa yang diberitahu oleh Meor....bukan satu tipuan. Meor dah gila...Tragedi yang berlaku pada anaknya, sudah berbulan berlalu. Rakan mereka itu juga, mereka tidak tahu entah kemana. Ainaa, rakan sekerjanya yang sepatutnya bercuti hanya sebulan sudah tidak hadir ke tempat kerja berbulan-bulan. Mustahil...mustahil...

Tetapi...

Teman lelakinya mati seperti yang tertulis di dalam halaman blog Sofea. "Gila..gila....hahahaha...aku, gila!!" tawanya berdekah-dekah hingga suaranya kedengaran hingga ke hujung lobi kecemasan. Tawa yang kuat itu, membuatkan ramai yang melihatnya memandang sinis dan mencebik dengan sindiran. Mencemuh akan sikap yang tidak waras, yang terpamer pada diri Aisyah.

"Kau gila Meor...kau gila!!" gumamnya, dengan bibir yang terketar-ketar. Suara dekahan tawa itu, terhenti. Mata yang sembap, sudah mulai kekeringan dengan air mata.

Jika dia tidak mendail nombor Meor, pasti dia tidak segila ini. Panggilan yang memenuhi log panggilan di telefon bimbitnya, telah membuatkan dia tertanya-tanya kenapa rakannya itu menelefonnya berkali-kali. Walaupun, ianya sudah sehari berlalu. Hatinya seakan-akan terganggu, lalu dia sendiri mendail rakan sejawatnya.

Tetapi...khabaran yang diterimanya membuatkan dia was-was dan akhirnya, memutuskan sendiri untuk membaca blog yang ditulis oleh kembar Ainaa.

Halaman blog yang dibaca itu, seperti satu kegilaan.

"AINAA!!!!!"

Jeritan nyaring itu, berdengung-dengung memantulkan bunyi hingga bergema sehinggakan semua mata-mata memandangnya, malah kakitangan hospital turut berhenti bertingkah kerana terkejut dengan jeritannya yang tiba-tiba.

Azam telah ditakdirkan untuk pergi awal. Dan, ianya tiada kaitan dengan cerita rekaan Sofea. "Gila!! mustahil, gila!! Hahaha..." tawanya, meledak lagi.

Mereka yang memerhatinya merengus, dan bergerak menjalankan kerja dan aktiviti mereka semula. Bahkan suasana kaku sebentar tadi, kembali hingar bingar. Mata Aisyah yang bengkak, mempamerkan persona dirinya yang kusut tak terurus. Tak mampu, wanita itu menahan tangis dan rasa kecewanya tatkala rakan sekerjanya membawa berita buruk yang tak disangka-sangka.

"Ainaa..Ainaa..." tangis melebat. Beberapa kali, nombor Ainaa di dail. Namun, tidak berangkat. Tidak berjawab.

"Gila!!" pekiknya, dalam amarah.

Blog yang sudah dibaca, membuatkan hatinya perit dan pedih. Siapa kata dirinya tidak terkejut akan persamaan cerita, yang langsung tidak menunjukkan cerita itu diubah sedikitpun. Kenapa...kenapa, tak beritahu dia awal-awal...kenapa?!!

Rambutnya yang kusut, digengam. Dilurut rambutnya. Ditekan jarinya, sehingga menekan kulit kepalanya. Setiap kali dia mengulangi ulahnya, kulit kepalanya memerah dan berdarah. Senyum yang tersungging, mendebarkan perasaan Puan Laila.

Perubahan tingkah teman wanita arwah anak lelakinya, berubah drastik seperti wanita yang dirasuk jin syaitan. Aisyah, dilihatnya seperti hilang pertimbangan.

Cuba disedarkan wanita muda yang, berada dalam kawalan emosi namun, anak muda itu seperti berada dalam dunia sendiri.

"Aisyah! Aisyah!!" panggilan Puan Laila, seumpama angin lalu.

Aisyah tenggelam dalam perasaan yang berkecamuk. Bercampur aduk, segala perasaan hingga dirinya hilang rasa dan empeti. Naluri dendam, mula bangkit memerintah jasad.

Betul kata Meor. Adik Ainaa seorang pembunuh. Tak mustahil, Ainaa juga terlibat. Mereka memang pembunuh!! marah Aisyah, tersedu-sedu menahan tangisnya. Belum pun seketika air matanya kering, dia menangis lagi.

Apa yang dikhabarkan oleh doktor, menjadikan dia seperti orang yang kurang siuman. Teman lelakinya, yang terlibat dalam kemalangan dan telah dibawa ke hospital, kritikal namun tak sempat diselamatkan. Kematian teman lelakinya itu, di label sebagai mati di tempat kejadian. Semua yang berlaku, sama seperti yang di ceritakan di dalam blog Sofea.

"Aku..aku akan bunuh kau!!"

Bersambung...