"APA!KENAPA KAMU SEMUA TIDAK MENJAGA TUAN KAMU DENGAN BAIK HAH!" jerit Tuan Tua Xiao ke arah semua orang yang berada di sana.
Suasana di dalam bilik itu terasa tegang apabila udara di bilik itu semakin kurang dengan tekanan yang dikeluarkan dari badan Tuan Tua Xiao. Semua orang suruhan di dalam bilik itu kecut perut dan tidak berani mendongak keatas kerana takut dengan kemarahan Tua Tua Xiao. Semua orang di kediaman itu tahu bahawa Tuan Tua Xiao lebih menyayangi Tuan Muda Kedua dan Cik Muda Kedua daripada semua Tuan Muda dan Cik Muda di dalam kediaman itu.
Semua gundik di kediaman itu memendam rasa benci mereka terhadap dua beradik itu kerana mereka lebih disayangi oleh Tuan Tua Xiao terutamanya Gundik Li dan anak - anaknya. Walaupun Gundik Li telah melahirkan pewaris lelaki dan perempuan yang pertama di kediaman itu, Tuan Tua Xiao langsung tidak memberi muka terhadap anak - anaknya dan ini membuatkan Gundik Li menyimpan dendam terhadap dua beradik itu. Kini Gundik Li telah dinaikkan pangkat menjadi isteri yang sah di kediaman itu setelah kematian Puan Qiao 2 tahun yang lalu akibat penyakit yang misteri.
Hanya Gundik Li sahaja yang tahu mengenai kematian Puan Qiao kerana dialah dalang disebalik kematian Puan Qiao di kediaman itu.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di kediaman Bulan Malam<1>
Xiao Zie dan Xiao Mei membuka mata mereka setelah dua hari mereka tidak menyedarkan diri. Pembantu mereka terus memberitahu khabar yang gembira itu kepada Tuan Tua Xiao yang sedang berada di ruang utama bersama - sama dengan semua orang di kediaman itu. Tuan Tua Xiao berasa sungguh gembira apabila mendengar bahawa cucunya sudah pun membuka mata mereka. Ruan Tua Xiao dan semua orang yang berada di sana bergegas menuju ke kediaman Bulan Malam.
Alangkah terkejutnya mereka mendapati bahawa dua beradik itu tidak berada di kamar mereka sebaliknya berada di pondok rehat di yang berada ditengah - tengah tasik buatan sendiri di utara kediaman Bulan Malam. Semua orang yang berada di sana melihat dua beradik itu sedang duduk di bangku sambil berbual - bual dengan rancak. Ingin tahu mengenai apa yang mereka bincangkan Tuan Tua Xiao dan semua orang yang berada di sana mendekati mereka tetapi mereka terkejut apabila Cik Muda Kedua tiba - tiba menangis di dalam dakapan Tuan Muda Kedua.Tuan Tua Xiao terkejut besar dengan apa yang dikatakan oleh Xiao Mei dan Xiao Zie.
"Huhuhuhuhu... Abang, kenapa kita ada dekat tempat yang pelik nie..... adik nak balik rumah.... jumpa dengan mak dan ayah...adik lebih rela hidup dengan menjadi pembunuh upahan daripada tinggal dekat sini..." kata Xiao Mei dengan nada yang tersedu - sedan.
"Sabar sayang... Abang pun rasa macam tu juga... abang pun lebih rela jadi pembunuh upahan macam mak dan ayah kita daripada tinggal dekat sini." kata Xiao Zie sambil menenangkan adiknya yang sedang menangis itu.
"Xiao Mei...Xiao Zie... apa yang kamu berdua katakan sebentar tadi... mak kamukan sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu manakala ayah kamukan ada disini..." kata Tuan Tua Xiao yang kebingungan dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi.
Xiao Zie terus menyeru keluar senjata ajaibnya Pedang Kematian dan Lembing Kehidupan manakala Xiao Mei pula menyeru keluar haiwan magisnya Phoenix Api Merah dan Naga Salju Putih apabila mendengar suara yang tidak dikenali di sebelah mereka. Semua orang yang berada disana terkejut menyaksikan apa yang berlaku termasuk Tuan Tua Xiao. Merah seolah - olah tidak percaya bahawa Xiao Zie dan Xiao Mei mempunyai senjata ajaib dan haiwan magis sedangkan mereka langsung tidak boleh bertapa mahupun untuk seketika.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di ruang utama
Semua orang masih tertanya -tanya bagaimana kedua beradik itu boleh mempunyai senjata ajaib seeta haiwan magis yang sungguh kuat dan tidak boleh dimiliki oleh sebarangan orang kecuali orang yang ditakdirkan untuk menjadi tuan kepada mereka.
" Zie'Er... Mei'Er... macam mana kamu boleh memiliki senjata ajaib dan haiwan magis sebagai darah berkontrak<2> kamu? Bukankah kamu berdua tidak boleh bertapa mahupun memiliki darah berkontrak.. apa yang telah terjadi kepada kamu berdua semasa kamu berdua terjatuh ke dalam gaung itu... "satu demi satu soalan yang ditanya oleh Tuan Tua Xiao kepada mereka tetapi mereka langsung tidak menjawab pertanyaan itu dan memandang semua orang yang berada di sana dengan mata yang penuh dengan rasa takut dan bingung.
Tuan Tua Xiao dan Tuan Xiao yang menyedari bahawa dua beradik itu sedang ketakutan terus menyuruh mereka untuk balik berehat di kediaman mereka. Mereka terus lenyap dalam sekelip mata sebaik sahaja perkataan terakhir diucapkan. Malam itu menjadi sunyi sepi dan hanya bulan sahaja yang muncul ditemani dengan bintang yang gemerlapan.
<1> tempat tinggal Xiao Zie dan Xiao Mei.
<2> konrak yang dimiliki oleh semua pertapa dengan menggunakan darah mereka sebagai cara untuk mendapatkan kontrak sebaik sahaja umur mereka mencecah 13 tahun.