Chereads / Beradik Yang Digeruni / Chapter 3 - Si Sampah Keluarga Xiao[1]

Chapter 3 - Si Sampah Keluarga Xiao[1]

Keesokkan harinya Tuan Tua Xiao dan semua orang yang berada di kediaman itu datang mekawat ke Kediaman Bulan Malam. Mereka ingin melawat ke kamar Xiao Mei terlebih dahulu tetapa alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Xiao Mei tidak berada di kamarnya.

Oleh sebab yang demikian mereka melawat ke kamar Xiao Zie. Mereka terpaku melihat situasi dimana Xiao Mei sedang tidur dengan nyenyaknya di dalam dakapan Xiao Zie. Tuan Tua Xiao mengarahkan salah seorang dari pembantu suruhan mereka supaya mengejutkan Xiao Zie dan Xiao Mei.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

" Zie'er, bolehkah kamu jelaskan pada atuk bagaimana Mei'er boleh berada di kamar kamu dan kamu berdua boleh pula tidur di atas katil yang sama sambil berpelukan?" soal Tuan Tua Xiao sambil mengertap giginya menahan marah.

"Betul kata atuk kamu tu. Kamu tahu tak bahawa seorang gadis yang belum berkahwin tidak boleh tidur bersama saudara lelakinya. Ini akan merosakkan reputasi keluarga kita jika orang luar dapat tahu. Dimana kita nak letakkan muka kita nanti?" kata Puan Li dengan harapan dapat menambahkan lagi kemarahan Tuan Tua Xiao.

Akan tetapi dua beradik itu tidak mendengar walau sepatah pun perkataan yang diucapkan oleh orang yang tidak dikenali itu dan memandang satu sama lain dengan mata mereka mula menyala. Semua orang yang berada di ruangan itu terpinga - pinga apabila melihat mata dua beradik itu merah menyala sambil membuat isyarat yang tidak dikenali oleh mereka.

'Abang Yun Zi, apa maksud mereka dengan senjata ajaib dan haiwan magis? Adik tak fahamlah' kata Mei'er di dalam kepalanya.

'Abang rasa apa yang mereka maksudkan dengan senjata ajaib dan haiwan magis itu ialah senjata pertahanan abang dan haiwan peliharaan kamu tu' jawab Zie'er.

'Abang nasib baiklah kita dah terima memori asal badan niekan masa adik pergi ke kamar abang semalam. Rasanya dah lama juga adik tak tidur nyenyak macam tu masa dengan abang' ujar Mei'er sambil menguntumkan sebuah senyuman yang sungguh manis kepada abangnya.

'Betul cakap kamu tu Yun Er. Lain kali tidur je dengan abang. Kamar kamu terlalu jauh tahu tak. Susah abang nak jumpa kamu setiap pagi. Letih' kata Zie'er sambil mengusap kepala adiknya dengan perlahan.

"HEI!KAMU BERDUA DENGAR TAK APA YANG ATUK KATAKAN SEBENTAR TADI HAH!" teriak Tuan Muda Pertama kearah mereka.

"KAMU BERDUA DAH JADI PEKAK KE LEPAS JATUH DARI GAUNG TU!" sambung Cik Muda Pertama lagi.

"Apa?" kata dua beradik itu serentak.

"Ayah nak tahu kenapa tadi mata kamu berdua merah menyala tetapi sekarang tidak dan mata kamu sekarang berlainan warna, sebelah merah..sebelah lagi kuning" soal Tuan Xiao kepada mereka.

"Oooohh... itu kuasa kami telepati. Kami ada banyak lagi kuasa lain selain telepati. Dan kami dapat kuasa tu masa umur kami 13 tahun. Berkenaan senjata dan haiwan itu pula kami memang sudah sedia ada sejak kami berumur 14 tahun. Itu pemberian ibu kepada kami." jawab Xiao Zie dengan nada yang selamba

"APA! ITU TAK MUNGKIN. KUASA KAMU TAK AKAN MUNCUL PADA UMUR YANG SEAWAL ITU. KAMU HANYA AKAN DAPAT KUASA KAMU APABILA KAMU BERUMUR TEPAT 15 TAHUN. KAMU BERDUA TIDAK MEMPEROLEHI SEBARANG PERJANJIAN KONTRAK DARAH PUN MASA HARI JADI KAMU YANG KE- 15 DAN SEKARANG KAMU BERDUA SUDAH BERUMUR 16 TAHUN DAN 17 TAHUN!" jerit Puan Li keraha mereka.

" Hei makcik tua! Boleh tak makcik tua jangan terpekik - pekik disiang hari ni. Orang boleh ingat makcik tua gila tau tak! Tapi kalau tak percaya apa yang abang cakapkan aebentar tadi takpelah. Kami nak jalan - jalan di sekitar kota dahulu." kata Mei'er dengan nada yang jengkel.

Mereka terus teleportasi ke sebuah tempat yang asing untuk mengelakkan orang ramai terkejut dengan kehadiran mereka. 'Abang, bodohnya mereka. Mereka bodoh tahap apa? Menyampahnya saya dengan mereka' kata Mei'er dengan nada tidak puas hati. 'Memang mereka bodoh pun tahap babi kot. Buat apa kamu nak buangkan tenaga kamu untuk mereka. Tak berfaedah langsunglah tau' jawab Zie'er.