Pasangan beradik tersebut turun dari puncak bukit bersama-sama dengan kontrak darah mereka.
Sepanjang perjalanan untuk pergi ke pekan, Si Adik tiba - tiba merasakan sesuatu yang tidak kena sedang terjadi kepadanya akan tetapi dia tidak mahu membuatkan abangnya berasa risau lalu menyembunyikan keadaannya yang diserang penyakitnya sekali lagi daripada abangnya.
Dia tahu bahawa ini merupakan penyakit yang telah dihidapi oleh dirinya sejak kecil. Keluarganya telah mencari ramai doktor yang terkenal buat dirinya supaya mereka boleh menemukan kaedah rawatan yang terbaik bagi menyembuhkan penyakitnya.
Akan tetapi semua doktor tersebut berkata bahawa mereka tidak boleh menyembuhkan penyakitnya kerana ia sememangnya tiada penawar baginya. Setiap pesakit yang menghadapi penyakit ini hanya boleh menunggu kematian datang untuk menjemput mereka sahaja di kemudian hari.
Hati Xiao Mei hancur kepada beberapa kepingan apabila mendengar berita buruk yang disampaikan oleh mereka. Dia sememangnya berharap supaya ada seseorang yang boleh menjumpai kaedah rawatan yang boleh menyembuhkannya.
Tiba - tiba kepala Xiao Mei terasa sungguh berat dan dia terus memanggil nama abangnya supaya mereka boleh berhenti untuk berehat sebentar.
"Ab...ang..." , Xiao Mei terus pengsan sebaik sahaja dia memanggil abangnya. Xiao Zie terus menoleh ke arah belakang untuk melihat adiknya tetapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati adiknya telah jatuh pengsan beberapa meter dari tempatnya dan kontrak darah mereka.
Dia langsung bergegas untuk mendapatkan adiknya yang telah terbaring di tanah yang sejuk dan keras itu. Dia terus memanggil nama adiknya berulang kali tetapi masih tidak mendapat apa - apa jawapan daripada adiknya.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di Kediaman Teratai Merah
Semua orang yang berada di kediaman itu panik kerana menemui Tuan Muda mereka kembali semula ke puncak bukit sambil mendukung Cik Muda mereka yang tidak sedar diri di tangannya.
Tuan Muda mereka mengarahkan supaya mereka menyediakan ubat - ubatan buat Cik Muda dan memanggil doktor untuk merawatnya. Xiao Zie menunggu dengan penuh gelisah di luar kamar adiknya apabila doktor itu menyuruhnya keluar supaya dia dapat merawat adiknya.
Beberapa jam sudah berlalu apabila dia melihat doktor yang merawat adiknya keluar. Doktor tersebut menyampaikan berita yang sangat tidak diingininya.
"Maafkan saya. Saya sudah cuba yang terbaik untuk merawatnya tetapi penyakitnya memang tidak mempunyai sebarang penawar. Kalau Cik Muda Xiao tidak bangun keesokkan harinya, saya takut yang dia tidak akan berjaya untuk hidup lagi". Doktor tersebut terus pergi setelah berkata sedemikian.
Xiao Zie terus kaget apabila mendengar apa yang diucapkan oleh doktor tersebut. Dia langsung masuk kedalam kamar adiknya dan teurs memegang tangan adiknya dengan kuat.
Dia tidak mampu untuk kehilangan adiknya yang tercinta. Bagaimana dia akan menghadapi kedua orang tuanya apabila dia berjaya pulang ke dunia mereka semula. Apa yang mahu dia ucapkan. Dia terus berdoa supaya adiknya bangun dari tidurnya yang lena.
Keesokkan harinya, Xiao Zie masih lagi menunggu supaya adiknya terus tersedar dan memeluknya dengan segera. Dia mengarahkan pembantu dapurnya supaya memasak mekanan kegemaran adiknya apabila dia sudah tersedar nanti.
Sudah beberapa jam berlalu dan adiknya telah kembali membuka matanya semula tetapi Xiao Zie terkejut kerana adiknya langsung tidak mengingati apa - apa yang berlaku pada masa lampau.
Xiao Zie berasa bersyukur bahawa adiknya telah tersedar tetapi sedih juga pada masa yang sama kerana adiknya langsung tidak mengigati wajah kedua ibu dan bapa mereka.
Dia menyiratkan bahawa ini merupakan kesan yang terjadi kepada adiknya setelah diserang oleh penyakitnya. Xiao Mei memandang muka abangnya dengan tatapan yang bingung kerana abangnya menunjukkan riak wajah yang sedih kepadanya.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di kaki gunung
Pasangan beradik itu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan mereka menuju ke kota. Mereka telah kembali meneruskan perjalanan pulang selepas Xiao Mei telah sembuh sepenuhnya meskipun telah kehilangan memori tentang kedua ibu dan bapa mereka.