Di kota Jiyuan
"Wahhh...Yun Zi geg..bukan Zie gege<1>, tengok banyak barangan yang cantik dijual di sekitar jalan ni. Gege...boleh tak Mei'er nak perhiasan rambut nie.. ianya cantik sangat... bolehlah gege." kata Xiao Mei dengan membuat muka yang comel. Kecomelan Xiao Mei telah membuatkan penjual barangan itu terpegun sehingga dia tidak medengar apa yang dikatakan oleh pelanggan lain yang berkunjung di gerainya.
"Baiklah, Mei'er belilah. Nanti Zie gege bayarkan ok." jawab Xiao Zie sambil mengeluh melihat telatah meimeinya<2> itu.
Setelah selesai membuat bayaran kepada penjual gerai itu, mereka bercadang untuk pergi ke kedai kain dan membeli beberapa pasang kain untuk membuat baju yang baharu. Mereka baru perasan bahawa baju yang berada di dalam almari mereka semuanya sudah lusuh ataupun rosak. Mei'er memilih beberapa helai kain yang cantik untuk dirinya dan abangnya.
Setelah selesai membayar kain tersebut mereka begerak untuk menuju ke rumah mereka.Dalam perjalanan pulang mereka bertemu dengan beberapa orang yang pernah membuli pemilik asal tubuh yang mereka diami sekarang.
"Wah... tengoklah pasangan sampah nie.. jalan - jalan di sekitar kota sambil membeli beberapa barang. Aku ingatkan korang dah mati lepas jatuh dari gaung rupanya masih hidup lagi ye." ejek salah seorang daripada kumpulan itu.
Xiao Zie dan Xiao Mei tidak menghiraukan apa yang dikatakan mereka dan meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah mereka. Tindakan mereka itu telah membuatkan ketua kumpulan berasa marah. Ketua kumpulan itu bertindak mengeluarkan darah berkontraknya iaitu lembing panahan diikuti oleh beberapa darah berkontrak lain yang dikeluarkan oleh ahli kumpulan itu.
Semasa kumpulan itu bersiap sedia hendak menyerang dua beradik itu, mereka terpaku buat seketika apabila melihat senjata ajaib lagenda dan haiwan magis lagenda keluar dari tubuh badan dua beradik itu. Bukan hanya ahli kumpulan itu sahaj terpaku tetapi begitu juga orang yang berada di jalan itu.
"Aik? Dah taknak serang ke.. penakut rupanya korang nie ya..serang orang secara beramai - ramai.. dahlah di siang hari pulak tu." ejek Mei'er kearah mereka.
" Tak tahu malu betullah. Mana adab korang...mak ayah korang tak ajar ke hah?" kata Zie'er pula.
Sebaik sahaja perkataan 'tak tahu malu' diucapkan, semua orang yang berada di situ tersedar dan melihat dua beradik itu dengan penuh kebingungan dan ingin tahu. Ketua kumpulan itu berasa terkejut melihat dua beradik itu mempunyai darah berkontrak. Darah berkontrak mereka bukannya sekadar darah berkontrak biasa tetapi yang lagenda serta memiliki senjata ajaib lagenda dan haiwan magis lagenda bukan sekadar satu tetapi dua!
Mereka berdua berasa puas hati melihat muka semua orang yang berada di situ dan mula mengorak langkah mereka untuk pulang ke kediaman mereka meninggalkan semua orang yang berada di situ dengan penuh tanda tanya.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Keesokan Hari,
Berita mengenai pasangan sampah keluarga Xiao mempunyai darah berkontrak lagenda mengejutkan seluruh bandar Jiyuan. Maharaja sekalipun tidak menjangkakan bahawa pasangan sampah itu mempunyai darah berkontrak lagenda. Baginda mengumpulkan semua putera dan puteri baginda dan membincangkan hal tersebut dengan mereka.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di ruang belajar Maharaja
"Ayahanda, apa maksud ayahanda dengan pasangan sampah itu mempunyai darah berkontrak lagenda?" kata Putera Mahkota Liu Yue kahairanan.
"Betul kata kakanda Putera Mahkota tu ayahanda. Macam mana mereka boleh mempunyai darah berkontrak sedangkan umur mereka sudah mencecah 16 tahun dan 17 tahun. Darah berkontrak hanya akan muncul bila umur seseorang itu 15 tahun. Mereka dah terlepas peluang untuk memperolehi darah berkontrak pun! Macam mana ini boleh terjadi?!" kata Puteri Liu Yi tidak puas hati.
"Ayahanda pun tak tahu macam mana mereka memperolehi darah berkontrak." keluh Maharaja sambil memandang putera dan puteri baginda.
"Dahlah darah berkontrak mereka bukannya yang biasa tetapi yang lagenda. Malah mereka memiliki dua daripada 4 darah berkontrak lagenda yang ada!" jerit Puteri Liu Ya.
Para putera dan puteri itu terus berbincang dengan lancang sementara ayahanda mereka memerhatikan sahaja apa yang anakandanya lakukan.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di ruang utama kediaman Xiao
"Sekarang seluruh penduduk bandar Jiyuan sudah tahu bahawa Xiao Zie dan Xiao Mei mempunyai darah berkontrak lagenda. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ayah?" kata Tuan Xiao dengan penuh kerisauan.
"Panggil dua budak jahanam itu kemari! Orang Tua ni ada benda yang nak dibincangkan kepada mereka sekarang juga!" jerit Tuan Tua Xiao ke arha salah seorang pembantu yang berada di situ.
" Ba....baik Tu..Tuan Xiao.." kata pembantu itu denagn tergagap - gagap.
Seketika kemudian, kedua beradik itu pun sampai di ruang utama. Mereka berasa hairan melihat suasana yang tegang sedang menyelubungi udara di dalam ruang utama itu. ' Gege, orang tua tu dah tahu ke?' kata Mei'er kepada abangnya. ' Gege rasa orang tua tu memang dah tahulah' jawab Zie'er.
"Kenapa kamu berdua tercegat kat situ lagi?! Datang ke sini cepat!" teriak Tuan Tua Xiao kearah mereka.
" Urgh... Datanglah nie. Tak sabar betullah." kata Zie'er dengan nada jengkel.
Kedua beradik itu datang ke hadapan Tuan Tau Xiao dan hanya berdiri disitu menunggu 'atuk' mereka untuk berbicara. Melihat kedua cucunya tidak membuka mulut mereka, Tuan Tua Xiao mengacukan soalan kepada mereka dengan nada yang tertahan - tahan kerana menahan kemarahan. Akan tetapi Tuan Tua Xiao hampir pengsan mendengar jawapan cucu - cucunya.
" Bukan nye kami ada bunuh mereka pun walaupun itu hobi kami. Mereka cuma bernasib jer. Lain kali, kalau saya jumpa mereka lagi... saya tak akan teragak - agak untuk membunuh mereka tanpa belas kasihan walaupun sedikit. Itu telah diajarkan kepada kami sejak kecil." jawab Xiao Mei selamba.
" Buat ape nak tunggu lain kali. Kita boleh jer kan bunuh mereka malam nie. Ingat tak yang yang dikatakan mahaguru kepada kita? Jangan buat kerja separuh jalan.. kena habiskan kerja tu juga segera. Nanti mana tahu mereka akan cuba bunuh kita pada masa hadapan nanti. Kan kita sendiri juga yang susah nanti." kata Xiao Zie kepada meimeinya sambil mengingatkannya mengenai nasihat yang pernah dinasihatkan oleh mahaguru kepada mereka tidak lama dahulu.
" Betul jaga kata gege Zie. Nak habiskan kerja kita malam nie ke? Nanti meimei sediakan peralatan pembunuhan kita sepantas kilat." kata Xiao Mei dengan penuh teruja.
Xiao Zie hanya memberikan senyuman kearah Xiao Mei. Kedua beradik itu berbual seolah tiada orang lain yang berada di situ kecuali mereka. Semua orang yang mendengar perbualan kedua beradik tersebut kecut perut sebaik sahaja perkataan ' pembunuhan' diucapkan oleh Xiao Mei. ' Ayah' mereka terkejut dengan perubahan yang dialami oleh kedua anaknya selepas bangun dari koma yang berpanjangan. Beliau merasakan bahawa mereka bukan lagi anaknya yang sering berasa takut dan suka menyendiri daripada bertemu orang luar. Mereka cuma melindungi sesama mereka sahaja selepas kematian ibu mereka, Puan Qiao.
<1> panggilan untuk abang di dalam bahasa cina.
<2> Panggilan untuk adik perempuan dalam bahasa cina