"APA YANG KAMU KATAKAN SEBENTAR TADI?!" soal 'ayah' mereka dengan suara yang keras membangunkan semua orang yang berada di situ daripada lamunan mereka sebentar tadi.
" Hah? Kami cuma katakan kami akan selesaikan kerja kami malam nie jer. Takkanlah tak dengar kot? Dah pekak ker?" kata Xiao Mei dengan nada mengusik.
"BERTUAH PUNYA BUDAK! MACAM NIE KE KAMU CAKAP DENGAN AYAH KAMU HAH?! MANA RASA HORMAT KAMU PADA ORANG YANG LEBIH TUA DARIPADA KAMU?!" kata Tuan Xiao dengan keras.
" Ayah? Kami tak pernah pun ingat orang macam 'ayah' nie sebagai ayah kami pun? Bukan 'ayah' sibuk ker main dengan gundik murahan dan kaki cukur macam Gundik Li? Jadi buat apa sibuk nak cakap pasal hormat dengan kami? KAMI CUMA HORMAT SEORANG SAHAJA DALAM RUMAH INI IAITU IBU KAMI! FAHAM TAK?!" kata Xiao Zie dengan rasa meluat sambil memandang Puan Li dan 'ayah' mereka serta semua orang yang ada di ruang utama itu sebelum hilang dengan sepantas kilat dari tempat itu bersama dengan adiknya.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di Kediaman Bulan Malam
"ARGHHHHHH!!! MENYAMPAHNYE SAYA! BERANI ORANG TUA TAK GUNA TU CAKAP PASAL HORMAT DEPAN KITA?! ADA KE DIA PERNAH HORMAT DENGAN MENDIANG ISTERI DIA.... DATANG UNTUK MENGHADIRI PENGEBUMIAN ISTERI DIA SENDIRI PUN TAK PERNAH APATAH LAGI MELAWAT KUBUR PUAN QIAO. ANAK - ANAK DIA PUN DIA TAK HIRAUKAN?! ASYIK SIBUK MAIN DENGAN GUNDIK DIA JE SAMPAI SEMUA ORANG BULI ANAK DIA SEHINGGAKAN ORANG YANG BERSTATUS HAMBA ABDI PUN BOLEH BULI ANAK DIA!!" kata Xiao Mei dengan rasa marah.
"Sabarlah Yun..bukan Mei'er. Ingat kamu seorang je ker yang menyampah dengan orang tua tu? Gege pun sama tau.. tak cantik muka nanti kalau asyik nak marah jer" usik Zie'er untuk menenangkan adiknya.
" Hish... gege ni pun usik Mei'er..", ucap Mei'er sambil memuncungkan mulutnya seperti itik.
Xiao Zie terus ketawa terbahak - bahak melihat ekspresi muka meimeinya yang macam itik yang mahu mencedok air. Dua beradik tersebut terus teleportasi di tempat yang sebelumnya dan pergi berjalan kaki menuju ke bukit yang berdekatkan untuk bertapa bagi meningkatkan tahap mereka. Mereka berada di bukit itu untuk beberapa hari dan terdapat beberapa khabar angin tersebar di seluruh pekan menyatakan bahawa dua beradik itu telah hilang ataupun diculik oleh pertapa yang mahukan kontrak darah mereka.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di Kediaman Puan Li
Pasangan anak - beranak itu sedang bergembira mendengarkan khabar bahawa pasangan beradik itu telah hilang dari tempat pertapaan mereka. Puan Li tersenyum melihat gelagat dua orang anaknya yang sedang berbual gembira mengenai hal tersebut. Mereka semua mula berasa gembira terbayangkan nasib bertuah yang didapati oleh mereka dalam sekilip mata sahaja. ' Bagus, sekarang dua budak pengacau dah hilang. Sekarang nama anak - anak aku sahaja yang akan diingati sebagai pertapa yang genius di kota ini tawa Puan Li di dalam fikirannya sambil mengukir sebuah senyuman yang penuh makna.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di Gunung Bunga Darah,
Dua beradik itu sedang berada di kediaman mereka di atas Gunung Bunga Darah. Mereka sedang menikmati pemandangan di waktu senja yang sungguh cantik sekali di atas Gunung Bunga Darah sambil ditemani oleh kontrak darah mereka yang boleh bertukar bentuk menjadi manusia.
' Nampaknye Tuan Muda dan Cik Muda kita sedang berseronok dan tidak menghiraukan khabar angin yang sedang tersebar di kota' kata Burung Pheonix Api Merah.
'Betullah kata kau tu Pheonix' jawab Lembing kehidupan
'Alangkah bagusnya kalau mereka boleh je hidup dengan tenang macam nie setiap hari tanpa menghiraukan segala masalah yang ada di kota' keluh Pedang Kematian.
Setelah mendengar apa yang diujarkan oleh Pedang Kematian sebentar tadi, semua kontrak darah bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya dan memandang kedua beradik itu dengan penuh rasa simpati. Kedua beradik itu boleh mendengar apa yang dikatakan oleh kontrak darah mereka kerana kuasa mereka berkait dengan mereka tetapi untuk tidak merosakkan suasana yang kasihan itu, mereka berdua mendiamkan diri sahaja sambil memandang antara satu sama lain.
" Tuan ...Cik... sekarang sudah sampai masanya untuk Tuan dan Cik pulang ke kediaman Xiao sekarang. Orang Tua Tuan dan Cik sedang risau akan keadaan kamu berdua dan telah menghantar beberapa pengawal yang pernah menjaga kamu berdua untuk mencari kelibat kamu berdua di seluruh kota dan di tempat yang pernah kamu bertapa semasa dilanggar oleh haiwan magis liar sebelum ini" Naga Salju Biru memberanikan diri untuk menyuruh kedua berani yang digeruni itu pulang ke Kediaman Xiao dengan nada yang tegas tetapi sedikit lembut.
"Yelah.... yelah" ujar Mei'er sambil memandang naganya yang berada di dalam bentuk seorang lelaki manusia yang sungguh kacak.