Chereads / cinta :) / Chapter 3 - bab 3: Peperiksaan SPM

Chapter 3 - bab 3: Peperiksaan SPM

Selesai makan petang bersama ibunya, Farisha lisa ke biliknya untuk mengulang kaji dan membuat kerja sekolah. Maklumlah tahun ini Farisha lisa akan menjalani peperiksaan SPM jadi dia perlu belajar bersungguh-sungguh. Puan Rossa memberitahu yang dia akan pergi mengambil adiknya si farid dari sekolah. Jadi Farisha lisa yang malas ikut ibunya berkata " Tak apalah oma, risha banyak kerja sekolah ni" Puan rossa mengatur langkah pergi menaiki keretanya.

Sedang mencari buku teks Farisha lisa terjumpa satu sampul surat. "...." Farisha lisa terdiam dengan bercampur ingin tahu lalu membuka lipatan surat satu persatu.

Dari Sang Pencinta

Farisha lisa hanya kau menjadi ingatanku.

Kau yang dari dulu dan sekarang menjadi pujaan diriku.

Hanya kau yang bisa ambil diriku dan kau

MILIKKU SELAMANYA...

UntukMu Farisha lisa

Farisha lisa : "....." terkaku dan mula merasa seram sejuk dengan bait kata-kata di dalam sepucuk surat tersebut. Sejak bila pula aku ada peminat ni 'apa ke gilalah'.

Namun sekarang dia tidak lagi terkejut kerana perkara tersebut selalu dan akan berlaku setiap tahun. Empat tahun lepas, 4 pucuk surat setia didalam beg Farisha lisa pada setiap tahun.

'mungkin budak-budak perminat dia kot' Farisha lisa sudah terbiasa surat menyurat datang kepadanya untuk berkenalan dengannya tapi Farisha lisa tidak berminat dengan sesiapa lagi kerana fokus pada pelajarannya. ' Cita-cita nak belajar ke luar negara'.

"Siapalah si pemberi ni?.. mahu apa dia dengan aku?" kata Farisha lisa yang semakin sesak dikepalanya kerana memikirkan surat tersebut kerana hanya surat tersebut lain dari surat yang biasa. 'Sudahlah tidak tahu siapa yang hantar, nama pun tidak bagi tahu'.

Farisha lisa memeluk patung beruangnya yang bernama bear kiki kesayangan dengan erat kerana dia sendiri tidak faham dengan perasaannya sekarang.

Hanya tahun ini sahaja dia dapat surat tersebut, selepas ini mungkin tiada lagi kerana dia akan menamatkan pelajaran.

'ish apa yang dikisahkan sangat' rungut pula Farisha lisa.

_____

Farisha lisa berkerut dahi matanya seperti cuba ingin sedarkan diri dari mimpi.

~Di dalam mimpi~

seorang budak sedang melambai dan sekelip mata cuba mencapai tangannya dari terjatuh, Farisha lisa segera terpaku dengan

senyuman seorang budak lelaki berusia 8 tahun itu dengan eratnya menggenggam tangannya. Didalam mimpi tersebut Farisha lisa berusia 4 tahun yang usai dari menangis.

"Awak jangan menangis abang Danish ade" kata budak lelaki tersebut sambil tersenyum lalu memberi gula-gula kepada Farisha lisa

Wajah budak lelaki tersebut tidak dapat melihat dengan jelas kerana hanya nampak samar-samar didalam mimpi..

...

Izara yang berselera makan mula kehairanan melihat si Farisha lisa dari tadi tidak menyentuh makanan.

"lisa! lisa ooo lisa!" panggil izara yang melihat kawannya semakin gawat penyakit termenungnya 'ape kene denga dia ni?' izara meneguk sedikit air yang mula ingin menyakat Farisha lisa. Izara menghampiri Farisha lisa dengan membuat gaya ingin mencium.

Semakin hampir ke wajah Farisha lisa namun dia masih tak sedar.

'Ni nampak gayanya memang kau suruh aku cium kau betul² lah lisa' omel izara di dalam hatinya.