Farisha lisa pulang dari sekolah dengan hati sedih dan takut. Tuan Aiman yang cukup garang dan tegas buatkan farisha lisa sudah lali dengan ayahnya. Setiap perbuatan salah pasti ada hukumannya dan jika melakukan kesalahan pasti menanggung kesalahan itu dari mula hingga akhir.
Di ruang tamu, sejurus selesai makan malam, abang afiq rancak berborak dengan ayah manakala adiknya si alif iman santai menonton cerita di televisyen. Ibunya pula hanya memerhati semua gerak geri anak dan suaminya dalam rumah.
"risha kamu kenapa diam dari tadi ni?" tanya puan rossa hairan melihat keadaan anak perempuannya seorang ini.
"Ibu... emm... ayah..." panggil farisha dengan suara perlahan dan bergetar takut di marah oleh ayahnya selepas cerita hal disekolahnya.
'aishh ni kalau tak cerita kena marah dengan cikgu zain. Cikgu zain dan ayah sama je keluar mulut harimau masuk mulut buaya... ishh betul ke tidak entah peribahasa aku ni?'
Semua ahli keluarga yang khusyuk melayan diri masing-masing memandangnya hairan pada Farisha lisa.
"emm.. macam ni.. er.. Cikgu zain cakap nak jumpa ibu.. dan.. ayah.." jelas farisha lisa sambil menunduk. Takut bertentangan mata dengan ayah dan ibu.
"Kenapa cikgu kamu nak jumpa kami?" tanya ayah dengan suara yang cukup garang.
Farisha lisa menceritakan hal yang sebenar pada ahli keluarga supaya faham dia sebenarnya difitnah.
"Ahahahha kelakarlah izara asal dia usik macam tu.. kalau abang pun salah faham tengok buat macam tu" kata abang afiq lucu dengan perjelasan adiknya.
Farisha lisa hanya menjeling pada abang afiq geram boleh pula dia gelak.
"kalau macam tu esok ayah dan ibu pergi jumpa dengan cikgu kamu. Jika betul kamu difitnah, ayah akan maafkan kamu tapi jika disebalik nya ayah tak akan tergesa-gesa menghukum kamu faham!" jawap tuan aiman pada anaknya.
"kenapalah ada pula orang mengambil gambar dalam sekolah kamu tu?, hairan oma kenapalah boleh memfitnah orang tanpa sedar yang perbuatan dia tu salah" omel puan rossa pening dengan zaman kini dihujung jari. sesuka hati menjatuhkan maruah orang.
"Dah tak payah risau biar abang pergi siasat kes ni, boleh pula dia memfitnahkan adik abang ni" kata abang afiq sambil membuat gaya seperti detektif.
"adik pun! biar kitorang siasat" ikut gaya ala detektif conan.
Gelak mereka berdua sambil buat gaya ala detektif. Farisha lisa hanya tersenyum fikir macam mana esok harinya. Puan Rossa memandang risha sangat faham keadaan perasaan anaknya sekarang. Farisha lisa yang sangat manja orangnya selalu gelak ketawa tapi tengok hari ini sudah dapat menganggap dia dalam masalah.
Farisha lisa tidak dapat melelapkan matanya memikirkan keadaan situasi. Aaahhh!!! sakit kepala memikirkan. Farisha lisa teringat semula wajah izara yang sangat sedih dalam bilik kaunseling pagi tadi. Kemungkinan dia marah dekat cikgu zain.
'Siapalah yang berani buat fitnah macam ni. Jangan-jangan!' "Syahir Haikal! yee aku rasa dia puncanya yelah sebab datang tetiba dekat kitorang" teka Farisha lisa sambil memeluk bear kesayangannya 'orang popular macam dia macam-macam boleh buatlah'.