Keesokan harinya...
"MASUK!! Tengku Dira izara aku cakap masuk!" marah Tengku Azmi kepada anaknya izara.
Izara teresak menangis tidak mahu berpisah dengan Farisha lisa. Tidak kurangnya juga Farisha lisa mukanya penuh dgn air mata.
Izara teresak dan memeluk Farisha lisa lalu berkata "Farisha aku tak nak berpisah dengan kau... kenapa semua ni terjadi?" Mereka berkawan selama 11 tahun lagi tidak pernah terfikir kejadian sebegini terjadi.
Farisha lisa memeluk Izara dengan kemas dan mahu sedar dari mimpi secepat mungkin namun ini realiti. Semua orang memandang mereka pelajar tingkatan 5 ada yang gembira, ada yang bersimpati dan berbisik-bisik itu perkara wajib setiap penonton.
Syahir haikal kelihatan letih seperti baru selesai bergaduh. Seseorang lelaki memerhati kejadian tersebut lalu menghadiahkan senyuman sinis dan berkata "Padan muka kau!" disebalik pokok sekolah.
Syahir haikal terpandang lelaki tersebut lalu dia bertindak untuk dapatkan lelaki tersebut. Namun lelaki tersebut sudah tahu lalu melarikan diri.
...
Beberapa jam sebelumnya..
Tuan Aiman dan Puan Rossa masuk kedalam bilik kaunseling di ikuti Farisha lisa. Belum sempat mereka memberikan senyuman mereka terkejut melihat tiga orang lelaki bergaduh didalam bilik tersebut serta izara yang menangis kerana tidak tahu meredakan keadaan.
"Kau memang tidak guna kalau kau mahu balas dendam kau buat cara baikLAH!!" Jerit Tengku azmi kepada cikgu zain sambil memenggang kolar cikgu zain.
"Kau dasar tak tahu bersyukur kalau kau pandai jaga dia, dia tak akan MATI!!" Jawap Cikgu zain sambil membalas tumbuk menumbuk.
Rupanya ibu izara pernah menjadi kekasih Cikgu zain. Namun ibu izara sudah meninggal kerana kemalangan di jalan raya sewaktu izara kecil lagi.
Syahir haikal tujuannya hanya memberikan maklumat yang sebenarnya izara dan Farisha lisa bahawa mereka difitnah. Namun lain jadinya dia cuba meleraikan pergaduh tapi dia juga terkena tumbukan dari pergaduhan itu.
Sebelum mereka bergaduh Syahir haikal berkata "Cikgu zain saya sebenarnya... saya juga ada disitu di tempat kejadian. Yang izara sebenarnya bermain sahaja dengan Farisha lisa"
"Awak ni dah kenapa saya ade minta pertolongan dari awak ke!?" tanya Cikgu zain nada seperti sindir
Syahir haikal: Tapi cikgu saya ada nampak seorang budak ni ambil gambar di sekeliling ketika itu.
Cikgu zain: Untuk pengetahuan awak sebanyak mana pun awak berikan perjelasan saya tetap! tak akan ambil kesah.!
Cikgu zain: Kau dengar sini yee kau tu setakat popular tak bermakna aku.... peduli dengan kau! keluar sebelum aku denda dengan kau sekali.
Syahir haikal: Cikgu zain saya harap saya ada lagi hormat pada Cikgu zain.
Syahir haikal : Saya tak akan pernah keluar selagi cikgu zain tarik hukuman buang dari sekolah untuk izara dan Farisha lisa.!
Belum sempat cikgu zain membalas. Pintu terbuka dengan kuat sekali 'bang!'.
Cikgu zain terkejut terbuntang luas matanya 'tskk asal dia dengar semuanya ke?'.
Tengku azmi muka yang penuh kegelapan seperti menahan amarah lalu memandang Cikgu zain. Itulah sebenarnya berlaku.
Tuan Aiman segera menyekat Tengku azmi manakala Syahir haikal menghalang Cikgu zain. Farisha lisa memeluk Izara sedih melihat kawannya menangis, Puan Rossa memeluk izara dan Farisha lisa agar cepat tenang. Memandangkan pergaduhan belum reda.
Puan Rossa memohon agar jangan bergaduh lagi. Tapi tidak mahu layan suara wanita lemah lembut dan tidak tahu apa-apa.
Puan Rossa memandang mereka seperti.....
"AKU! CAKAPP BERHENTII!! BERGADUHH!!" Jerit Puan Rossa sambil mencerlung mereka yang bergaduh.
Mereka semua terkaku dengan jeritan Puan Rossa mana tidaknya satu sekolah bergegar dengan suaranya sahaja. Pergaduhan segera terhenti dan memandang sesama sendiri lalu membetul pakaian masing-masing.
Farisha lisa bantu izara menutup telinga "..."