Syahir Haikal nama selalu menjadi pujaan hati wanita, mempunyai Keluarga yang kaya kerana mempunyai Syarikat sendiri di Bandar Kuala Lumpur yang diusahakan oleh datuknya, Namun sepupunya yang menguruskan Syarikat tersebut, selepas bapanya meninggal.
Aura sempurna berpakaian yang sentiasa kemas dan potongan rambut yang cukup sempurna seperti jejaka yang cukup sempurna kerana mempunyai kacukan arab dan melayu, ketinggian yang selalu diimpikan gadis-gadis melayu, hidung yang mancung dan kulit putih .
Boleh dikatakan kaum lelaki juga turut tertarik dengan wajah dan penampilan Syahir haikal. Namun dia hanya rapat dengan dua sahabatnya iaitu si farid dan ikmal.
_____
Melihat dua orang gadis sedang kehairanan Syahir haikal mulakan niatnya. Syahir haikal sudah mengenali izara kerana izara juga seorang gadis menjadi pujaan lelaki disekolah mereka. Namun dia lagi mengenali gadis disebelahnya ini 'Farisha lisa'.
"kau orang berdua ada hubungan ke?" tanya Syahir haikal dengan wajah yang tampan lalu tersenyum dengan sinis.
Izara dan Farisha lisa terkedu dan kecil hati dengan kenyataan si lelaki tersebut lalu izara menjawap "Asal kau nak tahu sangat, suka hati kita orang nak ada hubungan ke atau tak ada hubungan."
Farisha lisa hanya berdiam diri kerana dia malas melayan orang begitu. Sebenarnya Farisha lisa selalu dikacau dan disindir oleh Syahir haikal 'Kesnya dia tidak tahu' .
Dua orang gadis datang ke arah mereka dengan gaya ala diva kerana dia adalah teman wanita tetapi tidak di ikhtiraf oleh si Syahir haikal yang popular itu.
"You pergi mana I cari you tahu tak? I cakap dengan you ni! tadi janji nak rehat sama-sama" marah Syasya amira selepas ditinggalkan oleh Syahir haikal 'berjanji mahu rehat bersama tapi rehat dengan orang lain!'
Syahir haikal berdiri kerjanya sudah selesai. Dia pergi kearah kawan²nya malas mahu layan syasya amira sikapnya seperti obses dengannya.
Sebelum pergi Syahir haikal berpaling dengan penuh gaya lalu dia berkata "Bye sweet heart!" syasya amira mahu berasa pengsan terlalu gembira kerana Syahir haikal memanggil dia sweet heart.
Izara dan Farisha lisa hanya kebingungan dia tidak tahu siapa yang dipanggil 'sweet heart' kerana Syahir haikal berkata sambil membelakangkan mereka.
"you.. you nak pergi mana tu? I tak habis cakap lagi ni" panggil Syasya amira. Berlari kecil Syasya amira kearah Syahir haikal.
"nak cakap apa? cakap cepat" kata Syahir haikal malas melayan orang bergedik semacam.
*****
Syahir haikal kembali ke meja makan bersama rakannya.
"kal kau cakap apa dekat farisha dan izara?" tanya ikmal kelihatan mahukan jawapan.
"betul tu aku tengok kau cakap pun tidak, tapi duduk tengok si Farisha budak sombong tu" kata faris lagi lalu melihat kearah Farisha lisa. "And last si Farisha tak layan" gelak sakan si faris dan ikmal.
Tiba-tiba mereka berdua merasa ade satu renungan ingin membunuh kearah mereka, gelak tawa mereka berhenti serta merta.
"kau orang tak perasan?" tanya Syahir haikal kelihatan begitu serius lalu memandang kearah rakannya yang kebingungan.