Chereads / cinta :) / Chapter 6 - Bab 6 : ambil gambar

Chapter 6 - Bab 6 : ambil gambar

Melihat faris dan ikmal kehairanan

"perasan apa?" tanya serentak faris dan ikmal kelihatan ingin tahu jawapan.

'Bukan apa Jarang si Syahir haikal ni berminat atau ambil kisah pasal perempuan.'

"korang perasaan tak tadi ada seorang budak ambil gambar sekeliling?" tanya syahir haikal sambil menyilangkan kaki.

"ouh baru aku ingat yang budak ambil gambar pemandangan tu kan?" sokong ikmal "tapi apa kaitan dengan pasal kau pergi kat sana?"

" aku rasa ada tak kene je" jawap syahir haikal dengan merasa ada sesuatu terhadap budak ambil gambar tadi.

"kal.. ikmal cuba kau tengok ni!" faris kelihatan agak terkejut berita hangat.

Grup wasapp yang mula sunyi menjadi heboh apabila satu laman sesawang menyebarkan beberapa keping gambar. Tajuk pula seakan mengatakan ia perikalu tersebut benar.

'sekolah menengah kampung bukit membenarkan pelajarnya mengadakan hubungan songsang'

"habis lah diorang nanti terang-terang dah salah" kata faris seakan sudah tiada harapan untuk farisha lisa dan izara.

.....

Suasana kelas yang bisik dengan gosip masing-masing terdiam apabila farisha lisa dan izara masuk kedalam kelas 5 Arif. Setiap pelajar memandang mereka seperti ada yang tidak kena.

"izara apa kena dengan semua dalam kelas ni macam kita ada buat silap je" bisik farisha kepada izara. "jangan-jangan ada benda kat muka aku?" tanya lagi farisha lisa.

"ishh kau perasan gak rupanya sebab dari tadi lagi aku hairan dengan manusia dalam kelas kita ni" jawap izara dengan yakin bahawa mungkin.

'lantaklah diorang ada mata nak buat macam mana... tapi dari segi pandangan diorang macam aku ni pelik'

Sedang mereka berbual dengan rancak didalam kelas. Nama mereka berdua di panggil oleh cikgu zain, cikgu displin sekolab mereka yang cukup tegas dan garang.

walaupun mereka tidak buat salah tapi hati masing berdebar- debar, seperti ada buat silap.

'kemungkinan juga setiap kali dipanggil oleh cikgu zain itu tandanya dia ada masalah displin tapi displin kitorang tip top tak pernah buat silap'

.....

"selamat pagi cikgu zain, boleh saya masuk?" pinta mereka berdua selepas berada didepan pintu bilik pejabat displin kira-kira 15 minit.

"ouh masuklah.." jawap cikgu zain. Melihat dua pelajarnya berdiri tegak didepannya. Dia semakin hairan betul ke dalam gambar ni diorang?

"okay saya tak nak melengahkan masa street to the point, awak berdua ni.. ada masalah ke..?" pertanyaan cikgu zain penuh dengan keraguan membuat mereka berdua hairan.

masalah?? kitorang hidup di dunia masing-masing kot tak pernah kacau hidup sesiapa pun, nak kata membuli itu jauh dari prinsip, nak kata kita rosakkan harta benda sekolah pun kitorang takut dan kitorang selalu hormat cikgu-cikgu kat sini bisik hati izara kerana geram. Yelah mereka dipanggil atas masalah yang tidak diketahui.

"emm... apa masalah kitorang cikgu?" tanya farisha lisa hairan masalah apalah yang besar sangat sampai dipanggil ke sini.

Cikgu zain meletakkan telefonnya dihadapan mereka berdua. Didalam telefon cikgu zain terdapat beberapa keping gambar.

"Cikgu! cikgu jangan salah faham gambar ni bukan" belum sempat farisha lisa habiskan ayatnya cikgu zain terus menyampuk.

" bukan awak berdua? macam tu?" tanya cikgu zain dengan nada sindir lalu ia tersenyum sinis.