Chereads / cinta :) / Chapter 4 - Bab 4: Aku dah agak

Chapter 4 - Bab 4: Aku dah agak

'Danish?? siapa pula danish yeee? kenapa aku mimpi macam tu semalam? maksud apa dengan mimpi semalam? senyuman dia kenapa buat aku berdegup kencang?

di fikiran Farisha lisa.

Farisha lisa mempunyai wajah comel, pipinya pula gebu kulit putih dan bulu mata ikutan mix arab sebelah ayahnya manakala ibunya kacukan china yang buatkan izara betul² rasa ingin cium pipinya. Tapi dia cepat sedarkan diri.

Izara tidak kurangnya juga dia mempunyai kacukan siam ikutan ayahnya. Oleh itu izara memang ramai peminat di sekolahnya. Namun dia awal-awal menolak kerana dia setia kepada seseorang iaitu si abang afiq. Farisha lisa tetap dirahsiakan kerana malu memberitahu kepada kawannya, bahawa dia suka kepada abang kawannya itu.

.....

Sekumpulan lelaki yang sedang rehat bersarapan di bawah pokok yang besar dan redup yang melihat gelagat Farisha lisa dan izara.

"Ehh cuba korang tengok tu.."suruh ikmal pada kawannya lalu menunjuk ke arah sesuatu di pondok sebelah pohon.

"Aku dah agak dah.. yang diorang ni lesbian" kata faris kepada kawan² nya.

" hah ahh lah tengok diorang tu... ishhh nak buat pun buatlah kat tempat lain ke kan?

ehh baik kita laporkan pengetua sebab diorang ni dah tersasar jauh ni" kata ikmal

sengaja tunjuk tidak ambil kisah tapi padahal...

*menambah kuah dari pada sudu*.

"Aku rasakan mungkin sebab tulah si Farisha lisa dan izara tak ada kawan lelaki yang diorang ni..." tambah lagi dan sengaja ikmal tak habis ayatnya supaya kawan²nya itu faham disebalik ayatnya diperkatakan.

"Sayangkan... diorang ni cantik tapi tidak ada perasaan dengan kaum macam kite" kata faris kelihatan kecewa kerana dia juga tertarik dua gadis yang dibicarakan itu.

"ehh... ye ke!? kau tahu dari mana?" tanya ikmal bersemangat.

"lahh kau tak baca ke dalam grup?" beritahu faris bagaikan maklumat penuh di minda.

Ikmal dan Faris sibuk dengan busy body mula merasa sesuatu lain. Mereka berdua berpaling ke arah seorang kawannya yang kelihatan berlainan seperti aura pandangan yang ingin membunuh seseorang.

Ikmal memberanikan diri mula bertanya " Kal kau kenapa diam je dari tadi?" faris hanya mampu memberi sokongan melalui anggukan. Syahir Haikal segera bangun dan menuju kearah kawan²nya bicarakan itu.

.....

Terasa ade sesuatu menghampiri. Farisha lisa tersedar dari lamunan lalu melihat muka si izara semakin dekat dengan wajahnya, seperti izara ingin mencium dengannya.

"wehhh apa kau buat ni!?" tanya Farisha lisa sedikit terkejut bercampur geram.

'Mana tidak geramnya jika orang lain melihat pasti fikir bukan-bukan'

"Hah! tahu pun" gelak izara yang mengusik sahabatnya itu. " sekali lagi kau termenung siap kau.. tahu!?" marah izara dengan sahabatnya yang selalu termenung.

'tahulah peperiksaan sudah dekat tapi janganlah memikirkan sampai lupa orang disekeliling ni'.

"Apa yang kau fikirkan sangat tu? kebelakangan ni kau asyik termenung je" tanya lagi izara.

"Macam ni.. sebenarnya a..ku " belum sempat Farisha lisa mencerita kepada izara satu susuk tubuh duduk dihadapan mereka.

Kerusi dan meja di pondok sekolah mereka sediakan berbentuk bulat jadi kedudukan syahir haikal betul-betul duduk di tengah.

Syahir haikal memandang kearah izara dan bertanya "boleh aku join?" . lalu Syahir haikal kearah Farisha lisa.

Farisha lisa hanya kelihatan menunduk kerana jarang seorang lelaki bercakap dengannya. Jadi dia merasa tidak berapa selesa.

izara : "kau nak join ape!?"

Farisha lisa : "...."

lalu mereka berdua saling berpandangan kerana hairan reaksi lelaki tersebut.

Tapi izara agak terkejut dengan lelaki tersebut kerana lelaki itu adalah pelajar yang paling ramai peminat sehinggakan sekolah luar turut berminat untuk berkenalan dengannya.