Pada hari ini aku terlebih rajin untuk berjoging. Tapi tidak lah serajin mana, kerana aku hanya berjoging di kawasan perumahanku saja. Takat tu jelah aku mampu. Hahaha. Hashtag! Sis tak mampu jauh jauh.
Setelah tiga pusingan aku berjoging, aku mula keletihan. Aku mengambil duduk berhadapan dengan taman permainan. Sambil sambil itu aku meregangkan sedikit otot yang mula kepenatan. Lantas aku mencapai sebotol air mineral lalu meneguknya dengan perlahan. Sedang aku meneguk air, datang seseorang menyergah aku.
"Hoi!! " satu suara garau datang menyergah Aisyah yang sedang meneguk air itu. Habis tersembur air yang diminum oleh Aisyah. Dan saat itu ingin saja aisyah membaling kasut nya ke muka lelaki itu.
Siapa lagi kalau bukan lelaki itu. Mikael lah! 'Spoil kan mood orang saja dia ni! ' gumam aisyah dalam hati sambil mengesat bibirnya.
Mikael tersenyum kambing sambil merenung wajah Aisyah. Aisyah mula rasa tidak selesa. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain. Tidak sanggup untuk membiarkan lelaki itu terus merenungnya.
"Kau ni pahal, hah? " soal aisyah senada. Dia tak marah, tak sedih mahupun gembira dengan kehadiran lelaki itu. Tapi dia pelik.
Aisyah meneliti disekeliling nya. Manalah tahukan mamat kat sebelahnya ini pasang cctv. Dia ni bukan boleh percaya sangat.
Mikael memandang pelik. Tiada tanda tanda yang dia akan membalas soalan yang diajukan oleh Aisyah. Malah dia terus memerhati setiap gerak geri Aisyah.
Aisyah membuat muka malas. 'Dah tak ada mulut ke nak jawab soalan aku? ' Aisyah mengutuk mikael di dalam hatinya.
"Mikael.. Kenapa kau tiba-tiba ada kat sini? " soal Aisyah. Saja mahu tahu mengapa lelaki ini tiba-tiba muncul dihadapan nya.
Mikael mula hilang punca. Kepala yang tidak gatal digaru. Sedang itu, Mikael ligat memikir jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh gadis sebelahnya.
Dia pun tidak pasti mengapa dia ke sini? Yang pasti dia mengikut gerak hati. Hanya kerana ingin bertemu Aisyah. Gila ke aku ni?! Tapi itulah niat dihati sebenarnya.
Aisyah mula berang. Lelaki ni bisu ke pekak? "Hoi! Aku tanya ni kau dengar ke tak? Ke kau dah bisu! " kesat sekali kata kata Aisyah. Tapi dah lelaki tu pekak. Memang kena lah dengan dia. Sentap? Ada nampak sis kisah!
"Alah aku datang sini sebab nak jumpa kau.. Tak boleh ke? " mula dah mamat ni buat muka 10 sen dia yang tak laku tu!
"Mengada lah kau ni Mikael. " Aisyah memarahi Mikael.
"Alah..... Aku datang sini saja je... Sebab... " ayat nya saja digantungkan. Sahaja mahu membuat gadis ini tertunggu tunggu.
Aisyah diam. Mikael diam. "Sebab apa bengong? " soal Aisyah, marah.
"Jangan lah marah." Mikael berpura pura merajuk. Aisyah hanya pandang menjeling. Malas nak layan.
Mikael berdehem perlahan. Nafasnya ditarik dengan teratur sambil menghirup udara segar disekeliling. Semoga apa yang ingin dikatakan ini, sampai kepada gadis dihadapannya kini.
"Aku ada perkara penting nak cakap kat kau. " kedengaran serius Mikael bertutur. Tekun Aisyah mendengar. Tiada sebarang tanda ingin menjawab mahupun membantah.
Apabila tiada balasan dari gadis itu, Mikael menyambung bicaranya. "Aku dah fikir masak-masak. Sampai hangit dah. Aku.. Aku nak kahwin dengan kau." Ucap Mikael dengan satu nafas. Kata katanya seperti permintaan.
Aisyah terkesima. Mulutnya terkunci. 'Aku salah dengar ke dia yang salah cakap? ' Aisyah menyoalnya di dalam hati.
Mikael menarik nafas buat sekian kalinya. Dia tahu bahawa gadis dihadapannya ini terkejut dengan kata kata nya. Tapi apakan daya. Dia terpaksa membuat keputusan sebegitu. Semata mata untuk mengelak dari rancangan gila mamanya itu.
Perbualan dengan mamanya semalam terlayar difikirannya.
"Mama tak kira. Mika kena kahwin dengan Putri juga! " tegas Datin Yasmin.
Mikael yang baru saja pulang dari pejabat terus berasa tidak senang dengan kata kata mamanya itu. Tidak habis habis mahu dia berkahwin dengan Putri Natasha. Entah apa lah yang istimewa tentang wanita itu. Baginya biasa saja. Cantik memang cantik. Tapi kalau over gedik pun baik tak payah buat bini.
"Mika dengar tak apa yang mama cakap ni?" Soal Datin Yasmin dengan lantang apabila anak teruna nya buat tak endah dengan kata kata nya sebentar tadi. "Ye, ma. Mika dengar. " balas Mikael dengan malas sambil mengusap telinganya kerana bingit mendengar suara lantang mamanya itu.
"Nanti kita masuk meminang Putri Natasha. " kata kata itu membuatkan Mikael duduk tegak sambil merenung wajah wanita separuh abad itu. Biat betul mamanya ini? Punah lah hidupnya!
"Ma.. Mika tak nak! " tegas Mikael memberi bantahan. Menentang habis habisan.
"Dah tu? Mika dah ada calon ke? Mika.. Umur Mika makin meningkat. Sampai bila Mika nak single? " bebel Datin Yasmin. Mikael hanya diam sambil merenung jauh. Apa yang dia harus lakukan? Dalam keterlekaan dia memikir, wajah Aisyah terlayar diruangan matanya. 'Biar betul! Kenapa perempuan ni juga? '
"Kalau macam tu Mika dah ada calon. " kata kata anak teruna nya itu benar benar membuatkan wanita separuh abad itu terkesima. "Okay kalau macam tu bawa dia jumpa mama dengan papa. Nak tengok sehebat mana perempuan tu. " ucao Datin Yasmin dengan sinis lalu melangkah ke dapur.
Mikael menarik nafas lega setelah mamanya berlalu ke dapur. Sekarang dia mengalami masalah yang besar. Bagaimana dia mahu memujuk gadis itu supaya bersetuju untuk berkahwin dengan nya? Ini yang leceh.
*************
"Jadi kau boleh tolong aku tak Aisyah? " soal Mikael setelah dia menceritakan tentang mengapa dia meminta gadis ini berkahwin dengan nya.
"Kahwin dengan kau? Gila ke? " ujar Aisyah, seolah olah tidak percaya dengan ajakan lelaki itu. Apabila melihat anggukan dari lelaki itu membuatkan Aisyah semakin runsing. Adakah dia bermimpi?
"Kau tak perlu risau. Kita akan buat sebuah kontrak. Selepas tamat tempoh saja, aku akan lepaskan kau. Dan kita buat hal masing masing lepastu. Deel? " lama Aisyah berfikir. Akhirnya dia mengangguk juga. Tak mengapalah, sekali sekala menolong orang dalam kesusahan. Apa salahnya kan?