Chereads / Antara benci dan rindu / Chapter 11 - bab 11

Chapter 11 - bab 11

Aisyah baru saja selesai menunaikan solat zuhur. Sejadah dan telekung yang digunakan di lipat kemas lalu meletakkannya di atas katil.

Aisyah merebahkan tubuh ke atas katil bujangnya. Mata di pejam seketika sebelum satu keluhan berat dilepaskan. Sejak dia pulang bersama Mikael, dia banyak berdiam dan terus memboloskan diri ke dalam kamar. Sebelum itu, sempat dia memberitahu Puan Siti bahawa dia tidak menyertai mereka makan tengahari bersama. Berbagai soalan juga yang diaju oleh Puan Siti sehingga kelu lidahnya untuk menjawab.

Mikael? Apabila teringat akan lelaki itu, hatinya serba tidak tentu arah. Tambahan pula, janji yang terikat di antara mereka. Itu merupakan beban yang sukar untuk dipikul buat Aisyah.

Serta merta kejadian pagi tadi, mengimbau segenap ruang ingatannya.

Wajah Aisyah berkerut setelah habis meneliti sehelai kertas yang berada di tangannya. Lelaki di hadapan ditenung silih ganti dengan kertas yang berada di genggamannya.

Syarat syarat...

1- tidak perlu mengambil tahu tentang pasangan. Ke mana dia pergi, bila dia pulang, berjumpa dengan siapa. Hanya melakukan hal sendiri. Aku, hal aku dan kau, hal kau.

2- walau terikat dengan syarat pertama, makan, pakai haruslah disediakan oleh isteri dan suami harus memberi nafkah zahir seperti tempat tinggal, makan minum dan pakaian atau keperluan pada si isteri.

3- tiada sebarang tuntutan hak dan tanggungjawab sebagai suami isteri.

4- bilik berasingan. Kecuali bila berada di rumah keluarga. Dan berlakon seperti tiada apa apa.

5- isteri harus mematuhi arahan suami selama dalam tempoh perkahwinan itu. Tiada sebarang bantahan dari sebelah pihak.

6- tempoh perkahwinan ini hanya selama 7 bulan. Dan selama genap 7 bulan itu, syarat syarat di atas haruslah dipatuhi. Setelah tamat tempoh perjanjian ini, maka dengan segala rasminya ikatan antara kita terlerai.

"Kau biar betul? " soal Aisyah seolah tidak percaya dengan apa yang dinyatakan dalam surat perjanjian itu.

Mikael mengangguk perlahan. Jawapan itu sungguh menyakitkan lubuk hati gadis itu yang paling dalam. Entah mengapa Aisyah merasakan perasaan sebegitu. Aisyah mengingatkan hati dan akalnya semula. Niatnya hanya ingin membantu lelaki itu. Itu saja. Tiada cinta, tiada kasih, tiada sayang. Noktah! Aisyah menundukkan wajahnya menahan getaran di jiwa.

"Dan.... " Mikael bersuara. Aisyah mengangkat wajah, lalu perhatian sepenuh pada wajah lelaki itu.

Aisyah diam. Menunggu Mikael menyambung bicaranya.

"...kalau kau jatuh cinta dengan aku,  kau jangan lepaskan aku. Begitu sebaliknya, jika aku jatuh cinta pada kau, aku takkan lepaskan kau." Tutur Mikael dengan hanya senafas. Aisyah diam kaku. Setiap perkataan yang ditutur oleh Mikael dihadam sepenuhnya.

"Aku setuju dengan semua ini. " ucap Aisyah, senada bersama anggukan kecil.  Dia berharap semoga keputusan yang dibuat betul dan tepat. Ia cuma sementara dan bukan selamanya.

************

Mikael, Puan Siti, Encik Rahman, Amir dan juga isterinya berkumpul di ruang tamu kecuali Aisyah. Mereka berkumpul pun atas permintaan Mikael. Katanya ingin berbincang sesuatu perkara dan membuatkan penghuni rumah itu seperti tertanya tanya apa perkara yang hendak dibincang itu.

Encik Rahman, walaupun anak muda itu baru dikenalinya, tapi dia cukup senang dengan sikap hormat jejaka itu kepada orang tua. Walaupun anak muda itu kaya tapi tidak langsung ditunjuk riak mahupun angkuh.

"Mikael, apa yang kamu nak bincangkan? " soal Encik Rahman sebagai pembuka bicara antara mereka.

"Sebenarnya pakcik, makcik, abang, kak,  saya datang ada hajat yang ingin disampaikan. " balas Mikael.

Encik Rahman sudahpun tersenyum. Dia sudah mengagak bahawa anak muda itu tidaklah kemari dengan tangan kosong.

"Apa hajatnya, nak? " Puan Siti pula menyoal.

Mikael mengulum senyum sipu. (Sipu ke simpul ea? ).  Segan pula dia ingin menyampaikan hajatnya. Tetapi dia harus menyampaikannya juga. Lagipun dia sudah berjanji dengan ibunya

"Emm.. Sebenarnya tujuan saya kemari hendak menyunting bunga di taman. Err.. Memang tak manis saya datang hanya begini. Insha-ALLAH nanti keluarga saya akan mewakilkan saya untuk merisik sekaligus membawa rombongan meminang. Insha-ALLAH. " ujar Mikael bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Pakcik sebenarnya tak kisah. Apa yang terbaik buat Aisyah, Pakcik hanya menurut. Baik buat Aisyah, baik juga buat pakcik. Tapi semua keputusan terletak ditangannya. Apa apa pun kita soal tuan punya badan dulu. " ujar Encik Rahman.

"Betul tu Mika!  Aku pun tak kisah. Asalkan adik aku yang senget tu bahagia. " sampuk Amir pula.

"Makcik pun begitu Mika. Apa yang baik buat Aisyah, makcik turutkan. Asalkan dia gembira dan bahagia. " kata Puan Siti diiringi senyuman manis darinya.

Mikael tersenyum kelat. Perasaan serba salah menyelinap ke dasar hatinya.

Sedari tadi, sepasang mata asyik melihat mereka yang rancak berbual diruang tamu.

"Betul ke apa yang aku buat? " soalan iti disoal dalam hati.

"Eh, cah. Buat apa tercengat kat situ. Meh duduk sini! " panggil Puan Siti yang ternampak akan kehadirannya disitu. Mikael turut memandang figura yang sedang menghampiri mereka. Perlahan lahan Aisyah melabuhkan punggung bersebelahan kakak iparnya.

"Cah, ummi nak tanya cah sesuatu ni. " ujar Puan Siti.

"Apa dia ummi? " balas Aisyah.

"Kamu setuju tak kalau kahwin dengan Mikael? " soal Puan Siti.

Aisyah rasa ragu ragu tambah berdebar ingin menjawab soalan itu.

"Kami tak paksa kamu untuk terima. Kamu dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri. " ujar Encik Rahman pula.

"Along pun tak paksa Aisyah. Kalau Aisyah setuju Along pun turut ikutkan. " Amir pula bersuara pada satu satu adik perempuannya itu.

Lama gadis itu berdiam. Wajahnya diangkat lalu anak matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Tepat. Seperti ada sebuah perasaan yang singgah dihati mereka.

Mikael leka merenung sepasang mata bundar itu hingga tidak sedar dia berada di mana kini.

'Mata dia.. Cantik... ' pujinya dalam hati.

'Eh eh apa kau ni Mika?! ' Mikael memarahi diri sendiri lalu cepat cepat mengusir perasaan yang cuba menjalar dalam hatinya.

"Cah.. Apa jawapan kamu? " teguran Puan Siti membuatkan Aisyah tersedar dari lamunannya dan dari terus merenung Mikael.

'Astagfirullahalzim, sya! Zina mata tu!  Allahu. ' ucap Aisyah dalam hati.

"Cah.. Cah .. Ermm... " ragu ragu Aisyah ingin memberi kata putus.

"Cah apa? " sergah Puan Siti.

"Cah setuju, umi! " dek kerana terkejut, akhirnya jawapan itu yang terluncur dari bibirnya.

"Alhamdulillah. " ucap Encik Rahman dan Puan Siti serentak. Amir hanya tersenyum senang begitu juga dengan isterinya. Tidak menyangka adiknya ada juga orang yang mahu.

Mikael mengukir senyuman manis kepada gadis itu. Aisyah pula hanya membalas dengan senyuman yang kekok.

Hati Aisyah terdetik, 'apakah ini yang terbaik buatku, ya Allah?'

Haii.. Bab ni mmg nengarut tp suka hati sy la.. HAHAHA.. gurau gaisss.. Baca jela ye.. Komen positif.. Share n jgn lupa vote berjemaah 😂😂tata my redears yang cute n hensem 😂😜