Chereads / Antara benci dan rindu / Chapter 14 - Bab 14

Chapter 14 - Bab 14

"KAU asal tak tidur lagi? " Aisyah yang sedang termenung di balkoni terperanjat apabila disergah Mikael secara tiba tiba.

Mikael melangkah masuk ke dalam kamar pengantin itu. Daun pintu ditutup rapat lalu  dikunci.

Tap!

"Suka hatilah," jawab Aisyah dengan selamba. Tanpa memandang Mikael langsung. Matanya masih tertancap pada dada langit yang terbentang luas itu. Bintang-bintang yang bertaburan menambahkan lagi keindahan langit pada malam itu.

Sudah masuk tiga hari dia menjadi isteri atas kertas kepada Mikael Zafran. Masa pantas berlalu. Seperti baru tadi saja mereka diijabkabulkan. Kini, mereka tinggal di rumah banglo milik keluarga Mikael sejak dua hari yang lepas. Kata lelaki itu, tidak lama lagi mereka akan berpindah dari sini. Tetapi bukan sekarang.

Mikael melangkah ke arah katil lalu melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia hanya diam. Entah mengapa, dia pula yang rasa terlalu kekok bila bersama Aisyah. Lagi-lagi berdua duaan dalam sebuah kamar besar ini. Walau sudah tiga hari mereka bersama, rasa janggal dan kekok itu masih dirasainya.

Mikael membuka butang baju melayunya satu persatu. Kemudian, baju melayu yang tersarung pada tubuhnya itu di tanggalkan tanpa menghiraukan Aisyah yang turut berada dalam kamar itu.

Kebetulan dalam masa yang sama Aisyah menoleh ke belakang. Matanya terbuntang luas mihat Mikael dalam keadaan tanpa baju. Dalam fikirannya dah bermacam macam andaian yang dibuat.

"Aa-sal kau buka baju? Kau nak buat apa, hah?" ujar Aisyah tergagap gagap. Anak matanya tepat memanah ke wajah Mikael.

Mikael tersenyum sinis. Seperti dia dapat agak apa yang difikir oleh gadis itu. Masakan tidak, dengan riak wajah gadis itu pasti saja dia tahu apa yang sedang berlegar legar dalam fikirannya.

"Kenapa? Takut ke?"

Dia saja mendekati Aisyah dengan lagak seperti ingin menggoda.  Tanpa berfikir panjang,  Aisyah berlari menuju ke bilik air yang terdapat dalam kamar itu. Belum sempat dia ingin menutup pintu, Mikael sempat menyelit masuk.

Riak muka Aisyah usah dikata. Pucat habis. Dalam hatinya tak henti beristighfar. Juga berbakul bakul sumpah seranah dilemparkan buat lelaki itu.

Mikael masih dalam lakonannya. Riak wajahnya sangat membuat Aisyah ketakutan.

Aisyah mengundur ke belakang dan semakin ke belakang sehingga tiada ruang untuknya melarikan diri. Kini Mikael benar benar berada di hadapannya dengan jarak yang begitu hampir.

Kedua-dua belah tangan Mikael melekap pada dinding memerangkap tubuh Aisyah daripada lari. Wajahnya di dekatkan pada wajah Aisyah dengan begitu hampir sehingga deruan nafas gadis itu didegari begitu laju.

"Kau, kau... Nak buat aa-pa?" soal Aisyah dalam keadaan takut takut.

Debaran di hati Aisyah usah di kata. Ini kalau pecut masa lari 100 m, di jamin nombor satu.

Mikael mengukir senyum sinis. Wajahnya dipalingkan pada sebelah kanan Aisyah. Bibirnya benar benar hampir pada cuping telinga gadis itu.

Nafas Aisyah semakin tidak teratur. Jantungnya berdegup laju. Kini dia merasakan seperti ingin pengsan.

"Mika... Kau jangan macam-macam tau? Tolonglah, Mika. Jangan apa-apa kan aku. Kau dah janjikan tak akan buat macam ini. Tolonglah, Mika. Aku merayu." air mata mula bertakung di tubir matanya. Tunggu masa saja untuk mengalir keluar.

"Kau takut?"

"Mika, please..."

Air mata Aisyah mula mengalir. Semakin lama semakin deras. Sungguh dia takut.

Mikael yang baru saja ingin mengusik lagi menghentikan tindakannya itu apabila mendengar tangisan kecil dari Aisyah. Dia menarik nafas lalu dijauhkan dirinya dari gadis itu.

"Aisyah, aku minta maaf. Aku bukan ada niat nak sentuh kau ke apa. Kan aku dah janji. Aku gurau jelah..." Mikael cuba memujuk gadis itu.

Aisyah tersedu sedu menahan tangisannya.   Kepalanya masih menunduk menekur lantai. Wajah Mikael langsung tidak di pandangnya.

"Syah tengok sini, please... Im sorry. Aku tak ada niat nak usik kau macam itu." pujuk Mikael lagi.

Aisyah mengangkat wajahnya. Tepat anak matanya menikam segenap wajah Mikael. Wajah Aisyah jelas comot dengan kesan air mata.

"Lagi sekali kau buat, siap kau! Aku tak teragak agak untuk batalkan kontrak kita." kata katanya berbaur amaran keras. Aisyah terus berlalu meninggalkan Mikael keseorangan dalam kamar mandi itu.

Mikael pula terpinga pinga mendengar kata kata Aisyah itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Kan, bagus kalau kita tak macam ni..." bisiknya perlahan. Pintu kamar mandi mandi itu ditutup rapat lalu dikunci. Selepas itu, Mikael terus membersihkan diri lalu dia ingin menunaikan solat isyak.

(675 words)

Dah lah aku malas 😭😭 aku tak tahu apa yg aku tulis ni.. so mengarut.. Dah lah hambar 😭😭😭 nak nanessssss 😭😭